HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Wednesday, July 22, 2009

Berita Baik! ~ANAMY junior~

Salam. Hi!
Aku ada berita gembira hendak dikhabarkan dan dikongsi dengan blogger2 kat sini. Lama da aku pendam story ni, sbbnya aku rasa masa tu masih terlalu awl. Jadi, kali ini aku rasa da sampai masa yang sesuai.

Kisah bermula pada 2 Jun 2009 yang lepas.
Aku bgtau kat Busuk (my husband) yang aku da lewat period ni. Sejak pas kawen ritu, aku blm dtg bulan lg. Risau jugak kalo tetiba period aku problem. Tp dlm masa yg sama, aku da mula rasa sesuatu. (Seronok sebenarnya! Wee!) Malam tu balik keje Busuk bg cdgn supaya beli pregnancy test. Ktrg pun belila. Alaa..murah je. RM 8 kat farmasi. Nak check kalo2 ada. huhu...(Biasala org laki, bab2 cam ni die mesti seronok.) Balik umah pas mkn n mandi aku igt nak check. Tp Busuk pesan, katanya akak opis die ade pesan kalo nak check kena awal2 pagi masa baru bangun tido. Air kencing yg pertama lebih accurate katanya. Okla...

Esoknya, 3hb bangun je tido aku amik sket sampel air kencing aku utk test tu. Suspend ni! huhu... Pas mandi aku titiskan 3 titik kat benda tu. Kurang seminit keputusan keluar.


Tadaa!
Result positif! Double line.
Alhamdulillah. Busuk seronok sgt. Sbb tu sejak kami nikah, die pesan kat aku "Jangan mkn nenas tau". Aku pun xpnh la makan nenas lgsg.

Semalam, aku dan Busuk g klinik (sebelum ni da g 2 kali just nak confirm'n kandungan). Kali ni pegi nak buka Buku Merah. Seawal 7.30 pagi ktrg dua da dok terpacak kat sana. Rupanya ramai lagi yg da smpi. Betul2 pas Subuh gamaknya diorg smpi. Biasala, klinik kerajaan kan...

Angka giliran aku ni pun da kira lewat ni tau.

Da amik no giliran dudukla ktrg menunggu smpi nama dipanggil.
Ramai jugak kes baru ibu mengandung repot kat klinik ni. Pagi ni je dekat 15 org, termasukla aku. Kami (ibu2 mengandung) dapat Buku Merah ni untuk diisi segala butir. Sebenarnya ada dua, tp buku lagi 1 utk rekod klinik. Yg cam kat bawah ni simpanan utk para ibu dan bakal ibu.

Selepas buku da di isi, kami diminta masuk ke bilik 22, pe nama ntah. Aku lupa. Cam nak g kursus pulak rasanya ni. Kat ctu kami diberi briefing tentang Breast Feeding utk baby. Then amik darah. Tujuan die utk tau blood group & HIV test. Lama gak dok menunggu kat ctu. Yela, diorg bg keutamaan amik darah utk ibu2 yg ade appointment. Kes baru ni diorg hold dulu. Masa amik darah tu agak pedih la. Sbb kena cucuk kan. Nasib aku xpitam. Dala mmg aku ni byk sejarah pitam pasal darah. huhu! Nurse Kelate tu pulak dan wat lawak, kurangla sket nervous aku masa nak amik darah tu... Ups! lupa bgtau. Kandungan aku da berusia 13 minggu!

Seterusnya, kami diarahkan utk bagi sampel air kencing dan cucuk jari nak amik darah lg. Tujuan die nak check level Hemoglobin dan kadar gula dlm darah. Aku pulak da bawak siap2 dalam handbag. Kiranya daripada awal pagi td aku ke hulur ke hilir dgn air kencing dlm handbag. Ups! Normalla tu, nak g check up ibu ngandung. Jgn marah, huh!

Da siap buang air kencing td tu, aku kena g bilik 15 pulak. Nak check perut, tekanan darah, berat dan tinggi. Ade lagi, nurse tu brief tentang kanser buah dada. Die ajar cara cam ne nak check. Siap ngan demo. Kat cni aku kena diri je. Kerusi xcukup. Lg pun perut aku kecik lg, bagila pada ibu2 yang perut besar duduk. Baik'n aku. "Budi Bahasa Budaya Kita" (eceh!) Aku check kat cni pun jap je sbb baby blm besar. Lagipun baby pun blm pandai gerak. Next appointment maybe baru wat ultrasound test. Nak check denyutan jantung baby.

Habis je check perut segala, nurse ni briefing lg ttg pemakanan. Aku kena byk mkn makanan yg ada zat besi. Katanya Ayam dan Ikan bole makan hari2. Sayur dan buah2an jugak. Daging lembu makn seminggu 2 kali je. Xbole mkan byk2. Telur pulak seminggu dlm 3 or 4 kali je bole. Susu pun aku kena minum. Sbb sekarang aku da kena kongsi kalsium dan zat besi ngan baby.

Pastu aku terstory pulak kata penah kuar coklat2 cam nak period kat nurse 3 minggu lepas. Kena jugak g jumpa Pakar Perubatan iaitu Doktor. Kat cni check jumpa doktor cam biasa. Die check denyut jantung dan interbiu pe yg patut. Rupanya aku da tau npe kuar coklat2 masa tu. Sbbnya "bersama ngan suami". Korang pahamla kan maksud die. Pengantin baru kan. Cam tula. So, skrg da kena puasa utk awal2 kandungan ni. Ehem2!

Akhir skali, selepas amik ubat / vitamin. Obimin. Aku g pulak wat check gigi. Nnt kalo gigi de masalah. Susah masa ngandung. Sbb nnt baby serap kalsium. Dan aku ade masalah pulak. Ade gigi yang kena cabut. hua! tp dr kata tunggu smpi usia kandungan da 5 bulan baru bole cabut. Lepas raya la nmpknya kot.

Losyen ni klinik bagi kalo2 ade rekahan pada kulit perut nnt. Obimin kena makan masa awal pagi. Supaya lebih berkesan.

Selesai sudah. Al kisahnya, Busuk hilang ntah kemana sbb kebosanan menunggu setengah hari kat klinik. Tau2 je g minum sorg2.

Kesimpulannya, aku dijadualkan akan lahirkan baby ni pada 22 Januari 2010. Hari Jumaat. Harap kalian doakan semoga aku & baby selamat dan sihat sementara nak tunggu smpi ke tarikh tersebut. Amin!

9 komen:

13may said...

wah! tahniah :)

jaga diri bebaik :)

joegrimjow said...

wohoo
tahniah
jaga makan leklok ek
amek banyak nutrisi

Mommy Aisy said...

13may: tq, baik!

joegrimjow: maceh! sy da minum anmum, mkn obimin + asid folic jugak!

Afrezal Karim said...

Congrats.. salam ziarah.. kena jaga diri bebaik lepas ni..

Unknown said...

Yeehaa!!¬ Tahun Depan Jadi APAK!!¬

Puan Jingga said...

tahniah...
sronok bace....
take care

Puan Jingga said...

tahniah...
sronok bace....
take care

Puan Jingga said...

tahniah...
sronok bace....
take care

Puan Jingga said...

tahniah...
sronok bace....
take care

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com