Bismillahirahmanirahim...
Salam semua!
Fuh...Lamanya Mommy meninggalkan belog ini. Diam tak diam da hampir sebulan kita melangkau ke tahun 2012. Sekejap sangat masa berlalu. Kan? Kan?
Banyak sangat perkara yang berlaku, baik manis segalanya. Terlalu banyak cita-cita Mommy tahun ini. Itu ini, sana sini. Semua nak, semua nak buat. Segalanya perlukan perancangan yang baik dan teliti. Tetapi Mommy seakan2 tidak sabar. Rasa seperti mahu segala2nya cepat terlaksana.
Hari pertama 2012, kami sekeluarga ke Seremban menghadiri majlis perkahwinan sepupu sebelah Mama. Tahniah buat Keena dan Imran!
Sedikit snapshot ye?
Kek dan Cupcakes utk pengantin
dalam tema Green Garden
Dekorasi pelamin
Pelamin yg GAH tersergam dalam dewan
Tak ketinggalan Aisy nk pose depan pelamin
Pasangan pengantin sedang di tepung tawar (sepupu sy pasangan yg kanan ye?)
Hmm...Sebagai permulaan 2012, sebagai pekerja syarikat semi-kerajaan Mommy telah ditugaskan untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia Trustmark Team (keterangan lanjut akan Mommy maklumkan) dan juga sebagai Quality Assistant untuk department bagi menjaga segala documentation dalam department. Terlalu banyak yang perlu Mommy belajar disini.Semoga Mommy tabah dan kuat serta sentiasa bersemangat untuk menyahut semua cabaran kerja ini. Chiyok!
Okla, minggu pertama 2012 Mommy dan Papa terpaksa melaburkan RM1,300 untuk Cik Bibah. Nak dijadikan cerita 2 daripada rim original beliau telah pun bengkok. Tayar pun botak sebab belum pernah berganti yang baru. Selalu ganti yang second hand je. Sebab tak nak membazirlah katakan.
Kami tukar di Taman Putra Ampang setelah menggoogle segala informasi dimana kedai rim yang murah di Lembah Klang. Harap tidak tertipula kan?
Papa pilih rim yang ini, OK x?
Antara koleksi rim yang ada. Ni kat bawah je. Kat atas ade banyak lagi. Rambang mata nak pilih.
Inilah kedai tersebut. We Automobile. Banyak iklan2 mereka di Mudah.my. Bole google je.
Lain2, Mommy juga sangat sibuk dengan persiapan perkahwinan adik Mommy yang Angah tu. Tempahan kad jemputan, andaman bertandang, goodie bag dan macam2la. Insyaallah, bulan May ini akan langsung jika tiada aral. Mommy doakan yang terbaik dan segalanya berjalan dgn lancar.
0 komen:
Post a Comment