HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Showing posts with label Anniversary. Show all posts
Showing posts with label Anniversary. Show all posts

Tuesday, November 01, 2011

2 TAHUN 6 BULAN

Assalamualaikum W.B.T

Diam tak diam sekejap je kita sudah melangkau ke bulan baru, iaitu November. Bulan kedua terakhir sebelum tahun 2011 melabuhkan tirai. Terasa cepat sungguh masa berlalu meninggalkan kita. Terlalu pantas masa beredar tanpa kita sedari. Ternyata begitu cepatlah juga usia kita semua meningkat. Harap dengan perjalanan masa ini dari hari ke sehari seiring dengan kematangan fikiran kita semua.

Hari ini Mommy nak berkongsi tempoh perkahwinan Mommy dan Papa Aisy. Sudah genap 2 TAHUN 6 BULAN. Tak caya? Tengok ini!


Tak sangka, dalam tempoh ini macam2 dugaan dan halangan yg kami lalui. Sudah senang, kedukaan, kelukaan, kegembiraan, keceriaan dan macam2 jenis perasaan.

Semoga jodoh Mommy dan Papa sebagai pasangan suami isteri dipanjangkan sehingga akhir hayat kami berdua, 
Semoga kami sekeluarga mendapat keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T.,
Semoga kami dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta kebahagiaan yang tiada penghujungnya,
Semoga kami sekeluarga dilimpahi rezeki yang halal dan melimpah ruah untuk kebaikan anak-anak dan ahli keluarga lain,
Semoga kami diberikan Hidayah dan jiwa yang tenang, hati yang baik dan sifat-sifat positif yang boleh memberikan manfaat yang baik kepada semua orang. 
Amin.


Akhir kata, Selamat Datang November 2011!

P/s: Sepatutnya hari ini Mommy sudah lapor diri ke tempat baru. Tetapi disebabkan kekangan daripada pihak atasan sini, Mommy terpaksa menundakan pada 15 Nov nanti. Harap tiada masalah berat yang tiba. Semoga Papa juga ada rezeki ditempat baru.

Thursday, May 06, 2010

Lets picture do the talking

Tuesday, April 13, 2010

Anniversary!

Hua! [lagi 2 minggu!!!!]
Diam x diam da hampir setahun aku bergelar seorang isteri. Sekejap je masa berlalu. 1 Mei 2010 hampir tiba. Bermakna aku seharusnya meraikan saat ini dengan sebaik mungkin. Dan dengan itu, kami sekeluarga merancang utk mengadakan Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul Baby Aisy.

Majlis ini bakal diadakan di kampung halaman Mama, iaitu di Banting, Selangor. Sebabnya?
Sebab...Nak wat majlis aqiqah utk sepupu dan anak buah yg lain. Atuk da bersetuju utk mengorbankan seekor lembu pada majlis tersebut.

Maka, aku dan suami terpaksalah menyambut ulangtahun pertama kami sekali.
Perancangan lain, nak diner sama kenala dipilih pada hari lain.

Patutkah aku menghadiahkan suami sesuatu? Or xpayah. Kang kalau bagi hadiah, suami kata aku ni membazir, suka boros. Aiyak! Tatak lomantikla ini olang.

Checklist Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Baby Aisy
1- White Dress
2- Pakaian Mummy & Papa
3- Gift Tetamu
4- Paper Bag
5- Marhaban
6- Menu kenduri
7- Menu Berkat utk Tetamu
8- Lembu

Ni je kot dulu list yg ada buat masa ni.

ANAMY's Wedding 1st Anniversary....

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com