Salam..
Isnin (10 May 2010) yang lalu, aku cuti. Semangat nak menghantar adikku, Bakim mendaftar di Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang. Kolej ini terletak di Bandar Tun Razak, Jengka. Dekat je dengan Bandar Jengka. Kurang 10km jauhnya.
Pelajar tahun ini merupakan batch kedua yang mendaftar dan belajar di kolej ini. Dahulunya, kolej ini merupakan sekolah menengah teknik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Tetapi telah dinaik taraf menjadi kolej matrikulasi bermula 01 Jan 2009. Pengarah kolej menjangkakan seramai 300 ke 400 pelajar akan mendaftar pada tahun ini. Tetapi peluang ditawarkan kepada kira-kira 700 pelajar.
Kami bertolak awal pagi, kira-kira jam 6.30 pagi dari Puchong. Melalui MRR2 kami terus ke Gombak dan menghala ke Pantai Timur. Berhenti sekejap menjamu perut yang kelaparan pagi-pagi tu dekat Hentian Genting Sempah. Selepas berhenti dalam 30 minit, kami sambung perjalanan. Bakim yang memandu sendiri. Aku dan Mama penumpang. Huhu...
Untuk sampai ke kolej tersebut, perlulah mengambil persimpangan ke Chenor. Kami melalui banyak sangat ladang kelapa sawit. Yela, nama pun kawasan Jengka. Begitula suasananya. Kami tiba di kolej kira-kira jam 9.30 pagi. Kiranya, tak dela lama sangat perjalanan. Parking kereta dan terus ke dewan untuk pendaftaran.
[sampai je aku soh posing jap (^_^)]
[board tanda arah ke dewan utk pendaftaran]
[siap ada board utk langkah2 pendaftaran]
[sementara menunggu, sempat Aku & Mama snap photo]
Selesai mendaftar, Bakim diberi kunci bilik. Dapat penginapan asrama di Blok Abu Bakar, Bilik 109 Katil 3.
[leka membaca buku peraturan kolej]
[Mama sibuk berkemas]
[Masa utk bersembang. Ceria je muka Mama.]
Dapat je bilik, tengok katil, locker dan meja belajar. Mama pun sibuk suruh berkemas. Pasang cadar, bersihkan locker dan meja belajar, susun baju2 dan segala peralatan dan apa-apa yang patut la. Ketika itu, bilik 109 ini ditempatkan 4 orang pelajar. Rakan sebilik Bakim datang dari Terengganu, Pahang dan KL.
Rupanya kawan sekolah SBPI Sabak Bernam Bakim pun ada seorang dapat di matrik yang sama. Mior. Bilik asrama pun dekat-dekat je.
Selepas siap berkemas, tiba masa untuk mendengar taklimat.
Pengarah kolej memberikan taklimat dan keterangan tentang kolej diikuti dengan sesi soal jawab. Harap kolej ini, sesuai buat proses pembelajaran Bakim. Target 4.0 tau, Bakim!
[Dewan tempat berkumpul. Semua tengah khusyuk dengar taklimat.]
Selesai taklimat waris pelajar, kami terus menuju ke Bandar Jengka. Saja jalan-jalan melihat bandar dan kemudahan yang ada. Ada bank, hentian bas, kedai makan, U-Mart dan macam-macam la. Kami singgah makan di sebuah kedai berhampiran hentian bas. Aku makan nasi ayam je. Sedap. Mama dan Bakim makan lauk campur.
Kenyang sudah kami jalan-jalan mencari UiTM Jengka. Siap ronda masuk kampus. Huhu... Seterusnya menghantar Bakim kembali ke asrama. Aktiviti pertama pelajar baru akan bermula jam 5 petang untuk taklimat pelajar. Tapi kami pulang dulu.
Disebabkan masih awal lagi, Aku ajak Mama melihat seorang kawan yang baru 2 minggu lepas bergelar Ibu. Didi @ Hidayah. Katanya rumah dia dan KMTPh tak brape jauh. Kami pun menuju la ke Sungai Tekam Utara. Sebab tak tau jalan, Aku memandu main redah je. Pusing jalan sana sini.
Kami tiba selepas sejam pusing masuk Jengka. Entah berapa Jengka aku dah redah. Huhu... Alhamdulillah selepas sampai.
Ni die baby Didi.
[Baby Wi @ Widatul]
Sampai juga aku untuk melawat Didi yang masih dalam pantang. Dapat juga Mommy Aisy tengok Baby Wi.
Jam 4 petang, kami bergerak pulang. Perjalanan sangat lancar walaupun aku mengantuk. Argh!... Mama da keletihan. Tidur. Sampai je KL, jalan jem. Huh! Tak suka! Kami sampai rumah lebih kurang jam 8 malam. Lapar.... Singgah tapau beli nasi lemak + ayam.
p/s: Aisy aku tinggalkan bersama pengasuh merangkap Granny @ Kawan Baik Mama. Bukan tak nak bawak, cuma takut Aisy meragam sebab penat jalan jauh.
-TAMAT-
0 komen:
Post a Comment