HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Monday, January 14, 2019

It's 2019: For a better future

Image result for happy new year 2019
Alhamdulillah! Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2019.

Ye, memang lama aku senyap sepi tak update langsung blog ini. Harap tahun ini dipermudahkan untuk aku kerap update story dan berkongsi macam-macam dengan semua. Ikutkan blog ini pun aku gunakan sebagai port simpan segala gambar dan kenangan. 

Sebagai pembukaan, aku nak update ringkasan peristiwa 2018 buat semua.

Meh aku cuba recap balik apa yang terjadi pada aku dalam tahun 2018.

Januari
5hb - Hari terakhir bekerja di Kumpulan Perangsang Selangor (KPS), selepas hampir 5 tahun bekerja dekat sana. KPS merupakan Listed Companies, Investment Holdings Company. 
8hb - Hari pertama bekerja di PICORP, Bukit Jelutong. Environmental Services Company yang macam kecil tapi besar tau.
10hb - Presentation VIVA untuk Applied Business Research (ABR)
Official Young Living Independent Distributor

Ye, aku sambung belajar. Ambil MBA je dekat Uitm Shah Alam under AAGBS. Buat yang tak tahu, aku enrol masa hujung 2015 dan mula kelas pada Mac 2016. Walau bagaimanapun, aku extend 1 semester sebab masa Mac 2017 aku melahirkan anak ke 4. Baby Qarizh, sekarang pun dah nak masuk 2 tahun.

Mac
Alhamdulillah berjaya habiskan kelas dan exam untuk mendapatkan MBA. 

April - May
Sibuk dengan perihal keluarga dan kerja rutin seperti biasa.

Jun
Kematian, pemergian arwah atuk pada 2 Syawal 1439 (16/6/2018) selepas pemergian arwah pakcik pada 26/12/2017 dan arwah nenek pada 25/7/2017.

Julai
Miskom's Family Gathering at Bungalow A Famosa Melaka
Makan-makan, mandi-mandi, BBQ, steambot dan karaoke

Ogos
Akhirnya berjaya jugak drive ke Thailand bawak kereta. Bercuti jalan-jalan cari makan ke Hatyai bawak anak2. Konvoi 2 kereta.

September
Sibuk dengan kehidupan seperti biasa, berbisnes Zawara, Young Living, Dress Budak seperti biasa.
Bermula episod menjadi agen Meeracle Gemstone dan Tudung Duchess.

October
Bulan terakhir bekerja di PICORP. Kerja sehingga hujungnya sampai tak boleh habiskan cuti. 31.10.2018 (8 malam tau). Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki aku demi anak2.

November
1hb mula bekerja di S P Setia. Lama dah teringin masuk company ini, since HQ diorang dekat Pusat Bandar Puchong lagi. Ada jugak rezeki aku rupanya. Bermakna, ini merupakan company ke 6 aku bekerja sejak tahun 2008. 

Begitulah sedikit sebanyak kisah yang berlaku pada aku dalam tahun 2018. Semoga tahun 2019 ada perancangan yang lebih baik dari Allah buat aku, suami, anak2 dan seisi keluarga.







0 komen:

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com