HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

JINGLE JUNGLE

Malam semua!!!!

Entry sebelum ni Mommy bercerita tentang BREAST PUMP. Sekarang ini Mommy nk cerita tentang barang2 kelengkapan penyusuan.

Ini hasil shopping terdesak Mommy!

Sebabnya breastmilk storage bottle Mommy tinggal dua (2) sahaja. Dan itu sahaja yg Mommy bawa. Xsangka susu masih menghasilkan pengeluaran walau tidak seberapa. Jadinya, selama dua (2) hari Mommy mencari2 seller2 di sekitar Johor Bahru untuk mendapat:

1] Breastmilk Storage Bottle
2] Reusable Ice Pack
3] Cooler Bag

Paling penting harga mesti berpatutan, OK?

Banyak Mommy jumpa yang offer produk Autumnz. Tapi semua di area KL dan Selangor. Dan tidak boleh menjanjikan penghantaran tiba hari ini. 19 OKT 2011.

Alhamdulillah Mommy berjaya jumpa di Facebook. Kak Wana aka Azwana Hassan.

Tapi beliau dan suami menghantar barang2 dibawah!





Yeah! Senang hati da dapat semua item2 ini. Ini first time Mommy mencuba produk Jingle Jungle yang menawarkan harga sangat reasonable. 

Thanks to Kak Wana tlg hantar kepada saya dengan segera!

Thanks juga kepada PAPA sebab belanja Mommy beli kelengkapan ini. 
Next! Breast pump tau. Jangan lupa! MUAH!

p/s: malam ini bole tido lena sedap esok bole pam dengan senang hati even pam pinjam 
(wek! xmalu. pinjam2 pulak!)

Good Nite!

Medela OH Medela!

Salam Rabu malam Khamis semua!


Sekarang Mommy masih berada di bumi Johor atau di lokasi lebih tepat, Bukit Indah Nusajaya. Mommy menginap di Pariss Hotel. (nanti Mommy buat entry special utk hotel ini tau. tunggu....)

Rasanya tak ramai yang tahu bahawa Mommy masih menyusukan Aisy even bukan exclusive / full breastfeed. Yela, biasa balik keje bagi terus. Now da jauh. Mulalah Cik B membengkak. Pada saat inilah Mommy sangat2 memerlukan apa dinamakan sebagai BREAST PUMP. 

Bukan Mommy tak pernah ada. Ada je.
1] Pureen Manual
2] Medela Mini Electric
3] Pureen Electric / Battery

Tapi sekarang semua tinggal kenangan. Hilang keciciran atau kecuaian Papa. Soooooo SAD. Yg pam ke 3 masih ada, tapi xbole diharapkan sgt. I miss my Medela Mini E!!!!!

Mommy nekad, preggy je kali ke-2 Mommy nk beli yg ini!

Medela Freestyle

OR

Medela Mini Electric Plus


At least!

Dan nekad nk full breastfeed my next baby! Pray for me tau, geng!

Ok! Ok! Berbalik kepada cerita asal. Selepas Cik B sudah membengkak, Mommy cuba secara manual. Tapi hasil tidak memberangsangkan. Hanya 1oz untuk lebih sejam ok. Sedih!

Mommy menebalkan muka di hospital (Mommy sekarang da 3 bulan keje sebagai Juruaudit Dalaman di sebuah hospital) bahagian ibu2 bersalin. Bgtau nak pinjam breast pump. Tak malu kan? Xpela, darurat. Nak wat cm ne.

Huh! Nah kau. Ini die kasi!


Ini adalah hasil tidak seberapa Mommy. Tapi lega...


MEDELA LACTINA ELECTRIC PLUS


Best sangat guna pump yg ni. Suction die sangat memuaskan hati. Ini membuatkan Mommy rasa semangat lagi nk extend breastfeeding period buat Aisy sehingga 2 tahun 6 bulan. Bole kan?

Boleh! Mommy mesti BOLEH!

Kerja bukan halangan sekarang. Yg penting NIAT!

Alhamdulillah Aisy tidak meragam kat rumah even tiada bekalan susu dan "T***K" kesayangan die.

Dialog Mommy and Aisy

Mommy: Aisy..... Ni t***k sape?
Aisy: T***k Mommy!
Mommy: Kat t***k ade ape?
Aisy: Syusyu....
Mommy: Susu ni susu sape?
Aisy: Syusyu Aisy!

Comel! Suka bila dengar Aisy mintak susu. 

"Mommy! Nak T***K!" Sambil kat tangan angkut bantal.


Tuesday, October 18, 2011

Menyusukan Anak dan Pahala

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.

Tuesday, August 02, 2011

Panahan Durian

Gara-gara Mommy layan makan durian di Pesta Buah-Buahan di Malau, Jitra sabtu lalu. Mommy terus rasa nk demam. Kesannya tidak serta merta. Tapi secara perlahan-lahan. 


Hari Ahad
- Bangun je tidur Mommy rasa cm sakit tekak. Tapi lepas da mandi semua. Ok je.
- Petang tu hidung Mommy da mula berair. Hingus meleleh hanya di sebelah hidung.


Hari Isnin
- Kedua-dua hidung mula berair dan Mommy SELSEMA!
- Tekak mula menunjukkan tanda-tanda batuk dan sakit tekak.
- Sakit kepala menyerang! Argh!~


Hari Selasa
- Bangkit tidur, tekak ternyata perit. Suara serak. 
- Ternyata Mommy kini ingin demam.
- Tekak sakit, batuk, selsema!~
- Selepas makan sahur, telan paracetamol 2 biji. Tidur sekejap. 


Tulah dienya, Papa soh makan manggis sama durian. Katanya lawan durian, manggis. Baru xdemam. Tapi dulu Mommy pernah je dulu Mommy makan manggis + durian. Demam jugak! Confius ni.


Ternyata sebenarnya antibodi Mommy yang lemah. Erk!~


Harap tidaklah berjangkit dengan Aisy sebab Aisy masih menyusu badan.


SAKIT~


p/s: nnti Mommy upload gambar durian2 di pesta tu ek. durian....durian....

Friday, April 16, 2010

Pamela Anderson

Sejak melahirkan Aisy aku merasakan banyak perubahan ketara dalam diri ku. Corak pemakanan, pemakaian, fikiran dan macam2 lah. Hampir semua berubah. Aku musykil. Kenapa aku tak macam orang lain pun. Orang lain pun beranak jugak, rasa jugak pengalaman bersalin. Tapi aku rasa macam aku lain pulak. [aku perasan sendiri]






 Antara perubahan aku:
1- Selera makan kuat [konon nak puasa, sampai sudah idak juge]
2- Malas nak melawa da, pakai asal dan je [teruk kan]
3- Malas nak wat keje umah sbb asyik nak kelek Aisy je, hihi...
4- Addicted dengan online shopping nak shopping baju2 baby [i like!!]
5- Selalu hilang ingatan, lupa macam2 perkara sampai aktiviti rutin yg aku buat pun aku bole lupa (cth: hari2 ade je barang yg aku tertinggal; helmet, hp, access card)
6- Fizikal aku, aku da gemok!!!! Baju2 keje sume da xmuat. Aku hanya bole bergaya dgn baju kurung je, kalau x macam sarung nangka. Aku akan kelihatan ini....










Muka nmpk cam maintain je but... tang tu sgt terserlah.
Mungkin kerana aku breastfeed Aisy, jadi ia selalu membengkak dan kelihatan seperti Pamela Anderson. [eh, yeke?]

Monday, March 29, 2010

'Che Bulat' da 3 bulan!

Haloo...

Lama xbercerita tentang kehidupan aku pas ade baby skrg.
Start je 1hb aritu, aku keje dari pagi smpi petang. Malam baru sampai.
Baby Aisy @ Che Bulat [gelaran ni Papa die yg bagi] tinggal dengan Mama Wan die.

Even aku keje, aku still usahakan agar Che Bulat dapat menyusu dengan baik pada kadar yg sepatutnya. Jadi, aku akan pastikan aku mengepam susu sebanyak mungkin time keje. Sibuk la aku usung beg ke sana sini. Sebabnya kalo lambat je pam, silap baju aku akan basah.

Lupa ritu aku nak share. Hari pertama kerja, balik je keje aku demam. Malam tu aku mkn panadol actifast 2 biji then tido selimut 3 lapis. Esok paginya aku ok. Gla keje. Tapi kat tempat keje aku demam balik. Tak bole jadi. Malam tu Papa Aisy paksa g klinik. Tapi xdan klinik da tutup. G esoknya, rupa2nya doktor kata aku 'bengkak susu'. Susu banyak sangat kot. Pastu xsempat nak pam betul2. Tu yg susu berketul kat dalam. Hu...silap2 bole kene tebok wo...Ngeri2.

Buat pengetahuan korang, Che Bulat hari ni genap 3 bulan! Wee! Syg mommy da besar. Da tembam. Mommy geram sgt. Aku suka pic Che Bulat kat bawah ni. So cute!


Aku perlukan pendapat korang, agak2 breast pump ape yg elok. Aku guna yg murah + manual daripada Pureen. Sebelum ni ok, but lately bila pam susu sket je. Help me!

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com