♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

HaKiMi ♥ FaRHaNa

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 08, 2012

Muzdalfa Fried Chicken @ Bangi

Salam!

Tengok tajuk entry pasti semua da tahu ini entry pasal makan. Huhu... Ahad lepas, seperti biasa Mommy agak malas mahu masak. Bukan xpandai nak masak, bole je. Cuma sikap M yg semakin menjadi2 kebelakangan ini. Jadi, terus bermain2 diminda segala jenis restoran yg Mommy belum pernah cuba try test lagi! Salah satunya adalah Muzdalfa Fried Chicken yg berada di Bangi.
 Set Nasi ni murah je. RM7.90 siap dengan soft drink. Okla tu kan? Nasi die sedap sgt even makan dengan kuah je. Beras die panjang.

 Ini set ayam 3 ketul. Ayam bole la tahan. Still acceptable dan bole dimakan. Banyak rempah. Cuma ada sedikit komen, ayam die seperti da agak lama. Sudah tidak fresh lagi.

 Aisy sukala sebab ade playground. Mula2 sampai da sibuk main gelongsor!


 Cak! Dgn Mommy.

 Pada hari tersebut, even hari Ahad hari cuti. Xramai sgt pelanggan. Senyap dan sunyi je. Xseperti McD dan KFC yg akan sentiasa penuh.

Okla, sedikit informasi tentang MUZDALFA FRIED CHICKEN & PIZZA HEAVEN (bukan Muzdalifa ye?). Setahu Mommy MFC ni ade di Bandar Baru Bangi dan Kota Bharu sahaja. Tak silap la. Konsep dia sama dengan restoran makanan segera lain seperti McDonald, KFC dan Pizza Hut. All in ONE roof.  Next time Mommy nk try Pizza pulak.

Soal harga okla, xdela mahal sangat. Still reasonable. Plus xde 6% Government Tax. Biar betul. Betul la kot as per receipt above.

Sunday, February 05, 2012

Darabif @ IOI Mall Puchong

Salam!

Gara-gara seorang sahabat baik tagged gambar burger Malaysian Moo ke FB Mommy, Mommy terus rasa nak mencuba makan burger yang terjual disana. Sebabnya sangat dekat, di IOI Mall Puchong saja. Harus tu!

Memandangkan semalam  hari minggu cuti, dan Mommy malas masak kami decide mahu mencuba rasa burger-burger di Darabif. Jom layan gambar jap ek apa yang kami order.

 Aisy sibuk nk pose depan kaunter yg ade burger besar ni.

Besar da anak Mommy, setia menunggu burger datang.

 Ini dia! Malaysian Moo dan Lamb Glam.

 Aisy da xsabar nak soh Papa bukak.

 Ini adalah burger kambing! Mbek...

 Isi yang tebal, overall not bad. But bukan favourite Mommyla.

Ini Malaysian Moo Papa! Isi memang tebal.

Harga standard macam restoran burger2 lain. Fries die pun not bad, better than KFC punya fries. Order kami total RM27.xx. Lupa laks.

Sesiapa yg belum cuba, tryla! Original from Malaysia. Lot kedai share with Tutti Frutti. 

p/s: Darabif masih kurang mendapat sambutan, semalam semasa kami makan. Hanya kami customer mereka. Perlukan promosi yang lebih ni. Keep it up Darabif!

Thursday, February 02, 2012

PANDUAN MENDIDIK ANAK

Salam Hari Khamis,

Hari ini 02.02.2012. Menarik tarikhnya! Sikitla... Sementara tgh lunch break training ni, Mommy nak share panduan ini buat semua kawan2 blogger yang bergelar parents, parent-to-be dan sesiapa sahaja. Bagus sebenarnya, mungkin ada yang telah tau bole anggap ini sebagai ingatan ye!

Jom!


Zaasss!!!!



1) Jangan pukul anak dari lutut keatas.

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Remy Ishak @ Aneka Jitra Mall, Kedah

Salam semua

Entry ini sepatutnya dikeluarkan lama dulu, tapi sebab kebizian Mommy dengan training dan kerjaya baru, entry ini telah ditangguhkan selama 2 bulan. Huhu... Hinggalah ke hari Remy Ishak (RI) muncul sebagai CAMEO pada malam juara lagu dalam persembahan Alyah, Kisah Hati bersemangat Mommy nak share story ini.

Ok, sebenarnya RI mengikuti Dashing Road Show Tour di Aneka Jitra Mall, Kedah pada 26 Nov 2011 (Sabtu) yang lepas. Dan kebetulan Mommy sekeluarga pulang bercuti di Kedah sebab ada kenduri aqiqah. Jadi, Mommy tidak melepaskan peluang ini untuk bersua dengan pelakon pujaan idaman Malaya ni.


Even, Mommy bukanlah orang Kedah but since Mommy di sana Mommy nk jugak bersua 4 mata dengan beliau. Hehe...
Pada hari kejadian, program dikata bermula jam 3 petang dan akan berlangsung selama 2 jam sahaja. Mommy tiba lewat sket je. Papa yang hantar, yela kena mintak izin suami dulu. Dan Mommy ditemani oleh adik sepupu, Angah Fadilah. (TQ ye teman Kak Ana jumpa RI!!!) Mula2 budget RI belum sampai, rupanya sudah terpacak atas pentas tu ha! REMY ISHAK!!!!!!! Excited giler. Siyes!

Jom kita roll gambar2 semasa hari INDAH tersebut. Banyak sebenarnya, tapi Mommy upload yang cantik2 dan penting je k?

 Muka serius main game

 Inilah game nya!
RI dapat masa terbaik dibandingkan dengan masa 2 peminat yang main pada hari it.

 Buat muka comel masa salah seorang peminat sedang main game.

 Bersedia untuk sign Autograph, cek HP dulu.

 It's Mommy, excited!

 Sembang apa ntah, Mommy pun lupa. SUKA!

 TQ sebab sudi sign dan amik gambar sama. Pastu semua peminat lain ikut amik pic pakai HP.

 Mommy orang ke2 yang amik autograph masa tu. Gila excited!

 Bizi signing autograph


Menyempat gak tu. Abaikan Mommy yg selebet hari tu. Sibuk tlg kenduri kan? Lari gak curi masa nk bersua dgn RI. Peace!
Happy sangat dapat jumpa RI!

Wednesday, February 01, 2012

6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

Salam,

Kebelakangan ini Mommy suka sangat FBwalking ke FB kawan2 yg kadang2 Mommy tak kenal pun. Tapi, buat kawan sebab banyak perkara yang boleh kita sama2 kongsikan untuk manfaat semua. Jadi, Mommy nak share isi kandung tajuk diatas.

Sharing is Sexy!~

1.) Kita bekerja dengan Allah..jadi 'kilang' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang... Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya.. Lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid... Allah izinkan terus masuk Syurga...

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita dan isteri agar tidak derhaka denganNYA.

Pedoman dan peringatan buat diri saya dan semua. Hargailah apa yang ada didepan mata kita sekarang sementara Allah memberikan kita peluang ini. Hargailah dengan seikhlas hati dan penuh keinsafan. Semoga kita semua digolongkan sebagai hamba2Nya yang diberkati dan diredhai.

OMBAK RINDU | Lirik Keinsafan Versi Taubat


Tuhan tolong lembutkan hati hamba,

Untuk mencintaimu seadanya,

Kerna ku tak sanggup,

Kerna ku tak mahu,

Menghadapi seksa nerakaMu.


Tuhan aku tahu banyak dosaku,

Hanya ingatkanMu kala dukaku,

Namun hanya kamu,

Yyang mampu membuka pintu hatiku,

Untuk cintaMu.


Allah...

Ampunkanlah hambaMu,

Yang selalu mendustakan janjiku,

Agar kelak ku takkan diseksa,

Kerna dosa2 masa lalu.


Allah...

Jatuh airmataku yang terus mengalir mengiring doaku,

Allah...

Yang mengampuni segala dosa-dosa,

Hamba yang meminta,

Hnaya mempu berdoa,

Moga maghfirah tiba nanti.


Monday, January 30, 2012

Remy Ishak muncul di AJL26




Wow! Tak sangka Abg Remy akan muncul pada AJL26. Seperti yang kami (Remy Ishak Fc) harap2kan, muncul juga Abg Remy memberikan gimik kepada persembahan Alyah. Mungkin ada sesetengah pihak yang bertanya, nape mesti ade Remy Ishak?

Pada peminat Abg Remy, lagu Kisah Hati - Alyah ini sudah sebati dengan Abg Remy. Bila dengar je lagu ini, secara automatik akan terbayang wajah macho hensem Abg Remy! Alhamdulillah, gimik tersebut membawa kejayaan kepada Alyah apabila menang Persembahan Terbaik. Terrrrrrbaaaaaaaek!

Keputusan keseluruhan malam itu:
Persembahan Terbaik - Alyah (Kisah Hati)
Vokal Terbaik - Hafiz (Awan Nano)

Tempat Ketiga - Faizal Tahir (Karma)
Tempat Kedua - 3 Suara (Beribu Sesalan)
Tempat Pertama - Hafiz (Awan Nano)

Tahniah kepada semua pemenang. Keputusan pada tahun ini ok, puas hati. Sangat puas hati. Juri-juri pun adil dan faham kehendak dan pendapat peminat muzik tanah air kita. Kesimpulannya, AJL26 memang best. Persembahana semua MANTOP! Saingan pada malam ini sangat2 SENGIT! Semua lagu2 yang menang pula memang lagu2 kesukaan Mommy dan Aisy! Aisy pun pandai nyanyi tau. Jangan tak caya!

P/S: Xsabar nk tonton semula persembahan Alyah di tonton.

Sunday, January 29, 2012

Dulang Berkaki UNTUK DISEWA



(Dulang ini yang digunakan ketika Majlis Nikah Mommy dulu)

Dulang diatas ini adalah simpanan peribadi Mommy sekeluarga. Daripada tersimpan tidak dipakai, adalah baiknya Mommy sewakan kepada kawan2 yang memerlukan.

Semuanya ada 13 UNIT. Mommy sewakan RM9 untuk setiap unit.
Kalau nk sewa 10 unit, RM90 semuanya. Mana yang nk sewa banyak Insyaallah harga bole dirunding.

Jika ada sesiapa berminat, bole email kepada Mommy:
fanaqila.suffian@yahoo.com

Sertakan butir2 dibawah juga ye?
* Nama & Contact No.
* Bilangan Dulang diperlukan
* Tarikh ambil dulang
* Tarikh Majlis

Mommy prefer mereka yang duduk di area Lembah Klang sahaja ye!

Selamat menyewa!~

Kain Pasang SULAM INDONESIA

Salam!

Mommy nak promote sket ni, sekarang Mommy agak sibuk dengan ambil order kain-kain pasang sulam daripada Indonesia. Jika ada yang berminat, bole singgah ke FB Page ini, AnaliaForYou.

Jom kita tgk antara design2 yang ada.

 SULAM BUNGA TULIP

 SULAM KEPALA PENITI

 SULAM MANIK

 SULAM SUJI CAIR

SULAM SUJI TIMBUL CHIFFON

Soal harga, jangan risau. Harga yang Mommy tawarkan memang murah berbanding harga pasaran. Akan tetapi kain pasang ini adalah PRE-ORDER. Ambil masa dalam 4 minggu untuk kain siap dan tiba sebelum Mommy deliver kepada customer. Order dibuat direct daripada kilang di Indonesia.

Kalau berminat nk order jangan segan2 ye. Kalau nak cuci-cuci mata pun bole, singgah jela ke FB Page AFY.

See ya! Nite!

Sebulan Berlalu

Bismillahirahmanirahim...


Salam semua!
Fuh...Lamanya Mommy meninggalkan belog ini. Diam tak diam da hampir sebulan kita melangkau ke tahun 2012. Sekejap sangat masa berlalu. Kan? Kan?

Banyak sangat perkara yang berlaku, baik manis segalanya. Terlalu banyak cita-cita Mommy tahun ini. Itu ini, sana sini. Semua nak, semua nak buat. Segalanya perlukan perancangan yang baik dan teliti. Tetapi Mommy seakan2 tidak sabar. Rasa seperti mahu segala2nya cepat terlaksana. 

Hari pertama 2012, kami sekeluarga ke Seremban menghadiri majlis perkahwinan sepupu sebelah Mama. Tahniah buat Keena dan Imran!
Sedikit snapshot ye?

 Kek dan Cupcakes utk pengantin
 dalam tema Green Garden

 Dekorasi pelamin

 Pelamin yg GAH tersergam dalam dewan

 Tak ketinggalan Aisy nk pose depan pelamin

Pasangan pengantin sedang di tepung tawar (sepupu sy pasangan yg kanan ye?)


Hmm...Sebagai permulaan 2012, sebagai pekerja syarikat semi-kerajaan Mommy telah ditugaskan untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia Trustmark Team (keterangan lanjut akan Mommy maklumkan) dan juga sebagai Quality Assistant untuk department bagi menjaga segala documentation dalam department. Terlalu banyak yang perlu Mommy belajar disini.Semoga Mommy tabah dan kuat serta sentiasa bersemangat untuk menyahut semua cabaran kerja ini. Chiyok!

Okla, minggu pertama 2012 Mommy dan Papa terpaksa melaburkan RM1,300 untuk Cik Bibah. Nak dijadikan cerita 2 daripada rim original beliau telah pun bengkok. Tayar pun botak sebab belum pernah berganti yang baru. Selalu ganti yang second hand je. Sebab tak nak membazirlah katakan. 
Kami tukar di Taman Putra Ampang setelah menggoogle segala informasi dimana kedai rim yang murah di Lembah Klang. Harap tidak tertipula kan?

 Papa pilih rim yang ini, OK x?

 Antara koleksi rim yang ada. Ni kat bawah je. Kat atas ade banyak lagi. Rambang mata nak pilih.

Inilah kedai tersebut. We Automobile. Banyak iklan2 mereka di Mudah.my. Bole google je.

Lain2, Mommy juga sangat sibuk dengan persiapan perkahwinan adik Mommy yang Angah tu. Tempahan kad jemputan, andaman bertandang, goodie bag dan macam2la. Insyaallah, bulan May ini akan langsung jika tiada aral. Mommy doakan yang terbaik dan segalanya berjalan dgn lancar.


♠ ANAMY ♠

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com