HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Saturday, June 07, 2008

~CinTa~Love~

Setelah lama aku diam dan menyepi tanpa sebarang topik baru atau apa2 updates,
jadi kali ini aku ingin bercerita tentang CINTA.
Apa itu CINTA?
Apa itu SAYANG?
Memang mudah untuk melafazkan kata CINTA dan SAYANG pada sesiapa saja.
Tidak mengira samada Keluarga, Suami, Isteri, Anak2, Ibubapa, Tunang, Kekasih, Sahabat, Kawan Lama atau Adik Angkat. Mudahkan? Terutama sekali pada kaum Adam. Samada disampaikan melalui kata2, SMS, surat atau email.
Ungkapan CINTA atau SAYANG pada mereka seakan tidak membawa makna apa2. Padahal, bagi kaum Hawa seperti aku, yang mudah tersentuh hatinya, mudah sedih, mudah menangis dan mudah berterus terang, kata2 itu memberi makna yang sangat mendalam. Terutamanya bila ungkapan itu keluar dari bibir orang yang sangat kita SAYANG dan CINTA. Ia akan memberi kesan kepada seluruh hidup wanita didunia ini. Hanya dengan ungkapan SAYANG.
Ramai kaum Hawa yang ternanti2 seorang lelaki untuk menyatakan "I LOVE YOU!" atau "Saya SAYANG Awak!". Tapi kaum Adam ini pulak lain, dengan insan yang patut dia lafazkan atau ungkapkan kata itu, dia tidak lafazkan. Sebaliknya melafazkan pada insan lain yang entah siapa. Dengan alasan, "saja je suka2" atau pun "tak sengajalah".
Sukar untuk difahami kehendak lelaki ini. Tidak mahu dikongkong tapi dia mengongkong. Tidak mahu perempuan busy body tapi dia berahsia. Inilah hidup. Membosankan. Memang bosan. Hari2 kita diuji dengan bermacam2 yang bisa membuatkan kita sedih, kecewa, pasrah dan macam2la. Tapi kita tetap perlu teruskan hidup ini. Sebabnya kita tak tahu apa yang akan jadi pada hari esok.
CINTA...CINTA...CINTA...
Cinta sepatutnya datang dari hati, bukan nafsu.
Cinta lahirnya bukan paksaan, tapi dengan kerelaan.
Cinta bukan untuk ditipu, dipermainkan mahupun diperbodohkan, tapi cinta itu untuk dihormati, difahami dan dihayati.
Cinta memerlukan keikhlasan, bukannya kepura-puraan.
Cinta tidak mengharapkan balasan tapi cinta itu perlu dihargai.
Tiada pengorbanan maka tiadalah cinta. Tapi sampai bila kita perlu berkorban demi CINTA?
Sampai bila?
CINTA yang kita miliki sekarang, adakah ia....
CINTA BUTA?
CINTA SEJATI?
CINTA GILA?
CINTA SUCI?
atau
CINTA PURA-PURA?
Jawapannya, hanya Tuhan yang tahu...
Segala-gala yang manis dan indah didunia ini kebanyakkan bermula dengan CINTA selain DUIT.
Jadi, CINTAilah dia yang mencintai kita. Bukan mencintai seseorang dengan membuta tuli.
CINTA... CINTA...CINTA...
Inilah CINTA.
Akan bersambung...

14 komen:

t i u n g said...

mudah dilafazkan,sukar dilaksana..
cinta murni selalunya lahir dari hati yang suci dan penuh keikhlasan..

King said...

"love hate"

or

"hate love"

: dua-dua negatif kan????

Hafifi said...

hehe:0..cinta..ntah la..xfhm la cinta ni..

Yana Ismail said...

hm,cinta sejati sukar untuk dicari..

Mie Amour said...

cinta=sayang+perbuatan+perasaan....hmmm...
skar diungkap...tp perlu ditunjukkan...

Letting the time pass me by said...

Erti sebuah cinta....

http://www.youtube.com/watch?v=AgWFiwdfEo8

Unknown said...

CINTA..Paling sedap adalah megi Cintan..erk!~

13may said...

dulu ada org tua penah kata kat aku:

cinta tu ibarat kurap...
makin di garu makin sedap..

hehhe hehhe

lupikirlahsendiri said...

wa ingat satu pepitah olang tua..

Cinta sama bunga..bunga akan Layu,
Cinta sama manusia..manusia akan mati,
Cinta sama Allah kekal abadi..

Sekian terima kasih

ummizarra said...

cinta oh cinta!!!!
kalau cinta katankanlah.. Tidak aku terus tersiksa.. Kalau diam mana ku tahu.. mungkin aku terus berlalu...
hehehehe..
Cinta tu luas maknanya..
Terpulang pada individu nak fahaminya..
Kesakitan, kekecewaan mmg mainannya..
hehehehheheheh
Cinta membuatkan org lupa diri,
Cinta membuatkan org Fobia,
Cinta membuatkan org ketaa, gembira,
Cinta membuatkan org menangis dan derita...
Pikir2kanlah mana yg terbaik...

**Mencintai seseorg tak bermakna memilikinya..

** Jangan mengimaginasikan yg belum jd realiti, meskipun tlah kenali personaliti, pastikan ia berkualiti**

Mommy Aisy said...

-tiung-
betul kata2 mu itu tiung. ku harap kamu faham maknanya cinta n hargaila si dia.

-king-
a'a king. dua2 negatif. sbbnya dgn cinta kita xbole sentiasa pikir positif. nnt bila negatif yg dtg, kita jadi gila n gila.

-hafifi-
xfaham? tpi bukahkah kamu memahami perempuan dulu. mgkin kamu akan memahami cinta.

-liyana-
ya liyana. cinta sejati mmg sukar ditemui. makin dicari, makin ia hilang. makin kita harap, makin ia lari.

-mie_amour-
btl persamaan yg u bagi...tapi xsemua lelaki berani tunjuk.

-leeting the time pass me by-
ok, aku nonton nnt.

-kimie-
syg, CINTA bukan CINTAN. CINTA sukar dimiliki, xbole dibeli. tapi CINTAN senang dimiliki n bole dibeli.

-13may-
tapi lama2 ia menyakitkan even sedap sekali pun. sakit tetap sakit.

-lupikirlasendiri-
terima kasih kerana kongsi pepitah itu.

-berry-
ya berry, semua kata2 itu benar n menarik. tpi, cinta yg kita harapkan harus kita miliki. setelah bermcm2 usaha kita lakukan, korbankan, xkan kita xbole memiliki?

kita manusia, hnya mampu merancang dan berimaginasi. namun, segalanya mungkin. hnya mampu menanti dgn sabar dan tabah apa yg bakal terjadi dikemudian hari.Cinta...

tasekM said...

aku dapat rasakan apa yang kamu fikirkan...

hidup mesti terus...

Mommy Aisy said...

-tasikmerah-
ya, benar tasik. hidup ku ini perlu diteruskan. byk lagi cita2 ku yg blm selesai. hmm...

KeL@T said...

fuyohhhhhh... edisi jiwang bkarat tat nih... ekekekeke...

kalu nak tahu... sila hayati lagu Radja... "aku ada kerna kau ada"

sekian, makaseh...

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com