Hari ini, semalam dan kelmarin aku masih bersedih,
Esok, lusa dan entah sampai bila, aku tetap akan terus bersedih,
Bersedih, bersedih dan terus bersedih,
Menangis, menangis dan terus menangis,
Walaupun tangisan itu hanya terbuku disudut hati kecil ini.
Hari-hari yang aku lalui semakin menguji,
Semakin penuh dengan cabaran dan onak duri,
Yang bisa menggoyah keimanan,
Juga membuatkan aku alpa bahawa dunia ini adalah fana.
Esok,
Ku harapkan ada sinar baru yang memberikan aku ruang untuk aku bernafas semula,
Setelah penat aku tersesak dan tenggelam di kurungan yang belum tahu penghujungnya,
Penghujung yang masih menjadi tanda tanya,
Sentiasa....
Aku,
Aku hanya manusia biasa,
Yang tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan,
Ada kalanya berulang kali melakukan kesilapan yang sama,
Tidak juga lepas daripada azabMu nanti Ya Tuhan,
Seksaan dan azab didunia pun perit untuk ku lalui,
Inikan pula azab dihari penghitungan Ya Allah..
Aku sedih,
Melalui liku-liku hidup yang tidak pernah lepas daripada cobaanNya,
Yang terkadang membuat aku khayal dengan duniaku sendiri,
Sedangkan aku sepatutnya bersedih memikirkan tentang diriku di akhirat nanti,
Dimanakah agaknya aku akan ditempatkan?
Hanya amalanku yang akan menjawab,
Dan ini yang makin membuatkan aku terus bersedih dan bersedih.
Aku sedih, sedih dan terus bersedih...
12 komen:
tak payah sedih sedih beb...
pada gua,takde sape ada hak nak rampas senyum gua..
dan senyum lu..
walau apa jua alasan dia..
lu perlu terus senyum.
dan lu perlu teruskan
sedih itu indah..
sedih mengajar kita agar lebih berwaspada pada masa hadapan supaya kita tak sedih lagi :D
sunyum suindah suria...
-saudagar garam-
hua!!! bukan sengaja nak sedih garam, tpi sedih tu selalu dtg. dpt senyum kejap2 je.
kdg2 tu sampai kena paksa senyum.
-tiung-
betul tiung, sedih itu indah, tapi lebih banyak perit die dari indah tu.tp ia memang mengajar kte berwaspada sampai terlalu berwaspada. hua!
-kimie-
usk blm mampu lagi utk mempunyai sunyuman suindah suria..
u didnt tell why u so sad.. sbb sedih ni mcm2 sedey ada.. ilang selipar pon bleh sedey tau..
Hope ada sinar baru dtg mnjelma soon! be patience ya!
Janganla bersedih Cik Fanaqila..cheer up kay?;)
-cheezzy cheese-
mcm2 sedih yg sy da lalui sejak setahun kebelakangan ni. sedih tu xpenah jemu dtg menyelebungi hidup sy. lepas satu, satu lgi dtg. hmm.. ntahla. happy hnya seketika je. tp Alhamdulillah, sy masih kuat & xpenah putus asa. cuma hati ni teringin meluahkan apa yg terbuku & tersimpan. xpe kan?
-liyana-
i always try to cheer up myself liyana. but, day by day i always being tested by Allah. so many things happen n it make me feel sad n make me cry. =) thanks 4 ur concern dear.
laaa..
mlm td beta dh post komen dh kt sini. 1st comment lg... mana perginya?
-king-
yeke? nmpk nya 'tuanku' king kena la komen lagi. or tunggu next post supaya jadi yg pertama. komen yg kembali 'tuanku' king.
fana,
sedih tu cikgu yang mengajar kita tentang dunia, kita dan Dia...
orang yang banyak bersedih akan menjadi orang yang banyak berfikir..
senyum sikit fana.. :)
errr... tagmu belum ku sambut...
-tasikmerah-
benar kata tasikmerah itu. tapi, fana banyak fikir tu yg selalu sedih. boleh nak senyum tu tp senyum pahit. bak kata tunang fana "muka ketat". hua!!!
fana teringin nak jadi riang dan chicky spt dlu. namun itu belum kesampaian.
nape xsambut lagi tag tu tasikmerah? nak buat fana lagi sedih ek?
Post a Comment