HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Thursday, July 27, 2023

Our New Bundle of Joy: Aisy Nuh Qaied

 Hari ini genap 60 hari Aisy Nuh Qaied dilahirkan. Rasa mcm nak share je pengalaman mengandung ke 5 ni, unexpected. Masa dapat tahu period delay dan “double line” tu, serius tak percaya. Macam mimpi sampai  test sendiri 4 kali. Dari kit murah sampai ke kit mahal. Mana tak nya dah gap 6 tahun kosong kan. Tapi syukur Alhamdulillah semuanya Allah permudahkan ❤️


Meh nk cerita sikit kisah bersalin kali ini. Masa 28 May lepas Maghrib tak sangka tiba2 turun TANDA DARAH. Kira  “Kembar Darah” la ni kan? Menitik2 darah tapi masa tu memang tak de rasa apa2. Panik punya pasal ajak la suami ke hospital. Buat ctg dan check laluan, baru 1cm. Tapi dibenarkan balik sebab contraction xde dan heartbeat baby ok. Dan diminta datang checkup ke hospital esok.


Esoknya, Isnin terus apply EL (initially nk WFH sbb plan nk clear cuti pada 30 & 31 May (due date). Lepas sarapan, terus ke hospital doc scan dan check laluan lagi pagi tu. Tapi masih belum ada apa2 tanda sakit bersalin. So, balik dan sempat beli ayam goreng2 McD makan dgn budak2. 😆 Al maklum la cuti sekolah dah bermula.


Kat rumah dah riuh sebab masing2 busy masak daging dendeng. 20kg uols. Riuh dgn kuali bocor la bagai. Petang tu agk2 dendeng nak siap masak, sakit pun datang. Lepas Asar paling kerap siap sakit melampau pd kedua2 belah pinggang. Dah mula mintak anak2 tolong gosok pinggang sambil menahan sakit. 


Tapi macam lain sikit dari 4 kelahiran sebelum ni. Sebab sebelum ni semua keluar tanda lendir dan air ketuban pecah baru sakit contraction tu datang. Kali ini, contraction datang tapi air ketuban belum pecah. Call suami bagitau rasanya dah kena ke hospital ni. Sakit tak tertahan dah. Lepas Maghrib suami sampai dan gerak ke hospital.


Serius sangat, sampai dekat emergency memang dah tak larat nk berjalan dah. Tak mcm semalam bole senyum dan gelak2 bila nurse tanya pasal contraction. Macam biasa buat ctg apa semua dan check laluan dah 4cm. So, lepas tu terus ditolak ke labor room. 


Masa dalam LR tu memang tak bole tahan sakit dah. Sampai tanya dekat nurse, sy dah sakit sangat ni tapi KENAPA AIR KETUBAN TAK PECAH LAGI??? Masa tu laluan dah 7cm. Lepas tu nurse tanya samada nak ubat tahan sakit. Aku pilih yg cucuk dekat pinggul. Kurang la sikit tapi sakit tetap terasa. Dan nurse pun berpesan, kalau puan rasa sakit macam nak berak puan bagitau ye…


Dalam tempoh sakit tu sempat jugak la diorg habiskan bacaan Yasin. Terima kasih sangat. Allah… Tak lama lepas tu, memang sakit nak meneran tu datang. 9.58pm keluar seketul Baby Aisy dgn berat 3.18kg. Baby 👶 Boy Mommy. Papa berkesempatan sambut sendiri dan potong tali pusat. Feeling2 jadi doktor👨‍⚕️ orang tu. Rupanya baby keluar sekali dgn air ketuban. A caul birth maybe? Sbb cover bahagian kepala. 


Apa2 pun Alhamdulillah syukur sangat sebab Papa sentiasa disisi. Semua lima2 Baby Aisy memang rezeki sangat sebab Papa ada bersama. Thank you Suami. 

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com