HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Monday, February 16, 2009

Bateri Viva Kong

Pagi ahad yang lepas sewaktu aku sedang nyenyak tidur...
Mama sibuk nak g kedai, carik brekpes n beli surat kabo.
(yela..da anak2nya sedap tido. hehe)
Dalam tido aku perasan yang Mama mula2 amik kunci Avanza, tapi agaknya pastu Mama perasan yang Viva park kat luar, Mama pun amik kunci Viva. (dlm tido pun aku sedar, teror x?)

Tak smpai 2 min Mama masuk balik.
"Long, nape dgn kete ko tu? Xbole stat." Mama bersuara panik.
Aku yg masih nak tido terus jaga. "Nape Ma?"
Aku dan Mama bergegas keluar tengok Viva.
Memang tak bole start. Hua!~
"Long, gla kejutkan Angah. Soh die tengok".
Aku masuk umah berlari2 mendapatkan Angah yang sedap tido.
Siap kena marah lagi sebab kejutkan dia pagi2. Geram.
Tapi dia bangun jugak. Hehe...
Angah dengan muka penyek baru bangun tido tengokla Viva jap.
Rupa2nya bateri kong. Hampes!~

Semalam punya sehari suntuk kitrg jalan naik Viva, g Klang, Meru, Shah Alam. Pagi ni bole lak bateri kong. Memang saja nak abiskan duit aku.
~*************************~
Dalam 10.30, Angah kuar g beli bateri baru.
Bateri Tesco je. Itu pun da RM 150. Cet!~
Dala aku nak guna duit untuk kawin, masa nila Viva nak wat hal.

(bateri Viva yang aku baru pakai 10 bulan)

Dala aku call dealer diorg kata da xde warranty. Sebab nya syarat dia, less than a year or 15,000 km. Cet!~Igt aku bawak Viva ni ulang g kedai dgn umah je ke. Merata tau nak jalan. Hehe...

(ni pulak bateri baru, Angah tgh isi air bateri)

(Angah godek2 nak pasang balik bateri baru)

(Siap kena jump start lagi. Tensen aku.)

Itulah kisah aku dan Viva weekend ritu.. Peace! Ptg tu je aku berjalan lagi. G Salak Tinggi. Anto adik balik asrama. Mama da sehari suntuk bermesyuarat.

K, daa..That's all.

Friday, February 13, 2009

Trafik Jem

(Laluan Kinrara ke Bukit Jalil)

Jem! Jem! Jem! Benci!!...Sakit hati. Tiap2 awal pagi, elok2 mood baik terus hati jadi panas. Semuanya kerana 'JEM' = jammed. Bengang je. Puncanya kereta banyak. Nak kata ada eksiden, xde. Nak kata ada kereta rosak, pun xde jugak. Tapi tiap2 pagi pasti aku terperangkap kat jalan tu dekat 30 minit. Hmmm...

(Jalan dari Astro menghala ke bulatan lumba kuda)

Tengokla, punya berderet kereta kat belakang tu. Inilah dia Malaysia. Negara penuh sesak dengan kereta2, bukan setakat sesak dengan warga asing (Bangla, Indon, Myanmar, Nepal) je.

Harap2 dapatlah aku bertahan sampai bila2 untuk mengharungi corak hidup di Lembah Klang ni. Tak bagi can betul. Nak pecut 100km sejam pun payah.
Kerana aku hanya mampu bawak 50km/ sejam.

Huish..Memang menduga.

i'm confuse


am i confused?


my eye saw 'pink'


my heart wanted 'white'


my mind think 'purple'


my mouth said 'green'


my mum asked for 'blue'


what i did was 'orange'


am i do the right things?

Wedding Checklist

Tanggal 1hb dan 2hb Mei 2009 (Jumaat & Sabtu) nnt bakal menjadi tarikh keramat dalam hidup aku. Tarikh itu juga bakal merupakan tarikh di mana tranformasi buat ku bergelar isteri orang. Yeah! Aku nak kahwin. hehe.. Cam xcaya je. Sebelum sampai ke tarikh tersebut macam2 persiapan aku dan busuk ku perlu sediakan. Duit pun mengalir macam air. Ada saja yang perlu dibeli.


ANAMY's Wedding Hantaran Checklist


from Amy to Ana

1. Jam - done

2. Kasut & Handbag - Mac 09

3. Perfume & Makeup - Mac 09

4. Al-Quran - done

5. Gelang - Blm lagi

6. Telekung - Mac 09

7. Baju persalinan - done

8. Sirih Junjung - April 09

9. Mas Kahwin & Duit hantaran


from Ana to Amy

1. Jam - done

2. Kasut - Mac 09

3. Baju Melayu - done

4. Kasut - Mac 09

5. Perfume - Mac 09

6. Kek/Cupcakes - lambat agi

7. Sirih Junjung - April 09

8. Wallet & Belt - Mac 09

9. Coklat/ Cookies - lambat lagi

10. Songkok & Kain Pelikat - Mac 09

11. Potpori - da dekat nnt wat

Buat pengetahuan korang, wedding theme aku kali ni "Pink Hijau". Mamaku yg pilih kaler tu.. So nnt kanopi, baju sanding, bunga telur, pelamin sume nak ikut tema tu.

Majlis bertandang pula plan nak wat 16hb Mei 2009 (Sabtu) ke Jitra. Kat sana pulak kitrg plan wat kaler orange.. hehe..

Oklah, aku nak recall balik ingatan ku tentang persiapan lain selain hantaran.

a. Andaman, Pelamin & Photo (booked on 14 Feb 09) - Meru

b. Set Bilik Tidur Lengkap (booked on 09 Feb 2009) - Kapar

c. Baju Nikah Ana + Amy (tempah on 31 Jan 2009) - Meru

d. Bunga Pahar Pink + Hijau (tempah on 09 Oct 2008) - Chow Kit

e. Kanopi Pink + Hijau (booked on 09 Feb 2009) - Sijangkang

f. Kad Jemputan (booked on 14 Feb 2009) - Klang - selepas penat survey merata, hehe...

g. Special Gift & Paper Bag (bought on 30 Jan 2009)

That's all. Eh, yeke?

hmm...byk gak aku belanja da ek. hua!~ money3x...pls come to me..

~Semoga aku & busuk sentiasa murah rezeki untuk menghadapi hari2 bersama kini dan selamanya. Ya Allah, Kau tabahkanlah hambaMu ini mengharungi segala liku2 kehidupan yang penuh cobaan dan ranjau. Amin.~

Thursday, February 05, 2009

Betul ke?

hi..

aku terima msg fwd ni daripada fs punya mailbox..cam menakutkan je...betul ke?

LAILAHAILLALLAH Penting!!!

Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya.

Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH).

Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)?

Kepada sape2 yang tau further tentang ni.. Pls inform me k.

Friday, January 02, 2009

Betul kata redSeptember, look at dis...

Last two days, i was surfing other blogger blog. Then i found this PREODUA instead of PERODUA.

So sad...

Tadi, masa on the way balik umah from office, i saw that. Look at the picture. I took from white Kancil registration no. Nxx 9844.

I was so shocked but then... betul la kata redSeptember..

haha!~

Thursday, January 01, 2009

i was addicted to Online Shopping!!~

hi,
lately i was so addicted to Online Shopping plus with Online Banking transaction. so, it's make my life easy to shopping. hua!~ (abih duit sebab asyik shopping je)

everyday i will logon to www.lelong.com.my and www.ebay.com.my.
i will looking for things that i like. hehe... handbag, purse, perfume and etc.

huhu...

neway, 'Happy New Year'.

Tuesday, December 30, 2008

i miss my blog!~

hi ols!~

hampir sebulan blog ini aku tinggalkan. hampir terlupa sebenarnya..hehe...apa da..
dalam sebulan yg lalu, macam2 berlaku:

1. 26 Nov: Mamaku telah ke Mekah menunaikan Haji dan Umrah bersama atuk ngan nenek.
2. 1-3 Dis: Aku outstation ke Langkawi.
3. 4-13 Dis: Aku outstation ke Penang.
4. 15 Dis: Adik ku, Baby dapat tawaran masuk asrama ke SAM Bandar Baru Salak Tinggi.
5. 20 Dis: Hari Lahir ku yg ke 23!~
K. Olin & Hakim kahwin (Nilai), K. Alia & Ezran kahwin (Kepong) and Mawi & Ekin kahwin (JB).
6. 22 Dis: Genap setahun Farhana & Hakimi tunangan. hehe... (bila aku nak kahwin ek?)
7. 27 Dis: Cousin ku telah selamat diijabkabulkan, A. Adi & Fida (Sunway).
8. 29 Dis: Selamat Tahun Baru Hijrah, 1430H!~
Sahabatku, Azrin bertunang ngan Aifa.

anyway, congratulation to ols my fren and cousin!~ i'm happy for u guys.

pis!~

Saturday, November 29, 2008

Fahamilah, mengertilah.

Aku menerima email ini daripada seorang sahabat.
Saja aku nak kongsi dengan sahabat2 blog disini...
Jadi...Fahamilah, mengertilah.
Pis!~
Wanita Cantik yg suka Menangis...

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya
'Mengapa engkau menangis?'
'Kerana aku seorang wanita', kata sang ibu kepadanya.
'Aku tidak mengerti', kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
'Dan kau tak akan pernah mengerti'
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
'Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?'
'Semua wanita menangis tanpa alasan', hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya. Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya,
'Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?'


Allah berfirman: 'Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan'

'Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya'

'Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh'

'Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya'

'Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya'

'Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu'

'Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.'

'Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.'

'Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya' tempat dimana cinta itu ada.

'Kirimkan ini kepada setiap wanita yang Anda kenal hari ini untuk memperingati Bulan Sejarah Wanita. Jika Anda lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi. Anda akan menambah harga diri wanita!

Kirimkan msg ini juga kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar dan ingat akan kecantikan wanita mereka yang azali.. bukan pada kecantikan luaran semata-mata Selami lah hati wanita mu.. dan ingat lah....

Setiap Wanita itu Cantik.

Saturday, November 15, 2008

Semalam yang malang


14/11/2008 - Hari Malang

PJ - FTEC
Report Risk Register - Sepatutnya da submit 3 hari lepas tapi...
Hari-hari buat amendment - Senior ampeh - Tak tetap pendirian - Hari-hari nak tukar itu ini macam2.

Member ulang-alik balik opis reprint and rebind report - Cian sgt - Aku jadi kuli tukar itu ini - Mintak itu ini daripada client - Padahal rini hari last assignment.
Report kena submit hari ni - Tapi macam2 jadi - Working paper besok bos nak tengok - Hish! - Cross ref sume Risk Register ngan Supporting Document - Siap!

But...7.15 malam - Kemas2 nak balik - Shred itu ini - Segala paper - Then...
"Mana working paper yg da Cross Ref tu?" - "Ntah. Xtau. Bukan dalam file ke?" - "I rasa yang I shred tadi tu kot"...kuang3x...

Dalam kalut2 nak balik, kitrg bertiga redo again Cross Ref that working paper. Terpaksa. Sampai 8.30 malam pun blm settle - Tunang aku da tunggu kat luar dari 7.30 td.
Belum settle pun aku kuar balik, biar diorg yg settle kan.

Kuar je dari opis.. - Hujan turun selebat2nya - Aku dan tunang tersadai kat luar opis sampai jam 10 malam - Cam haram - Kena marah - Duduk kat kaki lima tunggu hujan berhenti tapi tak berhenti2.

10.05 malam - Redah gak hujan - Lapar - Makan - Diam - Tak sembang pe - Tunang majuk - Tapau makanan - Hujan - Hujan - Hujan.
Benci 14/11/2008!~

Tuesday, October 21, 2008

Aku Kembali

Salam...

Setelah sekian lama aku menyepi. Rindu plak nak mencoretkan sesuatu diruangan ini. huhu..

Sepanjang aku menyepi ni, byk perkara terjadi dalam hidup ku. Suka dan duka. Gembira dan sedih. Manis juga pahit. Dan yg penting, aku tidak akan sesekali melupakan trajedi tersebut. Akan ku jadikan pengajaran buat ku menghadapi masa mendatang. ^_^

Ahad, 19 Okt 2008
Majlis Konvokesyen ke 21 UUM



Maceh to Mama, Atok, Nenek, Syg and Famili yg turut hadir.

Monday, August 11, 2008

~Wanita~

"...Aku wanita aku kaum Hawa, Yang memang rapuh hatinya,
Aku wanita aku punya cinta selayaknya manusia,
Apakah salah jika aku menyinta?
Apakah salah jika engkau ternyata, pilihan hati belahan jiwaku ini..."

Suatu malam di minggu yang lalu, ketika aku sedang diuji olehNya, aku menerima sms ini daripada seorang sahabat;

"A woman has strengths that amaze men. She can handle trouble and carry heavy burdens. She holds happiness, love and opinions. She smiles when she feels like screaming. Shesings when she feels like crying, cries when she's happy and laughs when she's afraid. Her love is unconditional! There's only one thing wrong with her, she sometimes forgets what she is worth."

Dan malam semalam, aku menerima sms ini pula daripada seseorang yang aku tidak kenali.

"Leave something for someone...
Never leave someone for something...
Because in life, something will leave you but someone will always live for you."


Hmm..Meaningful kan?

Tuesday, August 05, 2008

For "Syg"

Rossa - Ayat-Ayat Cinta


desir pasir di padang tandus

segersang pemikiran hati

terkisah ku di antara cinta yang rumit


bila keyakinanku datang

kasih bukan sekadar cinta

pengorbanan cinta yang agung

ku pertaruhkan


reff:

maafkan bila ku tak sempurna

cinta ini tak mungkin ku cegah

ayat-ayat cinta bercerita

cintaku padamu

bila bahagia mulai menyentuh

seakan ku bisa hidup lebih lama

namun harus ku tinggalkan cinta

ketika ku bersujud


bila keyakinanku datang

kasih bukan sekedar cinta

pengorbanan cinta yang agung

ku pertaruhkan


repeat reff


ketika ku bersujud



Lirik lagu Rossa - Ayat-Ayat Cinta ini dipersembahkan oleh LirikLaguIndonesia.Net. Kunjungi DownloadLaguIndonesia.Net untuk download MP3 Rossa - Ayat-Ayat Cinta.

Tuesday, July 29, 2008

^HiLanG^

Semalam...
Aku kehilangan sesuatu yang paling aku sayang selain famili tercinta.

Hari ini...
Aku masih kehilangan dan akan terus kehilangan.
Tetapi aku masih menanti.
Dengan penuh harapan.

Hari ini...
Hati ku sepi.
Kerana kehilangan.
Selama hampir 10 tahun aku jaga, aku semai, aku abadikan, aku korban, aku pertahankan...
Namun, kini aku masih sepi.

"Sepi sekuntum mawar"

Aku sekarang hanya mampu menanti. Tanpa berharap apa2.
Kerana, jika aku berharap harapan ku akan terbang tinggi.
Tinggi setinggi2nya.
Dan, jika harapan hanya tinggal harapan...
Aku akan jatuh rebah dan mati dalam harapan dan anganku.

Hmmm....

Aku buntu...
Aku bingung...
Aku lupa siapa diri aku kerana nya.

Aku hilang dalam diri ku sendiri..

Sedih...

Kehilangan...

Sunyi...

Merana...

Mati...

Friday, July 25, 2008

^HuKuM NiKaH^

22 Julai yang lalu aku menerima email daripada admin MasKahwin.com.

Berkenaan dengan Hukum Nikah. Jadi, aku ingin kongsi kan hukum ini dengan semua sebagai peringatan bagi yang da pernah tahu or sebagai panduan bagi yang baru je tau.


Bernikah hukumnya jaiz ( boleh ), ini adalah asal hukum. Kemudian datang sesuatu penyebab yang menyebabkan hukum lain wajib, sunat, makruh dan haram.

Wajib ----------------Berkahwin hukumnya wajib bagi orang yang sudah berkeinginan untuk bersetubuh ( Ta'iq ) sedang padanya ada kemampuan dan belanja yang cukup untuk berkahwin. Dia kuatir sekiranya tidak berkahwin dia akan terjerumus dan berbuat yang dilarang oleh Allah.

Sunat ----------------Bagi orang yang ada keinginan untuk bersetubuh dan ia mempunyai perbelanjaan cukup untuk menanggung biaya perkahwinan dan nafkah keluarga, namun ia tidak kuatir dirinya terjerumus kepada perbuatan maksiat kerana ia leka beribadah dan kuat imannya. Namun demikian ia sunat berkahwin ( kahwin adalah lebih utama baginya ).

Makruh ----------------Hukum makruh terbahagi dua :

Bagi orang yang tidak mempunyai keinginan untuk bersetubuh dan tidak mempunyai perbelanjaan untuk menanggung nafkah keluarga dan biaya berkahwin.

Makruh juga berkahwin bagi orang yang mempunyai perbelanjaan namun ia tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin ini disebabkan kerana padanya ada penyakit seperti lemah zakar ( mati pucuk ) atau orang yang sudah uzur ( berusia lanjut ).

Haram ----------------Haram berkahwin bagi orang yang berniat hendak menyakiti, membalas dendam atau mencederakan wanita yang dikahwininya.

Bagaimana pula jika seseorang mempunyai keinginan untuk bersetubuh tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk belanja kahwin dan sara hidup?

Mari kita sama-sama fikirkan....

Monday, July 07, 2008

"Associate Consultant"

Salam...

Alhamdulillah...Bersyukur kepada Allah Yang Maha Esa lagi mengasihi hamba2Nya...
Aku hari ini telah memulakan kerjaya pertama ku selepas tamat pengajian sebulan yang lalu. Aku kini bergelar Associate Consultant di sebuah syarikat yang teletak di sekitar KLCC.

Pada mulanya aku agak2 ragu2 untuk menerima tawaran daripada syarikat ini kerana jauh dari rumah. 60km terpaksa aku ulang alik dalam sehari. Akan tetapi memandangkan aku telah bersama syarikat ini selama 6 bulan sepanjang menjalani praktikal, aku fikirkan kembali untuk menerima tawaran tersebut. Hmm...Tapi aku terpaksa bersama syarikat ini selama 3 tahun. Kontrak. Dush! Berdebuk sekali. 3 tahun tak boleh berhenti atau bayar pampasan RM 25,000. Kuikuikui...

Hmm...Tu je nak cerita..

Tahniah buat ku yang akhirnya telah memasuki dunia kerjaya. Yihiii...
Terima kasih buat En. Mohd Noor Hakimi sebab menghantar aku ke pejabat pada hari pertma aku bekerja. Maceh sayang....!!!

Monday, June 16, 2008

Coklat = Tulang Rapuh

Menurut laporan The American Journal of Clinical Nutrition, pemerhatian yang dilakukan oleh Dr. Jonathan Hodgson dan kumpulannya dari Perth University mendapati wanita yang memakan coklat setiap hari berisiko terkena osteoporosis jauh lebih tinggi daripada wanita yang memakannya seminggu sekali.
Namun begitu, sehingga kini kajian terperinci mengenai zat atau nutrisi yang mempengaruhi masalah tulang rapuh masih dilakukan. Walau bagaimanapun, tak salah andainya kita beringat dari sekarang dengan mengurangkan pengambilan coklat, bukan?

Friday, June 13, 2008

Cili Perbaiki Mood

Sekiranya anda dilanda kemurungan dan tiada mood yang baik, daripada menikmati coklat, apa kata anda cuba hidangan pedas. Ini kerana cili mengandungi bahan yang dipanggil "capsaicin" yang boleh menyebabkan mulut berasa panas.
Hal ini akan mengakibatkan pembebasan endorfin dalam otak yang mana ia bertanggungjawab mengubah emosi anda menjadi lebih baik berbanding sebelumnya.

Saturday, June 07, 2008

~CinTa~Love~

Setelah lama aku diam dan menyepi tanpa sebarang topik baru atau apa2 updates,
jadi kali ini aku ingin bercerita tentang CINTA.
Apa itu CINTA?
Apa itu SAYANG?
Memang mudah untuk melafazkan kata CINTA dan SAYANG pada sesiapa saja.
Tidak mengira samada Keluarga, Suami, Isteri, Anak2, Ibubapa, Tunang, Kekasih, Sahabat, Kawan Lama atau Adik Angkat. Mudahkan? Terutama sekali pada kaum Adam. Samada disampaikan melalui kata2, SMS, surat atau email.
Ungkapan CINTA atau SAYANG pada mereka seakan tidak membawa makna apa2. Padahal, bagi kaum Hawa seperti aku, yang mudah tersentuh hatinya, mudah sedih, mudah menangis dan mudah berterus terang, kata2 itu memberi makna yang sangat mendalam. Terutamanya bila ungkapan itu keluar dari bibir orang yang sangat kita SAYANG dan CINTA. Ia akan memberi kesan kepada seluruh hidup wanita didunia ini. Hanya dengan ungkapan SAYANG.
Ramai kaum Hawa yang ternanti2 seorang lelaki untuk menyatakan "I LOVE YOU!" atau "Saya SAYANG Awak!". Tapi kaum Adam ini pulak lain, dengan insan yang patut dia lafazkan atau ungkapkan kata itu, dia tidak lafazkan. Sebaliknya melafazkan pada insan lain yang entah siapa. Dengan alasan, "saja je suka2" atau pun "tak sengajalah".
Sukar untuk difahami kehendak lelaki ini. Tidak mahu dikongkong tapi dia mengongkong. Tidak mahu perempuan busy body tapi dia berahsia. Inilah hidup. Membosankan. Memang bosan. Hari2 kita diuji dengan bermacam2 yang bisa membuatkan kita sedih, kecewa, pasrah dan macam2la. Tapi kita tetap perlu teruskan hidup ini. Sebabnya kita tak tahu apa yang akan jadi pada hari esok.
CINTA...CINTA...CINTA...
Cinta sepatutnya datang dari hati, bukan nafsu.
Cinta lahirnya bukan paksaan, tapi dengan kerelaan.
Cinta bukan untuk ditipu, dipermainkan mahupun diperbodohkan, tapi cinta itu untuk dihormati, difahami dan dihayati.
Cinta memerlukan keikhlasan, bukannya kepura-puraan.
Cinta tidak mengharapkan balasan tapi cinta itu perlu dihargai.
Tiada pengorbanan maka tiadalah cinta. Tapi sampai bila kita perlu berkorban demi CINTA?
Sampai bila?
CINTA yang kita miliki sekarang, adakah ia....
CINTA BUTA?
CINTA SEJATI?
CINTA GILA?
CINTA SUCI?
atau
CINTA PURA-PURA?
Jawapannya, hanya Tuhan yang tahu...
Segala-gala yang manis dan indah didunia ini kebanyakkan bermula dengan CINTA selain DUIT.
Jadi, CINTAilah dia yang mencintai kita. Bukan mencintai seseorang dengan membuta tuli.
CINTA... CINTA...CINTA...
Inilah CINTA.
Akan bersambung...

Wednesday, May 28, 2008

semalam

Aku keje, tempat client, Bangi.
Aku dan Mr CV, hanya berdua.
Kena marah, not performing.
No issue! I don't understand you!
Every issue just like 'kacang putih'.
Aku nangis. 4 titik air mata.
Xde selera makan. Wat keje.
Jalan sana, jalan sini.
Macam kucing nak beranak.
Kena marah lagi, aku menjawab.
"Tommorow, you go to help Mr Small Old Man."
Client marah plak. Komplen.
Keje sendiri pun xbagus.
Aku kene komplen, marah, kutuk. Segala.
Balik kul 7. Nak mkn. Lapar.
Tapi xmakan. Jumpa ex-rumet.
G kedai kad kahwin. Kadkahwin.com.
Hentian bas Kajang.
Balik. Sampai umah kul 9.
........................................................................
........................................................................
Telefon jahanam. Tak boleh tido.
Lapar. Nonton Ghost Whisperer.
SMS. Miskol.
No respon.
Tdo.

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com