HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Thursday, February 02, 2012

Remy Ishak @ Aneka Jitra Mall, Kedah

Salam semua

Entry ini sepatutnya dikeluarkan lama dulu, tapi sebab kebizian Mommy dengan training dan kerjaya baru, entry ini telah ditangguhkan selama 2 bulan. Huhu... Hinggalah ke hari Remy Ishak (RI) muncul sebagai CAMEO pada malam juara lagu dalam persembahan Alyah, Kisah Hati bersemangat Mommy nak share story ini.

Ok, sebenarnya RI mengikuti Dashing Road Show Tour di Aneka Jitra Mall, Kedah pada 26 Nov 2011 (Sabtu) yang lepas. Dan kebetulan Mommy sekeluarga pulang bercuti di Kedah sebab ada kenduri aqiqah. Jadi, Mommy tidak melepaskan peluang ini untuk bersua dengan pelakon pujaan idaman Malaya ni.


Even, Mommy bukanlah orang Kedah but since Mommy di sana Mommy nk jugak bersua 4 mata dengan beliau. Hehe...
Pada hari kejadian, program dikata bermula jam 3 petang dan akan berlangsung selama 2 jam sahaja. Mommy tiba lewat sket je. Papa yang hantar, yela kena mintak izin suami dulu. Dan Mommy ditemani oleh adik sepupu, Angah Fadilah. (TQ ye teman Kak Ana jumpa RI!!!) Mula2 budget RI belum sampai, rupanya sudah terpacak atas pentas tu ha! REMY ISHAK!!!!!!! Excited giler. Siyes!

Jom kita roll gambar2 semasa hari INDAH tersebut. Banyak sebenarnya, tapi Mommy upload yang cantik2 dan penting je k?

 Muka serius main game

 Inilah game nya!
RI dapat masa terbaik dibandingkan dengan masa 2 peminat yang main pada hari it.

 Buat muka comel masa salah seorang peminat sedang main game.

 Bersedia untuk sign Autograph, cek HP dulu.

 It's Mommy, excited!

 Sembang apa ntah, Mommy pun lupa. SUKA!

 TQ sebab sudi sign dan amik gambar sama. Pastu semua peminat lain ikut amik pic pakai HP.

 Mommy orang ke2 yang amik autograph masa tu. Gila excited!

 Bizi signing autograph


Menyempat gak tu. Abaikan Mommy yg selebet hari tu. Sibuk tlg kenduri kan? Lari gak curi masa nk bersua dgn RI. Peace!
Happy sangat dapat jumpa RI!

Monday, October 31, 2011

Abg Macho: REMY ISHAK

Siapa tak kenal dengan Abg Macho seorang ini. 
"HERO BARU MALAYA aka LELAKI MELAYU TERAKHIR"

Sebelum tu jom kita review sket PROFILE dan Latar Belakang beliau.

Nama: Mohammad Zalimei Bin Ishak
Nama Glamor: REMY ISHAK
Tarikh Lahir: 11 April 1982 (Aries)
Asal: Negeri Sembilan

Beliau memulakan kerjaya sebagai pelakon pada tahun 2005, akan tetapi Remy hanya mula aktif dan serius berlakon setahun selepas itu, tahun 2006 sehingga sekarang. Mengikut sumber, beliau diperkenalkan oleh Osman Ali, seorang sutradara Indie. Dan Remy, menjadi sangat terkenal selepas kemunculan beliau di dalam drama bersiri Nur Kasih arahan Kabir Bhatia yang sangat meletup di TV3.

Butiran lanjut tentang Remy, sila klik ini.

Antara drama lakonan Remy yg Mommy suka ialah:
1) Nur Kasih (of course!)
2) Air Mata Nur Salina
3) Sindarella
4)  Arjuna (Drama Bersiri Epik)
5) Awan Dania (Musim Pertama)
6) Sabar (Telemovie Raya)
dan banyak lagi...

Antara Filem lakonan Remy pula:
1) Nur Kasih (The Movie)
2) Cun!
3) Anak Halal 

Filem & Drama baru lakonan Remy yg bakal ditayangkan:
1) Azazil (Filem Seram)
2) 29 Februari (Filem Cinta Muzikal)

Kepada ahli Remy Ishak Fan Community (RIFC), minta tolong bagi Mommy info dan details nk join korang. Pls...

Lately, Mommy asyik termimpi2 kat Remy ni. Bahaya tol! Siap masuk mimpi. 

Nasib Abg Macho ni ade.

Ini dia Abg MACHO kepunyaan Mommy!

Last but not least, Mommy suka kalo Remy dan Tiz disatukan.
 Mommy doakan mereka dipanjangkan jodoh. Sebab mereka sangat sepadan.

Sepadan kan? Sweet kan?
(Credit photo to MediaMalaya.Com)

Teringat pulak zaman bercinta dulu2 dengan Abg MACHO Mommy.

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com