Salam semua!
♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠
Sunday, January 29, 2012
Sebulan Berlalu
Salam semua!
Sunday, October 23, 2011
DOA BUAT SUAMI
Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaatiMu,
Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati,
Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkannya kepada aku
Dan rezekikan kami zuriat yang soleh yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia,
Ya Allah jadikan antara kami berdua sebagaimana antara Ali dan Fatimah,
Ya Allah satukan hatiku dengan hati-hati ahli keluarganya dengan rahmatMu
Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepadaku,
Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya,
Ya Allah permudahkanlah ia bagiku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannya
Jadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku,
Ya Allah jadikanlah aku dimatanya hebat dan jadikanlah ia dimataku kecil,
Ya Allah bukakanlah antaraku dan suamiku dan ahli keluarganya sesungguhnya Engkau sebaik-baik pembuka,
Ya Allah yang menghimpunkan manusia pada hari Kiamat, himpunkan aku dan suamiku dalam kebaikan,
Ya Allah Engkau jadikan aku sebagaimana yang ia sayangi dan jadikan ia sebagaimana yang aku sayangi dan jadikan kami sebagaimana yang Engkau sayangi,
Ya Allah Engkau jadikan hati suamiku tergantung kepadaMu dan kemudian tergantung kepada rasulMu dan kemudian kepadaku,
Ya Allah Engkaulah yang menguruskan kenikmatan dan kelazatan dalam kesusahanku,
Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha,
Ya Allah Engkau yakinkanlah hatiku bahawa sesungguhnya aku tidak akan dicelakai dan Engkau sentiasa bersamaku,
Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah
Friday, October 09, 2009
Kek Perkahwinan
-Kek Kahwin ANAMY-
Pink Green (Betul2 ikut tema. Aku sangat puas hati.)
Kredit to Mama sbb tempahkan kek yg cantik cam ni even 2 tingkat je.
Tuesday, September 15, 2009
ANAMY's 10th Anniversary!!!
Wednesday, September 09, 2009
Bilik Tidur + Hiasan

Termasuklah:
Friday, July 17, 2009
Our Weekend
dok rehat, kemas2 umah, sembang2, layan Hadif dll. tak pun aku akan ikut Mama g tgk adik bongsu aku yg ngada2 tu asrama die kat SMA Bandar Baru Salak Tinggi. tiap2 minggu ek? bawak makanan utk die, layan die, teman die. nama je sok asrama. tp nak org dtg tgk tiap2 minggu. tak aci!
hari ni adik2 aku sume balik, Akim kat Sabak Bernam balik, Baby kat Salak Tinggi balik...
aku igt nak g air terjun, nak piknik!~ tp cam xde can je. xbes tol. sabtu Busuk keje. dekat kul 2 baru smpi. ahad pulak da kena jaga bdk2 kecik anak Cik Ina..jadi baby sitter...hua! nak jalan g mandi manda n wat BBQ. Mama pulak sik bz ngan miting sana cni. ngan Kemas la, kelas PKK la, mesy PIBG la...aiyo..manyak bz la itu makcik!
(takkan weekend ni dok umah je? hua....!!!!)
dari kiri: Cik Yan (jiran terdekat), Cik Wan (Mak Usu aku tu), Mak Ngah & Cik Ina.
dari kanan: Cik Ani Bomba (penjahit manik tudung nikah aku), Cik Suraya, Cik Mas, Cik Jamaliah & Mama.
duduk: Mak Lang & Cik Timah.
ok2, xpe..(nak sedapkan ati sendiri) next week ada aktiviti telah ku rancang. 25hb nak g umah Ina Busuk kat Pandamaran Klang, de open house katanya. jom makan2! nyum3x
semalam, aku akhirnya dpt contact ngan sahabat karib lama aku masa drjh 3 & 4 dlu, kembar Farahiza & Faradilla. giler rindu kat diorg. igt diorg da xknl aku. then rupa2nya ayahanda diorg pun baru meninggal 12 April ritu. puncanya aku blm ketahui...dan secara kebetulan, tanah perkuburan arwah Papa diorg sama ngan tanah perkuburan arwah Abah. dekat kot. weekend ni aku nak ziarah la. diorg jugak jemput aku & famili utk hadiri Majlis Tahlil 100 hari pemergian Papa diorg. InsyaAllah xde aral aku dtg ek? bole story panjang nnt.
26hb pulak aku da dpt saman, kawan skola aku, Si Dollah tu nak kawen. nasib panjang umur dan jodoh ko Dollah. nnt aku dtg tau. lagipun ko da jemput ngan kad. wat susah2 je. hmm... nak pakai bju ape nnt? adoi...nila masalah aku skrg kalo nak kuar, xde baju. baju byk da ketat2 sbb 'aku da gemok!'...sedey giler beb!
baju2 yg aku wat masa nak kawen ritu pun da xbole pakai. sendat! nmpknya raya tahun ni aku mmg kena wat baju baru. tp baju kurung je. so that nnt bole pakai lama. kalo kebaya alamatnya simpan wat pekasam je la...
neway, sebenarnya aku hepi rini sbb adik2 aku balik. Yeay! Mama da siap plan da nak beli durian sbb da sume balik berkumpul kan...i like Durian! tp sbnrnya aku xbole mkn, takut panas badan. tp Mama kata "makan je, janji badan bole tahan, kalo agak2 da xtahan nnt. stop makan." hehe...Mama bg green light.
kla, chow cin cau!
Friday, June 12, 2009
Aku dah kawen rupanya. Cam xcaya!
okla, mesti skrg korang byk nak tnya...
yela, soklan common utk org yg pas kawen cam aku ni..
contohnya;
1) da g honeymoon ke blm? kat mane?
2) cam ne skrg da hidup di alam kawen?
3) ui, da de isi ke blm?
4) dok mana skrg lepas kawen?
5) pe masakan 1st utk husband? (ni pun ade gak yg tnya...mcm2)
tula..antara soklan yg sll aku dapat...
ade gak yg xdpt dtg, then pas majlis aku diorg pun sms xpun comment friendster...
a) sorry beb, masa majlis ko aku jln g bandung r..ko xinform awal2.
b) sori akak xdpt dtg..byk kenduri sama ngan fara
c) aku kirim hadiah kan, aku xdpt dtg sbb sepupu aku kawen la..
d) akak, sy mintak maaf xdtg. bukan ape, xde kawan la. segan nak g mjlis masa tu.
huish..mcm2 jwapan beb..aku terima jela..tak pe. tak kisah pun. yg penting korang sume igt aku da kawen.
buat blogger yg kenal aku b4 aku kawen, sori guys sbb xjmpt. bz sgt smpi lupa nak jmput n upload kad jemputan kat cni. al maklum la outstation...sori k?
anyway, pape pun aku nak say thanks kat sume kawan2 SMK Puchong Perdana aku yang sudi hadir....Ayin (merangkap pengapit), Zura, Rozita, Hazira, No'ok (sanggup balik dr Ganu), Saliza, Ayu, Yanti (sanggup turun dr Sabah), Nini (berkampung kat umah aku), Hafiz, Shahril, Nazri, Abg Hafiz and sume la yg dtg. nak sebut nama sorg2 penuh lak post aku ni.
tak lupa kawan2 masa KMKN, Sallie, Ira, Bina, Kak Najah, Rafidah, Wan Malini, Leya..
kwan2 UUM gak, Dena, Hasliza, Hana, Ina Busuk n ramaila..
opis mate gak...my boss n my collegue
THANKS U ALL
buat makcik2 n pakcik serta keluarga dekat n jauh tersayang. thanks sbb da bersusah payah merewang bg menjayakan majlis perkahwinan aku dan suami.
~LOVE U ALL~
Muahx!
Thursday, May 14, 2009
I'm married!~ Miss Fanaqila to Mrs Hakimi
Lama aku hilang tanpa update blog ni. huhu..busy sgt ritu ngan outstation and wedding preparation. So, kali ni aku nak kongsi tentang cerita Majlis Pernikahanku.
Alhamdulillah, pada tanggal 1 Mei 2009 aku sah bergelar isteri kepada Mohd Noor Hakimi Zakaria. Amin. Akhirnya kami disatukan jua setelah mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan dalam tempoh hampir 10 tahun ini. Kami dinikahkan di kediaman ku di Puchong, Selangor. Hanya dengan sekali lafaz, aku bergelar seorang isteri dan dia bergelar suami. Hmm.. Cam xcaya je aku dah kawen. huhu...
Okla, aku rasa ni dlu aku dapat kongsi. Nanti aku stori lagi. Sabtu ni (16 Mei 09) Majlis Bertandang pulak di Jitra Kedah. Owh, sebelum tu. Lupa plaks nak kongsi kad kawen kami.
Saturday, March 07, 2009
1. Jam - done
2. Kasut & Handbag - Mac 09
3. Perfume & Makeup - Mac 09
4. Al-Quran - done
5. Gelang - April 09
6. Telekung - done
7. Baju persalinan - done
8. Sirih Junjung - April 09
9. Mas Kahwin & Duit hantaran
1. Jam - done
2. Kemeja - done
3. Baju Melayu - done
4. Kasut - Mac 09
5. Perfume - Mac 09
6. Kek/Cupcakes - lambat agi
7. Sirih Junjung - April 09
8. Wallet & Belt - done
9. Coklat/ Cookies - sebulan lebih lagi
10. Songkok & Kain Pelikat - done
11. Potpori - da dekat nnt wat
Friday, February 13, 2009
Wedding Checklist
Buat pengetahuan korang, wedding theme aku kali ni "Pink Hijau". Mamaku yg pilih kaler tu.. So nnt kanopi, baju sanding, bunga telur, pelamin sume nak ikut tema tu.
Majlis bertandang pula plan nak wat 16hb Mei 2009 (Sabtu) ke Jitra. Kat sana pulak kitrg plan wat kaler orange.. hehe..
Oklah, aku nak recall balik ingatan ku tentang persiapan lain selain hantaran.
a. Andaman, Pelamin & Photo (booked on 14 Feb 09) - Meru
b. Set Bilik Tidur Lengkap (booked on 09 Feb 2009) - Kapar
c. Baju Nikah Ana + Amy (tempah on 31 Jan 2009) - Meru
d. Bunga Pahar Pink + Hijau (tempah on 09 Oct 2008) - Chow Kit
e. Kanopi Pink + Hijau (booked on 09 Feb 2009) - Sijangkang
f. Kad Jemputan (booked on 14 Feb 2009) - Klang - selepas penat survey merata, hehe...
g. Special Gift & Paper Bag (bought on 30 Jan 2009)
That's all. Eh, yeke?
hmm...byk gak aku belanja da ek. hua!~ money3x...pls come to me..
~Semoga aku & busuk sentiasa murah rezeki untuk menghadapi hari2 bersama kini dan selamanya. Ya Allah, Kau tabahkanlah hambaMu ini mengharungi segala liku2 kehidupan yang penuh cobaan dan ranjau. Amin.~
Friday, July 25, 2008
^HuKuM NiKaH^
Berkenaan dengan Hukum Nikah. Jadi, aku ingin kongsi kan hukum ini dengan semua sebagai peringatan bagi yang da pernah tahu or sebagai panduan bagi yang baru je tau.
Bernikah hukumnya jaiz ( boleh ), ini adalah asal hukum. Kemudian datang sesuatu penyebab yang menyebabkan hukum lain wajib, sunat, makruh dan haram.
Wajib ----------------Berkahwin hukumnya wajib bagi orang yang sudah berkeinginan untuk bersetubuh ( Ta'iq ) sedang padanya ada kemampuan dan belanja yang cukup untuk berkahwin. Dia kuatir sekiranya tidak berkahwin dia akan terjerumus dan berbuat yang dilarang oleh Allah.
Sunat ----------------Bagi orang yang ada keinginan untuk bersetubuh dan ia mempunyai perbelanjaan cukup untuk menanggung biaya perkahwinan dan nafkah keluarga, namun ia tidak kuatir dirinya terjerumus kepada perbuatan maksiat kerana ia leka beribadah dan kuat imannya. Namun demikian ia sunat berkahwin ( kahwin adalah lebih utama baginya ).
Makruh ----------------Hukum makruh terbahagi dua :
Bagi orang yang tidak mempunyai keinginan untuk bersetubuh dan tidak mempunyai perbelanjaan untuk menanggung nafkah keluarga dan biaya berkahwin.
Makruh juga berkahwin bagi orang yang mempunyai perbelanjaan namun ia tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin ini disebabkan kerana padanya ada penyakit seperti lemah zakar ( mati pucuk ) atau orang yang sudah uzur ( berusia lanjut ).
Haram ----------------Haram berkahwin bagi orang yang berniat hendak menyakiti, membalas dendam atau mencederakan wanita yang dikahwininya.
Bagaimana pula jika seseorang mempunyai keinginan untuk bersetubuh tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk belanja kahwin dan sara hidup?
Mari kita sama-sama fikirkan....




