HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Wednesday, April 21, 2010

Wanita bergelar IBU... Istimewa

Pagi ini, kira-kira jam 7.03 pagi. Aku menerima miss called daripada Mama. Biasala, Mama aku memang teror bab-bab miss called ni. Tu tandanya, call balik. [Miss called = Call Balik]. hehe...

Mama: Aisy da bangun?
Aku: Dah. Tengah menyusu ni, Ma.
Mama: Isnin nnti ko cuti x?
Aku: Oh ye. Mama nak operate kan? Nntila Along try. Sbb da asyik cuti je. (aku jwb acuh tak acuh)
Mama: Ha, yela. Pastu ko memang x bole ke datang tgk Mama ni?
Aku: Bukan x bole Ma, tapi xsempat. Along balik 6.30, kadang2 lagi lewat. Pastu sampai umah da 7.30. Kalo nk g hospital x sempat da. Kul 8 x bole masuk da.
Mama: Balik keje tu terus la g hospital.
Aku: Ok, Along try ek.

Line terputus. Mama letak.

Agaknya mesti Mama aku sedih kan. Anak die da 3 hari x melawat die kat hospital. [Sori Ma, Along keje.] -- tu jela alasan anak2 sekarang

******************************************************************************

Jam menunjukkan 8.35 pagi. Aku lewat sampai pagi ni utk masuk opis. Thank God, Bos xde. Macam biasa rutin aku, masuk opis, bukak laptop, pasang wayar sana sini. Tarik kabel, Cucuk. On laptop. Keluarkan sume keje2 semalam yg masih tertangguh. Mula2 aku check email opis. Then aku bukak Mozilla. Check email yahoo pulak...

Scroll punya scroll email. Pagi ni ade 16 new emails. Termasuklah, email daripada FB dan forworded email.

Tapi aku tertarik dgn satu email forward ni bertajuk:

"Wanita bergelar ibu...istimewa"

Aku baca dan aku menangis. Pagi2 aku da wat air mata kat opis. Sedih bercampur serba salah. Korang nak baca? Jom aku kongsikan.





Siapa tak setuju wanita bergelar "ibu" itu istimewa ...memang dia anak ...(lu fikir lah sendiri...)
Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)


Bila dahaga, yang susukan aku....
mak
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak
Bila bangun tidur, aku cari....
mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku....
mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak
Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...
mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak
Yang selalu berleter kat aku...
mak
Yang selalu puji aku....
mak
Yang selalu nasihat aku....
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....
mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......


Tapi kalau mak sudah tiada.....
.....

MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup
menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup
mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup
mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup
membersihkan najis ibunya...... .
berapa ramai yang sanggup
membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.


P/S:
Tadi, 10.32 pagi. Mama miss called lagi. Katanya mungkin xjdi operate. Harap2 gitula. Nak operate buang rahim, bahaya sungguh.

0 komen:

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com