Hari ini genap 38 hari aku berpantang setelah selamat melahirkan seorang Puteri buat aku dan suami, Aisy Nur Qairina Binti Mohd Noor Hakimi. Sekejap je masa berlalu dan kini aku sudah bergelar 'mommy'. Mommy buat Aisy tersayang...
Al-kisahnya, pada 24hb Dis tahun lalu. Aku ke Hosp Serdang untuk menjalani ujian bulanan bagi memastikan kandungan dan aku sihat serta stabil. Memandangkan doc telah mengesahkan yang aku ni ada kencing manis. Jadi, mereka sangat menitik beratkan rawatan susulan dan perhatian terhadap aku agar kandungan aku selamat.
Bila tiba giliran aku menerima rawatan, aku disoal pelbagai soalan daripada doc kerana aku sudah hampir 6 minggu tidak pergi 'checkup' seperti yang dijadualkan. Selepas itu aku di scan bagi melihat kedudukan dan fizikal baby dalam kandungan. Walau bagaimanapun, doc mengatakan aku ade sedikit masalah. Lalu mereka scan aku sekali lagi menggunakan scan yg lain pulak. Kali ini, doc lain juga dipanggil bagi mendapatkan kepastian.
Rupanya, mereka mendapati air ketuban di dalam rahimku kurang daripada kadar yang sepatutnya. Sesudah itu mereka terus melakukan ujian CTG terhadap kandunganku untuk menganalisa kadar denyutan jantung baby. Selepas semua ujian selesai, doc telah mengeluarkan sehelai surat yang menyatakan aku harus segera dimasukkan ke hospital pada hari yang sama jam 3.00 petang.
Aiyak! Aku da nak bersalin ke? Ikut due date lagi sebulan sepatutnya. Aku terpaksa akur demi keselamatan baby dalam kandungan. Petang tu, buat pertama kalinya aku masuk dan menginap di hospital. Rasa pelik rasanya masuk hospital wad bersalin tanpa rasa sakit bersalin atau contraction. Sebelum suamiku pulang petang tu, aku memohon maaf dengannya dan memohon agar doakan aku selamat melahirkan permata hati pertama kami.
Aku kelihatan sangat sihat selama 4 malam aku berada di wad. Sehinggakan menimbulkan keraguan dan persoalan buat jururawat di wad 5F tersebut. Sepanjang di wad, keadaan aku dan kandungan dipantau. Ambil darah untuk pantau kencing manisku, tekanan darah, CTG untuk denyutan jantung baby dalam kandungan dan diet aku dijaga. Menu makan pun lain.
Selepas 4 malam, pada 6 pagi Isnin 28hb aku telah dimasukkan ubat induce dos pertama ke rahimku agar pintu rahimku lembut dan senang terbuka. Ini kerana doc telah buat keputusan agar aku dipaksa bersalin seawal minggu ke 36. Katanya, bagi memastikan baby tidak lemas dalam kandungan dan memandangkan baby juga sihat dan saiz baby juga sudah hampir cukup matang. Selepas 6 jam pintu rahim diperiksa doc dan hanya 1 cm sahaja bukaannya. Terus doc memasukkan dos kedua ubat induce pada jam 12 tengahari itu. Setiap kali ubat itu dimasukkan, aku merasakan seperti sakit senggugut. Sakit pinggang aku sehingga petang itu. Jam 6 petang, aku diperiksa lagi. Pintu rahim baru 2 cm. (Cam ne ni? 1 dos 1 cm. Maksimum dos ubat tersebut 3 sahaja.) Doc kata kalau sehingga esok pintu rahim tak buka, mungkin aku terpaksa melahirkan secara bedah. Oh! Aku tak nak. Seksanya selepas bersalin lama.
Pada malam hari sakitnya makin berkurangan dan malam itu aku perbanyakkan berjalan. Kata orang, kalau banyak berjalan pintu rahim senang terbuka. Aku pun jalanla sehingga tak bole tidur. Sepanjang di wad, aku perbanyakkan beristighfar dan membaca Yasin. Berdoa supaya aku selamat melahirkan. Al-maklumla, pengalaman pertama dalam hidupku. Suamiku dirumah juga resah. SMS aku sehingga jam 2, 3 pagi. Risau barangkali. Yang paling aku terharu apabila SMS suamiku berbunyi begini.
'Syg, kalo abg wat slh kt usk, abg minta maaf byk2..abg doa'n usk selamat bsalin Aisy.luv u syg.'
Menitis airmataku malam itu. Sepatutnya aku yang kena minta maaf. Esoknya, pagi 29hb....
Kita sambung nnt ek? Aisy nak susu. Sudah bangun tidur.
3 komen:
dah selamat semuanyer rasa lega kan..apa2 pun tu pengalaman pertama yg xmungkin fana lupakan..indahnyer pengalaman tu wlpun sakit hanya tuhan jer yg tau..
dah bulat lah aisy..minum susu apa dia
hi ieda..tula. lega rasanya. tp rasa cam cepat je da bersalin. cam rindu kenangan masa mengandung. huhu...
a'a, aisy makin bulat. kite bgi susu badan je.
Amiable dispatch and this post helped me alot in my college assignement. Say thank you you for your information.
Post a Comment