♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠
Tuesday, July 29, 2008
^HiLanG^
Aku kehilangan sesuatu yang paling aku sayang selain famili tercinta.
Hari ini...
Aku masih kehilangan dan akan terus kehilangan.
Tetapi aku masih menanti.
Dengan penuh harapan.
Hari ini...
Hati ku sepi.
Kerana kehilangan.
Selama hampir 10 tahun aku jaga, aku semai, aku abadikan, aku korban, aku pertahankan...
Namun, kini aku masih sepi.
"Sepi sekuntum mawar"
Aku sekarang hanya mampu menanti. Tanpa berharap apa2.
Kerana, jika aku berharap harapan ku akan terbang tinggi.
Tinggi setinggi2nya.
Dan, jika harapan hanya tinggal harapan...
Aku akan jatuh rebah dan mati dalam harapan dan anganku.
Hmmm....
Aku buntu...
Aku bingung...
Aku lupa siapa diri aku kerana nya.
Aku hilang dalam diri ku sendiri..
Sedih...
Kehilangan...
Sunyi...
Merana...
Mati...
Friday, July 25, 2008
^HuKuM NiKaH^
Berkenaan dengan Hukum Nikah. Jadi, aku ingin kongsi kan hukum ini dengan semua sebagai peringatan bagi yang da pernah tahu or sebagai panduan bagi yang baru je tau.
Bernikah hukumnya jaiz ( boleh ), ini adalah asal hukum. Kemudian datang sesuatu penyebab yang menyebabkan hukum lain wajib, sunat, makruh dan haram.
Wajib ----------------Berkahwin hukumnya wajib bagi orang yang sudah berkeinginan untuk bersetubuh ( Ta'iq ) sedang padanya ada kemampuan dan belanja yang cukup untuk berkahwin. Dia kuatir sekiranya tidak berkahwin dia akan terjerumus dan berbuat yang dilarang oleh Allah.
Sunat ----------------Bagi orang yang ada keinginan untuk bersetubuh dan ia mempunyai perbelanjaan cukup untuk menanggung biaya perkahwinan dan nafkah keluarga, namun ia tidak kuatir dirinya terjerumus kepada perbuatan maksiat kerana ia leka beribadah dan kuat imannya. Namun demikian ia sunat berkahwin ( kahwin adalah lebih utama baginya ).
Makruh ----------------Hukum makruh terbahagi dua :
Bagi orang yang tidak mempunyai keinginan untuk bersetubuh dan tidak mempunyai perbelanjaan untuk menanggung nafkah keluarga dan biaya berkahwin.
Makruh juga berkahwin bagi orang yang mempunyai perbelanjaan namun ia tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin ini disebabkan kerana padanya ada penyakit seperti lemah zakar ( mati pucuk ) atau orang yang sudah uzur ( berusia lanjut ).
Haram ----------------Haram berkahwin bagi orang yang berniat hendak menyakiti, membalas dendam atau mencederakan wanita yang dikahwininya.
Bagaimana pula jika seseorang mempunyai keinginan untuk bersetubuh tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk belanja kahwin dan sara hidup?
Mari kita sama-sama fikirkan....
Monday, July 07, 2008
"Associate Consultant"
Alhamdulillah...Bersyukur kepada Allah Yang Maha Esa lagi mengasihi hamba2Nya...
Aku hari ini telah memulakan kerjaya pertama ku selepas tamat pengajian sebulan yang lalu. Aku kini bergelar Associate Consultant di sebuah syarikat yang teletak di sekitar KLCC.
Pada mulanya aku agak2 ragu2 untuk menerima tawaran daripada syarikat ini kerana jauh dari rumah. 60km terpaksa aku ulang alik dalam sehari. Akan tetapi memandangkan aku telah bersama syarikat ini selama 6 bulan sepanjang menjalani praktikal, aku fikirkan kembali untuk menerima tawaran tersebut. Hmm...Tapi aku terpaksa bersama syarikat ini selama 3 tahun. Kontrak. Dush! Berdebuk sekali. 3 tahun tak boleh berhenti atau bayar pampasan RM 25,000. Kuikuikui...
Hmm...Tu je nak cerita..
Tahniah buat ku yang akhirnya telah memasuki dunia kerjaya. Yihiii...
Terima kasih buat En. Mohd Noor Hakimi sebab menghantar aku ke pejabat pada hari pertma aku bekerja. Maceh sayang....!!!
Monday, June 16, 2008
Coklat = Tulang Rapuh
Friday, June 13, 2008
Cili Perbaiki Mood
Saturday, June 07, 2008
~CinTa~Love~
Wednesday, May 28, 2008
semalam
Friday, May 23, 2008
-kehilangan-
Hish...! Lagu apa ni? Mcm penah dgr...Ntahla...
Kehilangan... Rasa sakit kan bila kita kehilangan sesuatu yg kita suka & sayang. Bagi aku, aku da lali dgn kehilangan, kehilangan duit, kehilangan org tersayang, kehilangan brg kesukaan dan macam2 la.. Tapi kali ini aku nak bercerita tentang sesuatu yg aku hilang tanpa aku sedar dan duga. Nak tau x?
#########################
Ceritanya bermula begini...
Pada suatu hari ahad yg aku pun da lupa tarikhnya, aku, Mama dan Adik bersiap2 ni. Kitrg bersiap nak dekat2 kul 12. Pakai lawa2 la konon... Pakai baju kurung... Da tu pakai bedak, pakai celak pulak, pastu lip gloss...Da...Siap!
Ktrg pun kuar la... Nak g Kenduri Kahwin sbnrnya... Sampai je kat sana (dekat je ngan umah tp nek kete gak la, jln kaki nnt make up cair).... Ktrg terus bedal la lauk yg ade. Style buffet. Da amik makanan, ktrg duduk & makan. Sedap jugak.
Aku: Adik, g amik ayam lagi. Sedap plak...
Adik: Ala...Along la g. Adik malu.
Aku: Nak malu apa? Amik je..Along nak kepak tau. Nak kan? G amik.
Adik mengangguk sambil pergi dgn wajah pasrah.
Sesudah kekenyangan, selepas Mama jumpa tuan rumah. Ktrg pun balikla...
#########################
Dalam kereta...
Aku: Adik, mana batu cincin Along yg satu ni? (sambil aku menunjukkan ke arah cincin yg telah kehilangan satu batunya)
Adik: Ntah. Mana adik tau. Bila ilang?
Aku: Baru nila...Td ade. Betul..Ntah2 Along da termakan x td? Da telah da agaknya...Hua! Mesti Abg Kimie marah...
Haa....Gitula ctenya aku kehilangan batu cincin tunang ku. Sedih woo... Dala kene marah...Sedih2x....
Dekat sebulan aku x pakai cincin tu...Sebab takut hilang lagi.. Sudahnya ari sabtu bila ntah aku g Tomei. Gantikan batu yg hilang tu. Aku soh diorg ikat batu-batu tu kuat2. hehe...
p/s: bsk, jgn marah... (sambil wat muka tersipu2) ihiks!
Saturday, May 17, 2008
Makk!!~ Adik Makan Suratkhabar!!~
Tina, 8 tahun, di suruh oleh ibunya untuk menjaga adiknya yang sedang bermain, kerana ibunya sedang memasak.
Ketika sedang bermain, adiknya itu memakan suratkhabar hampir habis 1 halaman. Tina sangat terkejut dan takut dimarahi oleh ibunya...
Tina : "Ibu.... Adik makan surat khabar sampai hampir habis!!".
Ibu : "Apa?!"
Dengan terkejutnya dan sambil berlari.. Si ibu merebut sisa suratkhabar yang ada. Lalu dengan senyum si ibu menjawab....
Ibu : "Emm.. biarkan lah dia.. Ibu ingatkan suratkhabar hari ni..".
Monday, May 12, 2008
+..AnAmY's BiBah..+
Up here is the scratches that I have done to my "Bibah" on the 3rd day of using it. Sorry my dear "Bibah"...hehe...
That's all. Just want to let you know about Anamy's Bibah.
Thursday, May 08, 2008
Rokok oh Rokok
Tidak berkecuali sign ini juga. Sebesar-besar saiznya terpampang di tepi jalan raya. Langsung dianggap seperti tiada apa. Hanya sebagai perhiasan di jalanan. Ramai kalangan rakyat Malaysia mengabaikan sign tersebut. Sungguh menyedihkan.
Jualan rokok di kedai-kedai, semakin laris di jual. Lebih laris di Langkawi dan Labuan kerana disitulah kawasan Bebas Cukai. Ramai yang tidak kisah membakar duit dengan membeli rokok. Berhabis duit hari-hari kerana rokok pun mereka tidak kisah.
Persoalannya,
KENAPA MESTI SESEORANG ITU MEROKOK?
APA NIKMATNYA MEROKOK TU?
Aku musykil. Sebabnya, pada aku merokok tu membazir. Tidak mendatangkan apa2 faedah. Ada yg kata untuk melepaskan tension. Ada juga yang kata sebab kawan. Ada juga yang berkata sebab da menjadi kebiasaan. Mmm.. Ntahla. Yang pastinya, aku tak suka rokok.
"Katakan TAK NAK pada ROKOK!!!"
-"MaMa"-
Jam 5.30 pagi
Mama: Along... Along... (dgn nada sedih)
Along: hhmm...
Mama: Mama mimpi Abah..
Along: hmm? (aku terus peluk Mama)
[Mama nangis..Nangis semahu2nya. Lama2 tangisan Mama makin kuat. Lalu Adik tersedar, dtg peluk Mama juga.]
Mama: Mama rindu kat Abah.. huu... huu... (Mama masih nangis)
Along: Kalo Mama sygkan Abah, Mama jgn nangis cam ni k? Kita byk2 berdoa utk Abah. Biar Abah tenang kat sana. K? (sambil air mata Along juga menitis satu per satu... membasahi pipi)
[Tangisan Mama kurang. Adik diam je tpi masih memeluk Mama.]
Jam 6.00 pagi
Semua bangun, mandi, solat Subuh dan lalui hari ini seperti biasa.
Mama antar Adik dan anak2 jiran ke sekolah. Along, g keje...
Wednesday, May 07, 2008
Teka-Teki
Aku yg Kini Sakit
Tuesday, May 06, 2008
...:::::Sampai Syurga:::::...
...:::::Kian:::::...
Nampak tenang
Yang terguris tak nampak dimata
Yang kekal
Usahlah
Monday, May 05, 2008
..:Client Place:..
Hari ini buat kali ke 4 aku terpaksa berpraktikum di tempat client. Sebelum2 ni di Seri Kembangan dan Shah Alam. Kini aku di KL, Menara Tun Razak. Walaupun dekat je dgn office, but client yg nila paling byk keje. Hua!!!
Hari ini jugak la buat pertama kalinya dalam sejarah aku drive g keje sengsorang. Hu...
Aku bawah bibah sorang2, tapi ade pulak yg majuk.. (Sori bsk, namaw majuk2 k?)
Berbalik kepada keje aku td, disebabkan office client tu kat KL aku terpaksa membayar parking yg mahal. Tp nasib ble claim. Huh! Kopak cam ni kalo ari2 parking smpai berbelas RM. Habis $$$ aku...
Mmm...Xpela, atlis bila aku g tempat client byk la pengalaman aku dapat. Daripada dok opis ari2 keyin database je. Bosan! Xpun binding or surfing. Haha...Mcm xkeje plak.. Rasa cam xsabar plak nak bis praktikum ni...Lagi sebulan je.. Aku nak kejela..Bila da de gaji, senang sket...Masalah duit pun settle kot. Eh, ke lagi banyak nak belanja nnt. Haha...
Cakap pasal keje n duit ni,
Tlg sket kongsi pengalaman and pendapat.
Tuesday, April 29, 2008
Mencari sebab...
"Apakah sebab seorang lelaki akan terus mencintai seorang wanita yang sememangnya dia cinta?"
Wanita itu mestilah sang kekasihnyakah, buah hatinyakah, isterinyakah, tunangnyakah atau ape2la yang berkait dgn cinta seorang lelaki. Aku terfikir2, tercari2 jawapan utk ini. Tapi tidak ku temu.
Adakah kalian ada jawapan nya? Jika Ya, tolongla berikan jawapan kerana aku masih mencari. Tolong ye?
Monday, April 28, 2008
Pengumuman buat semua.
Jadi, dengan ini saya ingin menjemput kalian yang mengenali saya dan keluarga hadir ke majlis tersebut. Majlis akan bermula selepas Zohor bertempat di kediaman keluarga saya di Taman Puchong Perdana, Puchong. Seberang pertanyaan bolehla berhubung dengan saya dan tunang.
Semoga dengan kehadiran kalian akan menjadikan majlis ini lebih diberkati oleh-Nya. Amin.
Sekian, terima kasih.



