HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Friday, April 23, 2010

AWAS! SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan.
Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.


sbs


Health Info
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)


SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

p/s: Hua....Sangat takut hal ini terjadi pada anak sendiri. Harap Aisy tidak apa2 di bawah jagaan org lain. ~ Sayangila anak anda seperti anda menyayangi diri anda~

Wednesday, April 21, 2010

Wanita bergelar IBU... Istimewa

Pagi ini, kira-kira jam 7.03 pagi. Aku menerima miss called daripada Mama. Biasala, Mama aku memang teror bab-bab miss called ni. Tu tandanya, call balik. [Miss called = Call Balik]. hehe...

Mama: Aisy da bangun?
Aku: Dah. Tengah menyusu ni, Ma.
Mama: Isnin nnti ko cuti x?
Aku: Oh ye. Mama nak operate kan? Nntila Along try. Sbb da asyik cuti je. (aku jwb acuh tak acuh)
Mama: Ha, yela. Pastu ko memang x bole ke datang tgk Mama ni?
Aku: Bukan x bole Ma, tapi xsempat. Along balik 6.30, kadang2 lagi lewat. Pastu sampai umah da 7.30. Kalo nk g hospital x sempat da. Kul 8 x bole masuk da.
Mama: Balik keje tu terus la g hospital.
Aku: Ok, Along try ek.

Line terputus. Mama letak.

Agaknya mesti Mama aku sedih kan. Anak die da 3 hari x melawat die kat hospital. [Sori Ma, Along keje.] -- tu jela alasan anak2 sekarang

******************************************************************************

Jam menunjukkan 8.35 pagi. Aku lewat sampai pagi ni utk masuk opis. Thank God, Bos xde. Macam biasa rutin aku, masuk opis, bukak laptop, pasang wayar sana sini. Tarik kabel, Cucuk. On laptop. Keluarkan sume keje2 semalam yg masih tertangguh. Mula2 aku check email opis. Then aku bukak Mozilla. Check email yahoo pulak...

Scroll punya scroll email. Pagi ni ade 16 new emails. Termasuklah, email daripada FB dan forworded email.

Tapi aku tertarik dgn satu email forward ni bertajuk:

"Wanita bergelar ibu...istimewa"

Aku baca dan aku menangis. Pagi2 aku da wat air mata kat opis. Sedih bercampur serba salah. Korang nak baca? Jom aku kongsikan.





Siapa tak setuju wanita bergelar "ibu" itu istimewa ...memang dia anak ...(lu fikir lah sendiri...)
Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)


Bila dahaga, yang susukan aku....
mak
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak
Bila bangun tidur, aku cari....
mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku....
mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak
Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...
mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak
Yang selalu berleter kat aku...
mak
Yang selalu puji aku....
mak
Yang selalu nasihat aku....
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....
mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......


Tapi kalau mak sudah tiada.....
.....

MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup
menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup
mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup
mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup
membersihkan najis ibunya...... .
berapa ramai yang sanggup
membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.


P/S:
Tadi, 10.32 pagi. Mama miss called lagi. Katanya mungkin xjdi operate. Harap2 gitula. Nak operate buang rahim, bahaya sungguh.

Monday, April 19, 2010

Berita Gembira daripada MamaZakwan

Salam,

Pagi ni aku menerima berita gembira daripada MamaZakwan. Gambar tido baby Aisy menang hadiah saguhati dalam Sleeping Cutie Contest.

Bawah ni link kepada keputusan contest. Tgk la, bole tgk gelaran baby2 tdo. Comel2. Sila klik sini.

Thanks to MamaZakwan!!!

Friday, April 16, 2010

KEPUTUSAN TAWARAN KE MATRIKULASI 2010

Tahniah buat Bakim! Mama & Arwah Abah mesti bangga. Belajar bersungguh-sungguh dan dapatkan 4 flat tau. Buat macam keputusan2 yang sebelum ni.

Pamela Anderson

Sejak melahirkan Aisy aku merasakan banyak perubahan ketara dalam diri ku. Corak pemakanan, pemakaian, fikiran dan macam2 lah. Hampir semua berubah. Aku musykil. Kenapa aku tak macam orang lain pun. Orang lain pun beranak jugak, rasa jugak pengalaman bersalin. Tapi aku rasa macam aku lain pulak. [aku perasan sendiri]






 Antara perubahan aku:
1- Selera makan kuat [konon nak puasa, sampai sudah idak juge]
2- Malas nak melawa da, pakai asal dan je [teruk kan]
3- Malas nak wat keje umah sbb asyik nak kelek Aisy je, hihi...
4- Addicted dengan online shopping nak shopping baju2 baby [i like!!]
5- Selalu hilang ingatan, lupa macam2 perkara sampai aktiviti rutin yg aku buat pun aku bole lupa (cth: hari2 ade je barang yg aku tertinggal; helmet, hp, access card)
6- Fizikal aku, aku da gemok!!!! Baju2 keje sume da xmuat. Aku hanya bole bergaya dgn baju kurung je, kalau x macam sarung nangka. Aku akan kelihatan ini....










Muka nmpk cam maintain je but... tang tu sgt terserlah.
Mungkin kerana aku breastfeed Aisy, jadi ia selalu membengkak dan kelihatan seperti Pamela Anderson. [eh, yeke?]

Wednesday, April 14, 2010

MyLook

Salam...
Sorry, tak sempat nak story. Banyak keje. Click image for more details. Thanks.


♥ Sharing is Caring ♥

Tuesday, April 13, 2010

Anniversary!

Hua! [lagi 2 minggu!!!!]
Diam x diam da hampir setahun aku bergelar seorang isteri. Sekejap je masa berlalu. 1 Mei 2010 hampir tiba. Bermakna aku seharusnya meraikan saat ini dengan sebaik mungkin. Dan dengan itu, kami sekeluarga merancang utk mengadakan Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul Baby Aisy.

Majlis ini bakal diadakan di kampung halaman Mama, iaitu di Banting, Selangor. Sebabnya?
Sebab...Nak wat majlis aqiqah utk sepupu dan anak buah yg lain. Atuk da bersetuju utk mengorbankan seekor lembu pada majlis tersebut.

Maka, aku dan suami terpaksalah menyambut ulangtahun pertama kami sekali.
Perancangan lain, nak diner sama kenala dipilih pada hari lain.

Patutkah aku menghadiahkan suami sesuatu? Or xpayah. Kang kalau bagi hadiah, suami kata aku ni membazir, suka boros. Aiyak! Tatak lomantikla ini olang.

Checklist Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Baby Aisy
1- White Dress
2- Pakaian Mummy & Papa
3- Gift Tetamu
4- Paper Bag
5- Marhaban
6- Menu kenduri
7- Menu Berkat utk Tetamu
8- Lembu

Ni je kot dulu list yg ada buat masa ni.

ANAMY's Wedding 1st Anniversary....

Friday, April 09, 2010

the perfect vacation giveaway by ciare :)

STICKY MODE
UNTIL 9 APRIL 2010

Hi again!
Giveaway again...


Sekarang ni mommy Aisy ni nak join giveaway daripada Puan Ciare.
Pasal vacation.


Jom klik banner bawah ni if u guys nak join k. Nak klik banner kat sidebar bole. (^_____^)


Puan Ciare, i pilih gambar ni nk tunjuk kat u time i pegi honeymoon dlu. [tengok jari jemari i masih merah lagi, berinai.] N this is consider my recent and latest vacation. (May 2009) Hua! Lama da i x g vacation. Sebab sebulan after majlis, i terus disahkan mengandung. N now my baby da 3 months! Soon da kena plan nk g vacation b3 dgn baby skali.


[Maaflah gambar ni i xtayang muka, malu u]

Wednesday, April 07, 2010

100 hari

Morning!

Hope all readers sihat2 belaka ek?
Jgn stress2 dan mesti senyum selalu..Tau?

Hari ni aku nk mengumukan yg Baby Aisy da berusia 100 hari.

tub tab tub tab je da 100 hari...

Sgt cepat masa berlalu.

[Pic pagi td: anak dara ni bangun pagi, nk ikut Papa ngan Mummy g keje la tu]

Pagi2 hari Baby Aisy da tersengih2. Yela, malam da sedap tdo dalam aircond.

Baby Aisy da 100 hari, berat pun rasanya da lebih 6 kg. Tapi tak pasti, tunggu pas checkup 3 bulan nnt Isnin (12hb) ek?

Sekarang ni Baby Aisy suka senyum2 dan nak ajak orang sembang tapi suara yg xkeluar2. Suka wat Mummy, Papa dan Mama Wan tunggu2. Tapi, bila xdapat susu suara bole keluar pulak. Siap jerit2. Pandai ek syg mummy ni. Pandang orang gaya paham, tapi ajak 'ngoceh' tamau.


[muka lena tdo slps kenyang dpt susu]

Bila time mandi suka sgt. Mula la tersengih2, tersenyum2 dalam bath tub tu.
Bila time pampers da berat or berak, pandai bising dan buat muka.

[muka geli, hihi]

Wajah2 kesayangan Papa dan Mummy serta Mama Wan. Kalau bole tiap2 masa nak tgk dan ambik gambar Baby Aisy.

Semoga syg mummy ni membesar dengan sihat, cergas dan cerdas.
Chiyok syg! Cepat2 la 'ngoceh'.

Monday, April 05, 2010

Aisy Aisy Aisy


Happy Monday!

Welcome to the Week 14 of Year 2010...

Today, Mommy Aisy to share some of the picas of Aisy taken during over the weekend. hihi...

Cak! pandai tgk camera...









Tdo, slps siap mandi...







Pose tdo yg menarik









Saja pakaikan headband masa tdo sbb nk tayang headband baru yg tempah dri Kak Izzah (CutesCloset).









Dgn Izz kat umah Nenek Ngah di Seremban.







Pose tdo malam td. Aisy pecah record smlm, tdo dari petang smpi ke pagi td. Itu pun still sambung tdo. Bangun pun merenyek sbb nak menyusu tp mata still pejam.

p/s: to Aisy - Mommy always miss you, syg...

Friday, April 02, 2010

Cabutan Bertuah MYBABYSHOPONLINE



Sempena pembukaan pertama kedai online ini, Ibu Syuhada dengan murah hatinya menganjurkan Cabutan Bertuah untuk pengikut2nya.

Jadi, jom join! Cuba nasib.

Syarat2nya adalah seperti berikut:

1) Terbuka kepada semua bloggers tak kira lelaki ke perempuan;

2) Buat 1 entry khas bertajuk Cabutan Bertuah MYBABYSHOPONLINE;

3) letak banner di side bar anda dan link kan ke thread ni;

4) Mestilah dan wajib jadi follower 2 blog ini http://mybabyshoponline.blogspot.com dan http://permatabonda08.blogspot.com (sebab nak bagi hadiah untuk follower kan);

5) Tarikh tutup adalah 04 aPRIL 2010, jam 1.00 am);

6) Letakkan Nama anda di sini (ruangan komen), dan bagi link direct ke entry yang telah anda buat......

FabuLOVE Giveaway

Giveaway!

Now, I was addicted to join all the contest and giveaway organised by the Malaysian blogger.
And, this is the 2nd giveaway I joined for this month.


So, for those who loves to join all this kind of giveaway and have not join yet, please do click on the picture above and join it!
 
The giveaway was nice and cute. I can give MinMin the Bear Bear to my Baby, Aisy! So sweet...

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com