Minggu lepas, Mama kepada Mommy terjumpa berita tentang Johnson's Baby of the Year 2011. Yela, Mama tu hari-hari baca surat khabar. Harian Metro. Memang aktiviti wajib Mama untuk baca surat khabar. Kalau tak, tidak lengkap hidup beliau. Mama kata tak join ke contest ni? Aku kalau bab2 contest untuk baby sekarang mmg pantang. Mana yg bole nk join je.
Jadi, malam tu Mommy google la web yang diperkatakan dalam berita tu. DI SINI. Tahun lepas, 2010 yang menang baby india lelaki. Mommy pun browse la cara-cara untuk menyertai contest ini. Rupanya Johnson's ada tawarkan In-Store Photoshoot. Terbuka kepada semua pelanggan yang membeli barangan Johnson's. Sesi bergambar ini masih dibuka sehingga 19 Ogos 2011. Tarikh tutup contest 31 Ogos 2011. Penyertaan melalui online pun dibuka juga. Sila lawati link diatas ye untuk maklumat lanjut.
Oleh kerana terlalu excited, Mommy plan ngan Papa nak pegi ke Jusco Equine Park pada Ahad lalu. Antara Jusco yang berhampiran kami. Peremata-mata utk mendapatkan barangan Johnson's dan untuk join contest ini. Hehe... Lagipun kami memang pelanggan tetap Johnson. Semua barangan mandian memang Johnson. Cubalah ambil peluang yang ada. Mana tau kami bole menang hadiah-hadiah dan wang tunai kat bawah ni.
Menarikkan? Tu yang Mommy excited. Kepada sesiapa yang ada baby lingkungan umur diatas, jomlah join. Mana tau ade peluang untuk jadi shortlisted. =) Sebenarnya contest ini ade buka untuk online contest juga. Berpeluang utk memenangi tiket melancong ke Disneyland Hong Kong. Cuma pada Mommy agak leceh. Sebab nk kena scan resit and upload bagai. Lagipun xde scanner. Huhu... Pape pun Aisy da join. Harap diberi peluang terpilih dalam senarai pendek baby comel dan sihat...
Sekiranya nilai pembelian melebihi RM20.00 dalam 1 resit, boleh dapat gambar seperti ini:
Ini gambar Aisy yang telah diframekan. Ok x?
COMEL & SIHAT tak pada pandangan anda?
Semasa sesi bergambar. Ingat nak suruh Aisy berdiri je tapi jurugambar suruh duduk dalam baby chair tu je. Senang nak uruskan.
Selepas bergambar kami makan di A&W. Layan!~ Lapar da kan? Then kat depan A&W ade event Carnival Shoes daripada Jusco. Sempena Mid Year Sale nak raya ni. Sementara tunggu Mommy nak try kasut pelbagai design dan brand tu, Aisy jumpa benda alah kat atas ni. CERMIN! Sibuk main depan cermin. Budget lawa la anak Mommy tu. Siap main cak! cak!. Cute!!!!~
Akhir kata, harap gambar Aisy terpilih dalam senarai Top 20. Sebab mereka hanya akan pilih 20 baby sahaja ok???? Semoga nama Aisy Nur Qairina Binti Mohd Noor Hakimi naik. Amin.
2 komen:
comel & sehat..
cute mum pon ada join kat PKNS bangi.. tapi diorang suh dok kat puch car..dania punyalah malu bila orang nak amik gambar die.. takperlah.. mana tau ada rezeki terpilih jugakkan..
gud luck..
ooo yeke...dania masuk jugak. mesti ramai baby2 comel masuk kan...ntah ade rezeki ke tidak..
good luck kat dania jugak!~
p/s: nk tgk gmbr dania utk contest tu.
Post a Comment