HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Monday, April 14, 2008

TAG : 5 PERKARA PERTAMA DLM HIDUP


Last week aku di "tag" oleh tunangku HAKIMI. Tapi baru hari ni aku ade kesempatan utk jawab tag ni. And aku akan jawab dgn sebaik mungkin tag ni buat tatapan semua. Walau bagaimanapun, sebelum tu aku ingin memohon maaf kepada tunangku diatas salah laku yg telah aku lakukan. Maaf sekiranya perilaku ku selama ini menyinggung hatimu. Halalkan segala makan dan minum ku dan ingatlah segala kenangan kita bersama sampai bila2. Ok, now aku akan proceed with this tag! Sorry...



5 Perkara Pertama Dalam Hidup Ini
Sebelum itu, syarat-syarat tag ini adalah :


1. Cerita benar & tulus sahaja dan tak ada kaitan dengan sesiapapun yang masih hidup atau telah meninggal dunia.
2. Perlu menge’tag 5 orang lagi rakan cyber anda.
3. Tempoh tag bermula dari masa ianya di cipta (entah la bila) dan tamat pada 27 April 2008.
4. Jawab dengan segera apabila anda di tag !

PERTAMA:

Perkara pertama yg penting dalam hidup aku ialah MAMA aku. Puan Norlidah. Mamalah sumber kekuatan aku. Kalau Mama xde skrg mungkin aku ntah jadi ape ntah sekarang ni. Mesti hidup aku kosong. Tambahan pula sekarang ni ktrg da kehilangan ABAH pada 9 Mei 2007 tahun lepas. Jadi sekarang ini Mama bersendirian dan sunyi. Teman hidup da xde. Aku dan adik2 ku pun da jadi anak yatim. (Aku dan tunang ku senasib. Cian ktrg ni Anak Yatim) But Alhamdulillah... Kami masih ada MAMA utk bergantung kasih. Ma, along sayang Mama!

KEDUA:

Tentunya Org Kesayangan Gue... Tunang gue, HAKIMI. Inilah satu-satunya insan dihati ku yg amat aku sayangi selepas Mama & Arwah Abah. Die la tempat aku bergantung selepas Mama, tempat utk aku bermanja, bercerita & segala2nya la termasuk menangis. Tunang aku ini penting dalam hidup aku sebab die da bagai nyawa aku sendiri. Jadi jika die wat sesuatu yg menyakitkan aku, aku akan sedih. Terlalu sedih. Tanpa die juga aku xmungkin sampai ke tempat keje ari2. Thanks syg sbb snggup berkorban utk usk. Btl kata tunangku, InsyaAllah tahun depan jika tiada aral kami akan menikah.
Bsk, maafkan semua kesalahan Usk. Abg, jagalah hubungan kita ini dan doakan hubungan kita ni kekal sehingga ke jinjang pelamin dan terus kekal hingga akhir hayat. Semoga hubungan kita direstui oleh-Nya. Amin. Kawan2, doakan jodoh FARHANA & HAKIMI kekal ye? Nnt kawin mesti ktrg jemput...Tp jgn xdtg...

KETIGA:

Memandangkan aku dan adik2 ku kini sudah bergelar Anak Yatim, jadi ketiga2 adik ku (Angah, Akim & Adik) telah menjadi perkara penting dalam hidupku. Aku terlalu sayang kan mereka kerana kini hanya aku dan Mama menjadi tempat mereke bergantung. Walaupun sebenarnya diikut2kan aku yang paling manja dalam adik beradik tp aku tetap kakak. Haha... Akan tetapi itu tidak menghalang aku utk memikul adik2ku sebagai 1 tanggungjawab. Angah, Akim, Adik... Along sayang korang tau!!!

KEEMPAT:

My study and future career. Memandangkan aku kini final year student and aku masih tercari2 bidang yg patut & ingin aku ceburi, jadi aku ingin beri keutamaan kepada bakal kerjaya ku kerana ini memainkan peranan penting utk masa depan aku, Mama & adik2ku. Tanpa kerjaya ini juga xmungkin aku dapat membantu membina future famili aku bersama tunangku. Dan semalam akhirnya aku da decide nak join Consulting Firm. Mama & Abg, thanks sbb menyokong ku dlm bidang ini.

KELIMA:

Sahabat2 ku yg menyayangi diri ni especially Dena, Hana, Zura, Ayin, Rozita, Ayu, Kak Yan, Nook, No Fana & ramai lagila. Yang sanggup berkongsi kegembiraan & kesedihan serta masalah dgnku. Sanggup berkongsi susah bila masa aku memerlukan. Thanks so much guys! But yg ni xble tinggal, all my cat.... Ini juga teman & sahabat aku dirumah. Cayang kat Comot, Domok, Cubby, Cubi & Brownie... Pesananku buat 'Wok2' kesayanganku, "Jgn byk makan tau. Perut tu da buncit tp Brownie kene mkn byk ye?"


Habis....Jd skrg blela aku kongsi tag ni dgn kawan2 ku di blog ni...

Dengan itu aku nak kongsi tag ni dgn....






Friday, April 11, 2008

Surat sebab lewat datang kerja buat Boss

Kepada Boss......

Saya mohon maaf kerana hari nie saya terlambat lagi datang ke pejabat. Saya tau, termasuk hari nie, saya dah 10 kali lewat ke pejabat.

Ampun Boss, tabik spring 60X....!!!

Saya tau sepatutnya saya masuk pejabat pukul 8:30 pagi. Tapi oleh kerana lewat, saya terpaksa sampai di pejabat pukul 9:00 atau 10:00 pagi. Tapi percayalah Boss, saya bukan sengaja.


Keadaan yang buat saya begini. Saya bangun awal Boss... Pukul 6:00 saya dah siap mandi dan pakai baju. Saya turun dari rumah saya pun awal jugak. Boss pun tahu saya just duduk Kampung Kuala Belit, dekat jer.....

Tapi Boss, bila sampai dipersimpangan jalan...saya jadi pening Boss. Saya percaya kalau Boss sendiri berada ditempat saya, Boss pun mesti sampai lewat jugak ke pejabat. Percayalah Boss, saya tak bohong. Kalau Boss nak tahu kenapa saya selalu lewat ke pejabat, meh sini, biar saya tunjukkan.......

Yang Benar,
Pekerjamu yang disayangi.......
p/s : harap Boss.....maafkan lah saya....yer...ummm chak.


Tuesday, April 08, 2008

:~aKu yG SeDiH:~

Aku adalah aku. Aku seorang happy, banyak cakap, suke nak gelak, suke nak senyum, suke berkawan dan positif thinking. Namun, aku juga manusia biasa, ada hati ada perasaan. Aku juga tahu sedih, nangis, marah, geram sebab akukan manusia bukan kucing. (eh, ape aku melalut ni?) Sekarang baru aku tau, aku punya hobi baru iaitu nangis. Aku cepat sangat menitiskan air mata sekarang. Kadang2 tu, tengah happy2 pun aku bole menangis, tp bukan tangis gembira. Tengok cerita sedih sket pun aku bole rasa mahu nangis teresak2. Sampai sakit dada dan tekakku mahu menahan kesedihan, tangisan dan air mataku dari menitis. Aku tak tahu apa masalah aku sebenarnya. Ingin menangis, ku tahan. Tapi bila ku tak ingin menangis, aku menangis. Unstable emosi kot. Aku jadi cepat terasa, tak bole kene marah sket, tak bole org sakitkan hati ini. Terutama sekali orang2 yg aku sayang dan kasih. Kadang2 tu aku sendiri yang marah pun aku menangis. Agaknye sebab ape ek?

Monday, April 07, 2008

Kerajaan Selangor Sekarang

Baru sebentar tadi, 4.11 petang aku menerima SMS daripada Ketua Puteri UMNO Cawangan Seri Serdang/Puchong, Kak Salawati. Mesej tersebut berbunyi:

"Tahniah kepada kerajaan Selangor yang meluluskan pusat penyembelihan babi secara HALAL bernilai RM 100 juta sama nilai dengan 20 buah masjid. Tahniah."

Adakah ini berbaloi dan patutkah ini terjadi di sebuah negara Islam seperti Malaysia?

Berikan komen anda.

p/s: Sejauh mana kesahihan kenyataan ini kita selidik dan bincangkan bersama.

Sunday, April 06, 2008

HaTiKu Yg MeRaYu...

"Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada- Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta sia-sia.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan- Mu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukkanlah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu."

Hatiku merayu rindu...

Saturday, April 05, 2008

"For BusuK!"

Comfort you on difficult days, Smiles when sadness intrudes, Rainbows to follow the clouds, Laughter to kiss your lips, Sunsets to warm your heart, Gentle hugs when spirits sag, Friendships to brighten your being, Beauty for your eyes to see, Confidence for when you doubt, Faith so that you can believe, Courage to know yourself, Patience to accept the truth, And love to complete your life...

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com