Awal Disember hari tu Mommy ada mengikuti Business Analysis Foundation Course selama 4 hari. Menarik sangat course ini. Memberikan input2 berguna utk seseorang yg ingin memegang jawatan sebagai seorang Business Analyst.
Trainer dijemput khas daripada Ireland. Mr Bryan. Seorang lelaki yg agak berusia dan mempunyai pengalaman yg luas dalam memberikan perkhidmatan perunding sebagai seorang business analyst di syarikat swasta, jabatan kerajaan terutamanya dalam industri perbankan. Beliau merantau ke seluruh pelusuk dunia utk memberikan perkhidmatan dan menyampaikan kursus tentang business analysis.
Kursus ini dijalankan di hotel Double Tree by Hilton, Kuala Lumpur. PERTAMA KALI di Malaysia. Wow! Bestnya Mommy jadi sebahagian daripada kumpulan PERTAMA yg mengikuti kursus ini. Oleh kerana kursus ini di KL yg super duper jem itu. Mommy ambil keputusan utk menjejaki KL menggunakan pengangkutan awam seperti biasa. Awal pagi Papa hantar seperti biasa. Transit terus ke stesen Kelana Jaya. Eventho agak jauh utk Papa berulang alik ke Cyberjaya, Papa tetap gigih menjadi REMPIT tegar! Terima kasih Papa! Sebab selalu hantar dan amik Mommy balik keje... Selama 4 hari Mommy ulang-alik Kelana Jaya - Ampang Park, then masa balik Ampang Park - Masjid Jamek - Bukit Jalil!
Buat pengetahuan sape2 yg lama xnaik LRT, sekarang di stesen Masjid Jamek da xpayah susah2 nk beli tiket or touch kad T&G tu... Terus je menuju ke stesen sebab sekarang sistem RAPID sudah berintegrasi antara satu sama lain. Improvement! Congratz RAPID!
Ok2, kita berbalik kepada kursus itu! Jika dinamakan kursus, semestinya akan ada sesi DUDUK DAN DENGAR (SIT AND LISTEN) yg mana semua tahu boring! Tapi xdela sangat utk course ini walaupun ade ketika mata Mommy ni kuyu dan siap bole mimpi2... huhu... (kursus ape gitu nyah!) Kesemuanya ada 14 topik yg perlu Bryan cover dan terangkan kepada kami. Lupa bgitau, kami adalah sejumlah 15 orang je. Kecil je saiz kelas kali ini. Sebab itu kami lebih akrab dan sporting! Even bercampur bangsa Melayu, Cina, India, pelbagai peringkat umur antara 23 hingga ke 60++ tahun. Atau berbeza pangkat daripada Junior Executive hingga ke HOD hingga ke Managing Director. Kami tetap sekepala! Yeah! Xsangka jumpa mereka semua dalam course ini. So SPORTING!
Sepanjang kursus ini, banyak jugak team work yg kami lakukan. Mommy satu kumpulan dgn Chii Wee (from VADS Berhad) dan Zuraidah Gorgeous (from TNB Berhad). Kami adalah wakil kumpulan 1! Bryan pun sangat sporting. Ikutkan saja kerenah peserta kursus ini. Dengan yg datang lambat, yg kerap keluar ke toilet, yg keluar minum sebelum waktunya... Huhu...
Soal makan...Kalau da kursus di hotel, makanan mestila best! Kami semua dapat mkn di 2 restoran di Double Tree ini. Makan Kitchen (Malaysian Local Cuisine) dan Tasco (Italian Food). Ada serba sedikit gambar yg Mommy nk share nnt. Tunggu!
Kesimpulannya, kursus ini sangat sesuai utk mereka yg bekerja di organisasi yg berasaskan ICT dimana mereka membina sendiri aplikasi utk kegunaan syarikat sebagai sumber hasil pendapatan. Business Analyst akan menjadi Project Manager utk mengenal pasti keperluan2 pengguna sistem terbabit dan diaplikasikan ke dalam sistem yg bakal dibangunkan oleh IT Department.
Harga Terbaru Produk Vken 2015
9 years ago
0 komen:
Post a Comment