Last week aku di "tag" oleh tunangku HAKIMI. Tapi baru hari ni aku ade kesempatan utk jawab tag ni. And aku akan jawab dgn sebaik mungkin tag ni buat tatapan semua. Walau bagaimanapun, sebelum tu aku ingin memohon maaf kepada tunangku diatas salah laku yg telah aku lakukan. Maaf sekiranya perilaku ku selama ini menyinggung hatimu. Halalkan segala makan dan minum ku dan ingatlah segala kenangan kita bersama sampai bila2. Ok, now aku akan proceed with this tag! Sorry...
1. Cerita benar & tulus sahaja dan tak ada kaitan dengan sesiapapun yang masih hidup atau telah meninggal dunia.
2. Perlu menge’tag 5 orang lagi rakan cyber anda.
3. Tempoh tag bermula dari masa ianya di cipta (entah la bila) dan tamat pada 27 April 2008.
4. Jawab dengan segera apabila anda di tag !
PERTAMA:
Perkara pertama yg penting dalam hidup aku ialah MAMA aku. Puan Norlidah. Mamalah sumber kekuatan aku. Kalau Mama xde skrg mungkin aku ntah jadi ape ntah sekarang ni. Mesti hidup aku kosong. Tambahan pula sekarang ni ktrg da kehilangan ABAH pada 9 Mei 2007 tahun lepas. Jadi sekarang ini Mama bersendirian dan sunyi. Teman hidup da xde. Aku dan adik2 ku pun da jadi anak yatim. (Aku dan tunang ku senasib. Cian ktrg ni Anak Yatim) But Alhamdulillah... Kami masih ada MAMA utk bergantung kasih. Ma, along sayang Mama!
KEDUA:
Tentunya Org Kesayangan Gue... Tunang gue, HAKIMI. Inilah satu-satunya insan dihati ku yg amat aku sayangi selepas Mama & Arwah Abah. Die la tempat aku bergantung selepas Mama, tempat utk aku bermanja, bercerita & segala2nya la termasuk menangis. Tunang aku ini penting dalam hidup aku sebab die da bagai nyawa aku sendiri. Jadi jika die wat sesuatu yg menyakitkan aku, aku akan sedih. Terlalu sedih. Tanpa die juga aku xmungkin sampai ke tempat keje ari2. Thanks syg sbb snggup berkorban utk usk. Btl kata tunangku, InsyaAllah tahun depan jika tiada aral kami akan menikah.
Bsk, maafkan semua kesalahan Usk. Abg, jagalah hubungan kita ini dan doakan hubungan kita ni kekal sehingga ke jinjang pelamin dan terus kekal hingga akhir hayat. Semoga hubungan kita direstui oleh-Nya. Amin. Kawan2, doakan jodoh FARHANA & HAKIMI kekal ye? Nnt kawin mesti ktrg jemput...Tp jgn xdtg...
KETIGA:
Memandangkan aku dan adik2 ku kini sudah bergelar Anak Yatim, jadi ketiga2 adik ku (Angah, Akim & Adik) telah menjadi perkara penting dalam hidupku. Aku terlalu sayang kan mereka kerana kini hanya aku dan Mama menjadi tempat mereke bergantung. Walaupun sebenarnya diikut2kan aku yang paling manja dalam adik beradik tp aku tetap kakak. Haha... Akan tetapi itu tidak menghalang aku utk memikul adik2ku sebagai 1 tanggungjawab. Angah, Akim, Adik... Along sayang korang tau!!!
KEEMPAT:
My study and future career. Memandangkan aku kini final year student and aku masih tercari2 bidang yg patut & ingin aku ceburi, jadi aku ingin beri keutamaan kepada bakal kerjaya ku kerana ini memainkan peranan penting utk masa depan aku, Mama & adik2ku. Tanpa kerjaya ini juga xmungkin aku dapat membantu membina future famili aku bersama tunangku. Dan semalam akhirnya aku da decide nak join Consulting Firm. Mama & Abg, thanks sbb menyokong ku dlm bidang ini.
KELIMA:
Sahabat2 ku yg menyayangi diri ni especially Dena, Hana, Zura, Ayin, Rozita, Ayu, Kak Yan, Nook, No Fana & ramai lagila. Yang sanggup berkongsi kegembiraan & kesedihan serta masalah dgnku. Sanggup berkongsi susah bila masa aku memerlukan. Thanks so much guys! But yg ni xble tinggal, all my cat.... Ini juga teman & sahabat aku dirumah. Cayang kat Comot, Domok, Cubby, Cubi & Brownie... Pesananku buat 'Wok2' kesayanganku, "Jgn byk makan tau. Perut tu da buncit tp Brownie kene mkn byk ye?"
Habis....Jd skrg blela aku kongsi tag ni dgn kawan2 ku di blog ni...
Dengan itu aku nak kongsi tag ni dgn....
7 komen:
Dah Tunang..
Alamak..kena sekali dua daa..
Ok, bagi saya pengsan 48 jam dulu. Kalau dalam pengsan tu saya dapat mimpi, saya jawab. Hiks.
Semoga kamu tabah, untuk terus hidup tanpa arwah abah. You Go Girl! Yeah!
-shakadal-
u nak i tgk pe kat link tu... malas la nak register...skrg da xble uninstall. how?
-eddzril-
yup, i da tunang. npe u nak persoalan kan ttg tu dlm blog u? kan xsalah bertunang.. ke i yg slh fhm wat u mean? ahaks!
-a t i q a h-
wat tau atiqah, nak kongsi cte gak.. my famili n i akan teruskan hidup ni jgk...
moga kekal hingga ke jinjang pelamin... amin... :)
chessss!!!
Salam singgah....
Family Bahagia...
-musafir-
Betul tu Famili Bahagia. =)
Wacha!
Post a Comment