Keputusan BSP Test pada usia kandungan 27 minggu ++,
8.00 am - 4.6 mmol/L
12.00 pm - 7.5 mmol/L
6.00 pm - 6.3 mmol/L
10.00 pm - 5.2 mmol/L
Keputusan BSP Test pada usia kandungan 29 minggu ++,
8.00 am - 5.5 mmol/L
12.00 pm - 6.7 mmol/L
6.00 pm - 5.8 mmol/L
10.00 pm - 6.1 mmol/L
Huh...Sgt menyedihkan result BSP aku ni. Susahla nak diet. Selera susah sket nak kawal. Baby pun nak mkn jugak. Takut nnt xcukup khasiat pulak syg mummy ni.
Okla, aku nak sambung cerita tentang checkup di Hospital Serdang hari tu. Kat sini xbyk checkup yg doktor wat. Cuma scanning. Kali ni kedudukan baby masih 'breech' iaitu kepala baby still kat atas. Tapi doktor kata baby masih boleh pusing2 dalam perut pada usia 29 minggu ni.
Doktor scan dlu sbb ikut surat daripada doktor di klinik baby aku besar dan mungkin aku deliver awal. Jadi, utk mengesahkan statement tu, doktor hospital pun wat scan.
Keputusan scan 29 minggu ++
BPD - 73 mm (29w)
AC - 251 mm (29w)
FL - 54 mm (29w)
EFW - 1398 g <--- ini berat baby pd 5.11.2009
EDD: 18.01.10 - due date baru
Mummy nampak baby lagi. Tapi baby mummy ni pemalu la. Mummy xdpt nak tgk 'anu' baby. Kalau x bole tau jantina da skrg. Ni da kali kedua baby main nyorok2 ngan mummy. Mummy da xsabar tau syg. Nak carik baju dan barang2 pun payah. Baby wat mummy confuse la syg...
Alhamdulillah, doktor kata size baby normal. Xbesar sgt. Tapi pada 19 Nov 2009 nnt doktor suruh datang dan scan lagi. Doktor juga sarankan aku g berjumpa dietitian utk dapatkan nasihat pemakanan.
Selepas je siap scan, aku yg ditemani Mama pun pegi ke bilik dietitian. Mama pun tumpang dengar sesi bersama dietitian tersebut. Agak lama, kerana sesi dimulai dgn sesi perundingan di mana aku diminta utk bercerita tentang diet pemakanan aku seharian kepada dietitian.
Selepas itu, dietitian memberikan nasihat pemakanan yg sgt lengkap. Xlupa jugak ada brochure tentang diet pemakanan. Cuma aku xpasti samada bole ikut atau tidak. Sebabnya sehingga kini, agak sukar bagi aku nak ikut diet pemakanan bagi ibu mengandung yg mempunyai kencing manis ni. Makan sgt terkawal. Hua!
Help me!!!!
Nanti jika ada masa akan ku kongsi kan tentang diet pemakanan k...
Daa...
2 komen:
hospital serdang ok tak??
kita ni tak pasti lagi nak deliver mana nanti
ingat nak gi hukm, tp mcm jauh lak ngan umah..
hi dayu,
dayu stay kat mana? hosp serdang ok jgk. so far byk org sy tnya, diorg kata ok. tu yg sy pun plan nk deliver kat sana je. then checkup pun skrg sy refer sana.
Post a Comment