HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Showing posts with label Kelahiran. Show all posts
Showing posts with label Kelahiran. Show all posts

Friday, April 16, 2010

Pamela Anderson

Sejak melahirkan Aisy aku merasakan banyak perubahan ketara dalam diri ku. Corak pemakanan, pemakaian, fikiran dan macam2 lah. Hampir semua berubah. Aku musykil. Kenapa aku tak macam orang lain pun. Orang lain pun beranak jugak, rasa jugak pengalaman bersalin. Tapi aku rasa macam aku lain pulak. [aku perasan sendiri]






 Antara perubahan aku:
1- Selera makan kuat [konon nak puasa, sampai sudah idak juge]
2- Malas nak melawa da, pakai asal dan je [teruk kan]
3- Malas nak wat keje umah sbb asyik nak kelek Aisy je, hihi...
4- Addicted dengan online shopping nak shopping baju2 baby [i like!!]
5- Selalu hilang ingatan, lupa macam2 perkara sampai aktiviti rutin yg aku buat pun aku bole lupa (cth: hari2 ade je barang yg aku tertinggal; helmet, hp, access card)
6- Fizikal aku, aku da gemok!!!! Baju2 keje sume da xmuat. Aku hanya bole bergaya dgn baju kurung je, kalau x macam sarung nangka. Aku akan kelihatan ini....










Muka nmpk cam maintain je but... tang tu sgt terserlah.
Mungkin kerana aku breastfeed Aisy, jadi ia selalu membengkak dan kelihatan seperti Pamela Anderson. [eh, yeke?]

Friday, March 05, 2010

Aisy Nur Qairina Ep 2

Salam..
Minggu ini minggu kedua aku mula bekerja selepas bercuti selama 2 bulan. Hari ini Aisy berusia 71 hari. "hmm... da besar da anak mommy ni. makin bulat makin tembam. mommy suka." Tapi minggu ini Aisy da mula meragam malam hari. Asyik nangis je. Bagi susu badan sudah, sapu minyak sudah, tukar lampin sudah, pujuk sudah tp masih menangis. Tak pela, agaknya saja nak kacau Papa & Mommy die tdo.


Okla, sebenarnya aku nak sambung cerita kelahiran Aisy ni. Cerita pada pagi 29hb Disember 2009 (Selasa).
**********************
29 Dis 2009, 6 pagi
Aku diminta utk ke bilik pemeriksaan yang terdapat di wad 5F. Doktor akan memeriksa laluan rahimku samada telah terbuka 3 cm atau belum sebelum aku boleh dihantar ke Wad Bersalin @ Labor Room.


Pagi tu, 6 orang termasuk aku menunggu giliran utk diperiksa laluan rahim. Aku giliran yang kedua. Orang yang pertama, seorang kakak lingkungan 27 thn diperiksa. Pintu rahimnya blm terbuka 3 cm walaupun telah dimasukkan ubat. Jadi, kakak tu terpaksa di operate.


Aku? Alhamdulillah setelah diperiksa. Katanya rahim telah terbuka 3 cm dan aku akan dihantar ke Labor Room. Selepas itu, aku terus bersiap. Mandi dan sarapan. Berdebar2 rasanya kerana aku akan melalui pengalaman pertama bersalin. Suamiku pula skrg mungkin dalam perjalanan. Dekat jam 8 pagi, seorang nurse bertanya pada ku. "Da buang air besar? Kalau blm saya nak masukkan ubat." Aku menjawab, "Tak pela, saya da buang air besar td." Lantas nurse td berkata lagi, "Jangan lupa sediakan baju baby skali, tanggalkan juga bra dan spender."


Hampir jam 8.30 pagi. Seorang nurse datang kepada ku, "Jom saya hantar awak turun. Baju baby?". Aku mengikut saja dan menunjukkan baju Aisy. Sepanjang jalan semasa aku ditolak menaiki Wheel Chair, hatiku berdebar2. Takutnya!!!


Sampai di Labor Room, aku dimasukkan ke bilik 16. Xde orang. Aku naik ke atas katil yang disediakan. "Buka kain ye? Pastu tutupkan je kain pada bahagian kaki kamu. Saya nak pasang alat CTG ni dlu." Ooo..diorang pasang mesin CTG tu nak monitor jantung baby. Ingat kalo da masuk Labor Room xde monitor lagi.


Aku ditnya samada kontraksi da semakin kerap atau belum. Aku menjawab, setiap setengah jam kot. Mereka suruh tunggu. Hampir setengah jam, kekerapan kontraksi aku semakin hilang. Lalu, aku menyuruh mereka memanggil suamiku yang setia menunggu diluar utk masuk menemani aku. Setelah suamiku masuk, mereka membuat keputusan utk memasukkan aku drip air yang mengandungi ubat utk membuka pintu rahim. Setiap sejam akan bertambah 6 ml dan jam pertama aku menerima 6 ml ubat tersebut.
[tgkla tangan aku semasa dimasuk'n drip. byk cabang tiub]

Aku lupa, sebelum drip itu dimasukkan ke badan ku. Seorang doktor telah memecahkan air ketuban ku. Banyak juga lagi. Ingat da kering sangat. (Tp aku segan, segan sangat. Sebabnya yang pecahkan tu ialah doktor lelaki!)
[keadaan aku yg tak sedar dalam labor room]

Masa berlalu dan sakit kontraksi juga makin tidak tertahan. Aku dehydrate. Lebih kurang jam 10 pagi nurse memasukkan air ke dalam badanku. Tekakku kering. Sakit makin menjadi2. Rasa nak patah pinggang. Sehingga aku mula memekik, "Sakit! Sakitnya nurse." Ups! Aku telah ditegur sebab bising. Lalu nurse pun suruh aku banyak2 baca surah 4 qul.

Oleh kerana melihatkan aku tidak tahan sakit. Nurse telah memberi aku satu suntikan di punggung. Katanya suntikan tahan sakit. Tapi aku rasakan ianya seperti ubat pelali @ ubat penenang. Apabila kontraksi datang, aku sedar dan rasa kesakitannya. Tetapi apabila kontraksi berhenti, aku lalok dan tak sedarkan diri. Keadaan sekejap sedar, sekejap lalok dan tidur berlarutan sehingga jam 1 lebih. Nasib suamiku disisi menemani. Dia la menjadi mangsa tarikan ku. Bila sakit kontraksi yang tidak tertahan, aku akan menariknya dan memeluknya dengan kuat.

Apabila jam menunjukkan pukul 2 petang, kontraksi ku makin teruk. Sakit ku sukar digambarkan. Aku rasa sakit seperti mahu berak. Ups! "Panggil nurse, cepat!" Nurse datang buat muka cam xde pape. Katanya kalau betul2 rasa cam nak berak baru panggil. Kalau belum betul2 rasa nak berak, jangan teran. Nanti bole koyak teruk laluan rahim tu. Aku tahan dan tahan sakit tu sehinggalah jam 2.15 petang. Aku da tak tahan. "Nak berak!!!" Suamiku macam blur2 ketika itu. Aku suruh die panggil nurse. Nurse datang.

"Ok, betul rasa nak teran ni? Kalau betul cuba teran. Buka kaki, jangan angkat bontot. Tangan pegang pergelangan kaki pastu mata tengok perut ye? Bila rasa nak teran cakap. Cuba teran." Panjang pesanan nurse merangkap bidan tu. Aku cuba teran. Dia kata ok. "Wat cam tu lagi. Tarik nafas dalam2. Bila da sedia bgtau." Aku pun tarik nafas dalam keadaan aku sedar tak sedar disebabkan suntikan tdi. Suamiku berada disebelah kiri ku. Mengampu belakang badan ku dan menekan kaki ku agar tidak terangkat.

"1... 2... 3... Teran!"

"Allahuakbar!"

"Ok, lagi2. Teran lagi. Tarik nafas dalam2 Farhana."

"1... 2... 3... Teran lagi!"

"Allahuakbar!"

"Ok2, teran lagi Farhana. Da nampak kepala baby tu. Teran lagi. Sambung2. Jangan kepit. Awk kepit kepala baby nnti. Teran lagi!"

"Aaargh!!!!!"
"Lagi2! Sambung! Sambung teran! Ok."

Akhirnya pada jam 2.33 petang, seorang bayi perempuan dilahirkan. Permata hati sulung Farhana & Hakimi.

Selepas Aisy selamat dilahirkan, aku menangis teresak2 sementara suamiku melihat nurse mengelap badan Aisy yang masih berdarah dan bersalut putih. Aku ditnya, "Farhana, tengok ni. Baby ape ni? Jawab!". "Perempuan!" jawab ku lemah kerana hampir hilang suara. "Kuat sikit.". "Perempuan!!!!" jeritku. Lalu, nurse meletakkan Aisy dipangkuan ku. Comel...

Sejurus itu, ku lihat suamiku mengiqamatkan bayi perempuan kami. Dan kemudian suamiku diminta keluar kerana nurse perlu memeriksa Aisy dan menjahit laluan rahim tdi. Seorang menjalankan test pada Aisy dan seorang menjahit 'aku'. Adui.. Sebelum itu, nurse yang bakal menjahit tu telah bancuhkan aku air milo suam. Alhamdulillah...lapar dan dahaga aku daripada pagi sampai waktu kelahiran.

nnt sambung ek?

Thursday, February 04, 2010

Aisy Nur Qairina Ep 1


Hari ini genap 38 hari aku berpantang setelah selamat melahirkan seorang Puteri buat aku dan suami, Aisy Nur Qairina Binti Mohd Noor Hakimi. Sekejap je masa berlalu dan kini aku sudah bergelar 'mommy'. Mommy buat Aisy tersayang...

Al-kisahnya, pada 24hb Dis tahun lalu. Aku ke Hosp Serdang untuk menjalani ujian bulanan bagi memastikan kandungan dan aku sihat serta stabil. Memandangkan doc telah mengesahkan yang aku ni ada kencing manis. Jadi, mereka sangat menitik beratkan rawatan susulan dan perhatian terhadap aku agar kandungan aku selamat.

Bila tiba giliran aku menerima rawatan, aku disoal pelbagai soalan daripada doc kerana aku sudah hampir 6 minggu tidak pergi 'checkup' seperti yang dijadualkan. Selepas itu aku di scan bagi melihat kedudukan dan fizikal baby dalam kandungan. Walau bagaimanapun, doc mengatakan aku ade sedikit masalah. Lalu mereka scan aku sekali lagi menggunakan scan yg lain pulak. Kali ini, doc lain juga dipanggil bagi mendapatkan kepastian.

Rupanya, mereka mendapati air ketuban di dalam rahimku kurang daripada kadar yang sepatutnya. Sesudah itu mereka terus melakukan ujian CTG terhadap kandunganku untuk menganalisa kadar denyutan jantung baby. Selepas semua ujian selesai, doc telah mengeluarkan sehelai surat yang menyatakan aku harus segera dimasukkan ke hospital pada hari yang sama jam 3.00 petang.

Aiyak! Aku da nak bersalin ke? Ikut due date lagi sebulan sepatutnya. Aku terpaksa akur demi keselamatan baby dalam kandungan. Petang tu, buat pertama kalinya aku masuk dan menginap di hospital. Rasa pelik rasanya masuk hospital wad bersalin tanpa rasa sakit bersalin atau contraction. Sebelum suamiku pulang petang tu, aku memohon maaf dengannya dan memohon agar doakan aku selamat melahirkan permata hati pertama kami.

Aku kelihatan sangat sihat selama 4 malam aku berada di wad. Sehinggakan menimbulkan keraguan dan persoalan buat jururawat di wad 5F tersebut. Sepanjang di wad, keadaan aku dan kandungan dipantau. Ambil darah untuk pantau kencing manisku, tekanan darah, CTG untuk denyutan jantung baby dalam kandungan dan diet aku dijaga. Menu makan pun lain.

Selepas 4 malam, pada 6 pagi Isnin 28hb aku telah dimasukkan ubat induce dos pertama ke rahimku agar pintu rahimku lembut dan senang terbuka. Ini kerana doc telah buat keputusan agar aku dipaksa bersalin seawal minggu ke 36. Katanya, bagi memastikan baby tidak lemas dalam kandungan dan memandangkan baby juga sihat dan saiz baby juga sudah hampir cukup matang. Selepas 6 jam pintu rahim diperiksa doc dan hanya 1 cm sahaja bukaannya. Terus doc memasukkan dos kedua ubat induce pada jam 12 tengahari itu. Setiap kali ubat itu dimasukkan, aku merasakan seperti sakit senggugut. Sakit pinggang aku sehingga petang itu. Jam 6 petang, aku diperiksa lagi. Pintu rahim baru 2 cm. (Cam ne ni? 1 dos 1 cm. Maksimum dos ubat tersebut 3 sahaja.) Doc kata kalau sehingga esok pintu rahim tak buka, mungkin aku terpaksa melahirkan secara bedah. Oh! Aku tak nak. Seksanya selepas bersalin lama.

Pada malam hari sakitnya makin berkurangan dan malam itu aku perbanyakkan berjalan. Kata orang, kalau banyak berjalan pintu rahim senang terbuka. Aku pun jalanla sehingga tak bole tidur. Sepanjang di wad, aku perbanyakkan beristighfar dan membaca Yasin. Berdoa supaya aku selamat melahirkan. Al-maklumla, pengalaman pertama dalam hidupku. Suamiku dirumah juga resah. SMS aku sehingga jam 2, 3 pagi. Risau barangkali. Yang paling aku terharu apabila SMS suamiku berbunyi begini.

'Syg, kalo abg wat slh kt usk, abg minta maaf byk2..abg doa'n usk selamat bsalin Aisy.luv u syg.'

Menitis airmataku malam itu. Sepatutnya aku yang kena minta maaf. Esoknya, pagi 29hb....

Kita sambung nnt ek? Aisy nak susu. Sudah bangun tidur.

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com