HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Monday, June 16, 2008

Coklat = Tulang Rapuh

Menurut laporan The American Journal of Clinical Nutrition, pemerhatian yang dilakukan oleh Dr. Jonathan Hodgson dan kumpulannya dari Perth University mendapati wanita yang memakan coklat setiap hari berisiko terkena osteoporosis jauh lebih tinggi daripada wanita yang memakannya seminggu sekali.
Namun begitu, sehingga kini kajian terperinci mengenai zat atau nutrisi yang mempengaruhi masalah tulang rapuh masih dilakukan. Walau bagaimanapun, tak salah andainya kita beringat dari sekarang dengan mengurangkan pengambilan coklat, bukan?

Friday, June 13, 2008

Cili Perbaiki Mood

Sekiranya anda dilanda kemurungan dan tiada mood yang baik, daripada menikmati coklat, apa kata anda cuba hidangan pedas. Ini kerana cili mengandungi bahan yang dipanggil "capsaicin" yang boleh menyebabkan mulut berasa panas.
Hal ini akan mengakibatkan pembebasan endorfin dalam otak yang mana ia bertanggungjawab mengubah emosi anda menjadi lebih baik berbanding sebelumnya.

Saturday, June 07, 2008

~CinTa~Love~

Setelah lama aku diam dan menyepi tanpa sebarang topik baru atau apa2 updates,
jadi kali ini aku ingin bercerita tentang CINTA.
Apa itu CINTA?
Apa itu SAYANG?
Memang mudah untuk melafazkan kata CINTA dan SAYANG pada sesiapa saja.
Tidak mengira samada Keluarga, Suami, Isteri, Anak2, Ibubapa, Tunang, Kekasih, Sahabat, Kawan Lama atau Adik Angkat. Mudahkan? Terutama sekali pada kaum Adam. Samada disampaikan melalui kata2, SMS, surat atau email.
Ungkapan CINTA atau SAYANG pada mereka seakan tidak membawa makna apa2. Padahal, bagi kaum Hawa seperti aku, yang mudah tersentuh hatinya, mudah sedih, mudah menangis dan mudah berterus terang, kata2 itu memberi makna yang sangat mendalam. Terutamanya bila ungkapan itu keluar dari bibir orang yang sangat kita SAYANG dan CINTA. Ia akan memberi kesan kepada seluruh hidup wanita didunia ini. Hanya dengan ungkapan SAYANG.
Ramai kaum Hawa yang ternanti2 seorang lelaki untuk menyatakan "I LOVE YOU!" atau "Saya SAYANG Awak!". Tapi kaum Adam ini pulak lain, dengan insan yang patut dia lafazkan atau ungkapkan kata itu, dia tidak lafazkan. Sebaliknya melafazkan pada insan lain yang entah siapa. Dengan alasan, "saja je suka2" atau pun "tak sengajalah".
Sukar untuk difahami kehendak lelaki ini. Tidak mahu dikongkong tapi dia mengongkong. Tidak mahu perempuan busy body tapi dia berahsia. Inilah hidup. Membosankan. Memang bosan. Hari2 kita diuji dengan bermacam2 yang bisa membuatkan kita sedih, kecewa, pasrah dan macam2la. Tapi kita tetap perlu teruskan hidup ini. Sebabnya kita tak tahu apa yang akan jadi pada hari esok.
CINTA...CINTA...CINTA...
Cinta sepatutnya datang dari hati, bukan nafsu.
Cinta lahirnya bukan paksaan, tapi dengan kerelaan.
Cinta bukan untuk ditipu, dipermainkan mahupun diperbodohkan, tapi cinta itu untuk dihormati, difahami dan dihayati.
Cinta memerlukan keikhlasan, bukannya kepura-puraan.
Cinta tidak mengharapkan balasan tapi cinta itu perlu dihargai.
Tiada pengorbanan maka tiadalah cinta. Tapi sampai bila kita perlu berkorban demi CINTA?
Sampai bila?
CINTA yang kita miliki sekarang, adakah ia....
CINTA BUTA?
CINTA SEJATI?
CINTA GILA?
CINTA SUCI?
atau
CINTA PURA-PURA?
Jawapannya, hanya Tuhan yang tahu...
Segala-gala yang manis dan indah didunia ini kebanyakkan bermula dengan CINTA selain DUIT.
Jadi, CINTAilah dia yang mencintai kita. Bukan mencintai seseorang dengan membuta tuli.
CINTA... CINTA...CINTA...
Inilah CINTA.
Akan bersambung...

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com