HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Wednesday, October 19, 2011

Medela OH Medela!

Salam Rabu malam Khamis semua!


Sekarang Mommy masih berada di bumi Johor atau di lokasi lebih tepat, Bukit Indah Nusajaya. Mommy menginap di Pariss Hotel. (nanti Mommy buat entry special utk hotel ini tau. tunggu....)

Rasanya tak ramai yang tahu bahawa Mommy masih menyusukan Aisy even bukan exclusive / full breastfeed. Yela, biasa balik keje bagi terus. Now da jauh. Mulalah Cik B membengkak. Pada saat inilah Mommy sangat2 memerlukan apa dinamakan sebagai BREAST PUMP. 

Bukan Mommy tak pernah ada. Ada je.
1] Pureen Manual
2] Medela Mini Electric
3] Pureen Electric / Battery

Tapi sekarang semua tinggal kenangan. Hilang keciciran atau kecuaian Papa. Soooooo SAD. Yg pam ke 3 masih ada, tapi xbole diharapkan sgt. I miss my Medela Mini E!!!!!

Mommy nekad, preggy je kali ke-2 Mommy nk beli yg ini!

Medela Freestyle

OR

Medela Mini Electric Plus


At least!

Dan nekad nk full breastfeed my next baby! Pray for me tau, geng!

Ok! Ok! Berbalik kepada cerita asal. Selepas Cik B sudah membengkak, Mommy cuba secara manual. Tapi hasil tidak memberangsangkan. Hanya 1oz untuk lebih sejam ok. Sedih!

Mommy menebalkan muka di hospital (Mommy sekarang da 3 bulan keje sebagai Juruaudit Dalaman di sebuah hospital) bahagian ibu2 bersalin. Bgtau nak pinjam breast pump. Tak malu kan? Xpela, darurat. Nak wat cm ne.

Huh! Nah kau. Ini die kasi!


Ini adalah hasil tidak seberapa Mommy. Tapi lega...


MEDELA LACTINA ELECTRIC PLUS


Best sangat guna pump yg ni. Suction die sangat memuaskan hati. Ini membuatkan Mommy rasa semangat lagi nk extend breastfeeding period buat Aisy sehingga 2 tahun 6 bulan. Bole kan?

Boleh! Mommy mesti BOLEH!

Kerja bukan halangan sekarang. Yg penting NIAT!

Alhamdulillah Aisy tidak meragam kat rumah even tiada bekalan susu dan "T***K" kesayangan die.

Dialog Mommy and Aisy

Mommy: Aisy..... Ni t***k sape?
Aisy: T***k Mommy!
Mommy: Kat t***k ade ape?
Aisy: Syusyu....
Mommy: Susu ni susu sape?
Aisy: Syusyu Aisy!

Comel! Suka bila dengar Aisy mintak susu. 

"Mommy! Nak T***K!" Sambil kat tangan angkut bantal.


0 komen:

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com