HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Tuesday, April 29, 2008

Mencari sebab...

Pagi tadi sewaktu dalam perjalanan ke office, aku terfikirkan tentang

"Apakah sebab seorang lelaki akan terus mencintai seorang wanita yang sememangnya dia cinta?"

Wanita itu mestilah sang kekasihnyakah, buah hatinyakah, isterinyakah, tunangnyakah atau ape2la yang berkait dgn cinta seorang lelaki. Aku terfikir2, tercari2 jawapan utk ini. Tapi tidak ku temu.

Adakah kalian ada jawapan nya? Jika Ya, tolongla berikan jawapan kerana aku masih mencari. Tolong ye?

Monday, April 28, 2008

Pengumuman buat semua.

Adalah diumumkan bahawa pada 1 Mei ini bersamaan dengan hari Khamis atau Hari Pekerja merupakan hari dimana saya dan keluarga akan mengadakan Majlis Bacaan Tahlil & Yasin buat Arwah Abah yang telah kembali ke rahmatullah pada 9 Mei 2007 yang lalu.

Jadi, dengan ini saya ingin menjemput kalian yang mengenali saya dan keluarga hadir ke majlis tersebut. Majlis akan bermula selepas Zohor bertempat di kediaman keluarga saya di Taman Puchong Perdana, Puchong. Seberang pertanyaan bolehla berhubung dengan saya dan tunang.

Semoga dengan kehadiran kalian akan menjadikan majlis ini lebih diberkati oleh-Nya. Amin.

Sekian, terima kasih.

Sunday, April 27, 2008

:- AkU MaSiH BerSedih -:

Hari ini, semalam dan kelmarin aku masih bersedih,
Esok, lusa dan entah sampai bila, aku tetap akan terus bersedih,
Bersedih, bersedih dan terus bersedih,
Menangis, menangis dan terus menangis,
Walaupun tangisan itu hanya terbuku disudut hati kecil ini.
Hari-hari yang aku lalui semakin menguji,
Semakin penuh dengan cabaran dan onak duri,
Yang bisa menggoyah keimanan,
Juga membuatkan aku alpa bahawa dunia ini adalah fana.
Esok,
Ku harapkan ada sinar baru yang memberikan aku ruang untuk aku bernafas semula,
Setelah penat aku tersesak dan tenggelam di kurungan yang belum tahu penghujungnya,
Penghujung yang masih menjadi tanda tanya,
Sentiasa....
Aku,
Aku hanya manusia biasa,
Yang tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan,
Ada kalanya berulang kali melakukan kesilapan yang sama,
Tidak juga lepas daripada azabMu nanti Ya Tuhan,
Seksaan dan azab didunia pun perit untuk ku lalui,
Inikan pula azab dihari penghitungan Ya Allah..
Aku sedih,
Melalui liku-liku hidup yang tidak pernah lepas daripada cobaanNya,
Yang terkadang membuat aku khayal dengan duniaku sendiri,
Sedangkan aku sepatutnya bersedih memikirkan tentang diriku di akhirat nanti,
Dimanakah agaknya aku akan ditempatkan?
Hanya amalanku yang akan menjawab,
Dan ini yang makin membuatkan aku terus bersedih dan bersedih.
Aku sedih, sedih dan terus bersedih...

Thursday, April 24, 2008

Tag dari KeL@T - Linky Love Game

Semalam aku menerima tag baru dari Kelat. Ianya tentang Linky Love Game. Aku tak berapa pasti langkah2 dan caranya. Jadi aku membuat keputusan bertanya terus kepada Kelat. Setelah mendapat penjelasan, aku mengerti sebab dan akibatnya. Jadi aku pun nak menjawabla.


"This is another of those Linky Love game where you only have to tag 10 person in one post but still there is no actual limit (you can tag more if you want!). Once tagged, you have to copy paste the link in this post, and make them grow! Do not delete any of the links and be honest to yourself!"

BennyLiew RamblingMoo Mum & Kids in Woderland JudeLittle Our Mini Blogsphere Room of My Heart Janiceng ChinNee Jo-N LadyJava's Lounge Apple of The Eyes aNgRiAniWorLd persismutiara AlongArman papamafia kuina aiSya iaSya keLaT coklatubatbatuk ina erin ien mr Am blogmenjerit ecahkoop musafir kimie fanaqila princessliyana

Jadi, sekarang saya nak pas tanggungjawab ni kepada rakan2 dibawah:

1] TIUNG

2] diELa

3] HaFiFi

4] tasikmerah

5] lupikirlasendiri

6] ariaAyumi

7] redSeptember

8] muhdzahari

9] 13may

10] azie yg suka di tag

Hai... Jgnla marah ye semua. Saya da berjaya menyelesaikan misi yg ditugaskan oleh Kelat. Jadi anda semua bagaimana? Jika misi ini saya dpt selesaikan dalam sehari, anda?
Saya da terkena dan kini anda pula.

Jgn cheat k? Don't even miss i blogger link address.

Gudluck! Sebarang pertanyaan dialu2kan.

Aku & Corpse


Semalam, pulang dari kerja aku tiba di rumah dekat2 nak maghrib. Tunggu je azan habis, aku pun membersihkan diri (mandi). Selesai... Aku sarung pakaian dan pergi ambil wudhuk. Selesai...

Lalu aku memandang ke cermin. Mmm...
"Muka aku cam dalam filem kartun "Corpse Bride" plak" berkata ku sendiri.
Mataku kelihatan lebam, wajahku tak bermaya, hatiku sunyi...

Aku terus menyarungkan telekung, membentang sejadah menghadap ke kiblat dan aku mulakan dgn Bismillahirrahmanirrahim..

Amin.. Sesudah solat aku masih terfikir tentang wajah corpse ku. Bermula saat ini aku harus lebih menitikberatkan soal penjagaan wajah supaya tidak kelihatan seperti Corpse.

Wednesday, April 23, 2008

Jawatan Kosong (Kemasukan Segera Diperlukan)

TAWARAN KERJA

Minat dalam bidang PERTAHANAN? Bantu skuad negara dalam membanteras jenayah.
Syarat-syarat:

1. Bumiputra sahaja
2. Tidak Rabun Warna
3. Kelayakan Minimum SP
4. Berumur diantara 18-40 tahun

Kelebihan:

1. Kerja di bawah kerajaan
2. Gaji pokok : RM1800
3. Elaun bulanan (Kola) : RM300
4. Elaun penginapan RM300
5. Uniform: RM150
6. Dobi RM60
7. Percuma kursus mempertahankan diri
8. Kenaikan pangkat secara lantikan dari ketua unit jawatan dan mengambil ujian khas

Sekiranya berminat sila hadir pada sesi temuduga dan dikehendaki membawa kad pengenalan diri serta gambar berukuran passport pada 25 April 2008 di Jabatan Pertahanan Awam.

Bagi yang berkelayakan uniform akan diberikan 3 pasang setiap seorang dan kelengkapan lain (lengkap) serta perlu melaporkan diri 60 hari surat tawaran jawatan.

Jawatan:

1. Power Rangers

2. Kamen Riders

3. Ultraman

4. Sailormoon (wanita sahaja)




Ahaks! Waaaaacha!

Tuesday, April 22, 2008

i need your opinion

Berikan terjemahan pandangan minda anda tentang kedua-dua ayat ini.

"You can't have a better tomorow if you are thinking about yesterday all the time. "

"Whatever your mind can conceive and believe it can be achieve."

Monday, April 21, 2008

Makhluk Tuhan Paling Seksi

Otakku sexy,itu terbukti,
dari caraku,memikirkan kamu.

Mataku sexy,itu terbukti,
dari caraku,menatap kamu.

Kamu seperti ada,didalam penjara,cintaku.

Bibirku sexy,itu terbukti,
dari caraku,cium pipimu.

Bibirku sexy,itu terbukti,
dari caraku,sebut namamu.

Akulah makhluk Tuhan,yang tercipta,yang paling sexy.
Cuma aku yang bisa,membuatmu,terus menjerit,
Ow ow ow (ah ah ah)Ow ow ow (ih ih ih)

Hatiku sexy,itu terbukti,
dari caraku,memeluk hatimu.

Jantungku sexy,itu terbukti,
dari caraku,cemburu padamu.

Ow ow ow (ih ih ih) (x2)

Akulah makhluk Tuhan paling sexy,yang paling sexy, sexy sekali.
Akulah makhluk Tuhan ??? manis dan hidup didunia ???

Ow ow ow (ih ih ih) (x2)


Apakah pendapat anda tentang lirik lagu ini?

Friday, April 18, 2008

Alamak! Tag lagi. [Tag : 8 Fakta Rambang]

Salam...

Semalam aku telah di'tag' oleh Hafifi berkenaan dengan "8 Fakta Rambang tentang Diri ini". Aku juga perlu tag lagi 8 org. Adui... Dala xramai kwn. Xtau nak tag sape.. Tlg...

Okla, jadi aku akan berikanla fakta rambang tentang diriku ini. Aku mulakan dari sekarang!

1- Aku merupakan anak sulong yang manja sangat2 melebihi adik2 ku dan aku merupakan anak kepada pasangan Mohd Suffian bin Abd Kadir (Pyan Cadir) & Norlidah bt Miskom (Kak Ida).

2- Aku suka warna pink, tidak seperti tunang aku yg tidak suka pink. Tapi die penah hadiahkan aku "BearBear". Sebab die tau aku sangat suka pink. (Sayang busuk!)

Cian BearBear kene sumbat dalam plastic bag.

3- Dulu aku ni suka nak jadi famous kat Sekolah. Hahaha!! Dari kecik2 lagi aku suka masuk persembahan2 yg ade kt sekolah. Dari Nasyid, Koir, Karaoke, Tarian, Dikir Barat, berSajak, berSyair, Drama dan semuala yg berhubungkait dengan persembahan. (Tapi sekarang aku da bersara) Sampaikan ketuai nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor & sekolah pun aku pada tiap2 perhimpunan hari Isnin. Wacha!!! Agak2 famous x? Tp tau x, sampai 1 tahap aku penah la terdengar senior cakap belakang. Dia berkata pada sahabatnya "Budak ni lagi. Balik2 yg wat persembahan dia. Xde muka lain." Sampai gitu sekali diorg mengata aku.

4- Aku ni kalo pergi mana2 aku tak ble kalo xde jam di tangan kiri. Kalo jam aku rosak or hilang, aku sanggup pinjam jam org. Yg penting aku pakai jam (walaupun jam mati pun aku pakai).

5- Aku tau bawak motor sejak berumur 11 tahun. Aku juga tak penah takut nek motor. Time skola dulu aku la yg paling teror bawak motor dikalangan kwn2. Tp yg peliknya, sampai sekarang aku takut (sket) nak bawak kereta walaupun sebenarnya aku da de lesen B2 & D sejak April 2003 (b4 masuk matrik). Percaya x?

6- Aku ni jenis yg open mind & think positive person. Tau x yg aku ni berpandangan jauh. Aku suka sangat berangan (dgn kata lain aku suka merancang) tp utk benda yg baikla. Sebagai contoh, aku ni suka merancang masa depan. Aku suka plan dulu sebelum aku lakukan sesuatu. Walaupun kdg2 tak semua yg aku rancang tu terlaksana. Yela, kita manusia hanya mampu merancang dan Tuhan saja yg menentukan semua perkara.

7- Hidup aku takkan lengkap tanpa memikirkan tentang kucing2 ku, jadi aku nak beri peluang pada diri aku utk sebut nama2 kucing yg pernah berkongsi hidup dgn aku dan famili. Kucing2 kami adalah seperti : Boboy, Brownie (yg lama), Tiger, Milo, Neslo, Kopi, Macho, Sassy, Bobo, Cowty, Hamster, Blacky, Whitey dan byk lagila.
8- Lastly, aku xble hidup tanpa . Aku xble hidup tanpa (Arwah Abah). Sayangnya Abah da tinggalkan aku, Mama dan adik2ku terlebih dahulu. Akan tetapi, kami perlu juga meneruskan hidup tanpa Abah. Aku xdpt bayangkan juga hidupku tanpa Mama, Angah, Akim & Adik.
Tidak lupa juga insan yang kini bertambah2 penting dalam hidupku kini dan selamanya, Mohd Noor Hakimi. (gambar telah diremove..)
Berakhirla sudah 8 Fakta Rambang tentang Diriku. Sekarang aku kene tag 8 orang lagi. Sape ye? Macamana kalo aku tag..... {ayudory}my fren since i was 7 years old.
Dan mereka yg bru je aku kenali spt {muhdzahari},{musafir} alamak sape lagi ni? Semuanya telah di tag.Hua!

Thursday, April 17, 2008

My "FaMiLi MemBer"

Hi,

After about 2 weeks kot aku melibatkan diri dlm arena Blog memBlog ni, aku blm penah lgi perkenalkan famili-famili aku. Jadi, hari ini aku nak introduce "Famili Member" aku... Famili aku terdiri daripada Abah (Arwah - Sedekahkan Al-Fatihah buat Ayahandaku), Mama, Aku, Angah, Akim dan Adik. Tidak lupa juga 5 ekor kesayanganku : Brownie, Cubi, Comot, Cubby dan Domok. Kesayanganku ini lah yg jadi penyeri kat dalam rumah.

Oleh kerana mereka ni penyeri keluarga aku, jadi aku nak korang semua kenalilah mereka.

Yang First sekali, "COMOT".



Berwarna hitam tetapi ada putih2 pada muka dan dadanya. Nila kucing kesayanganku sekarang. Paling bising, comel but comot. Pagi2 lagi da bising suruh org bukak pintu. Kuarkan ikut pintu belakang die pusing g depan. Kuarkan ikut pintu depan die pusing nak masuk ikt pintu belakang. Geram! Perut dala buncit...Dulu die ade 3 beradik, tp seekor hilang xbalik2 (Comel). Yg lagi seekor (Coki) mati masa 1 Feb (Jumaat) ritu. Pagi2 kene langgar dgn kete kot. Masa tu dala aku xkeje, cuti. Nangis aku masa subuh2 tu. Teruk aku nangis. Bile da siang sket aku tanam die. Korang sedih x kalo nmpk kucing mati?????

Ok, yg ni plak BROWNIE.
Tau x ritu die sakit. Xtau npe. Salah makan kot. Yela, kucing tyco kat area umah aku tu. Ntah ape yg die mkn last2 muntah kuar lendir kaler kuning. Terus je lembik, da 2 minggu die dok umah je xkuar2 pun tunjuk samseng. Cian jugak. Sampai hilang selera mkn. Sekarang da ok sket, da ble mkn tp die masih lemah. Cian Brownie....
Aku rasa sampai sini dulula..Sok aku kenalkan yg len plak kat korang. Termasuk adik2 ku.
Daa...
Salam Perkenalan dr Comot & Brownie...

Tuesday, April 15, 2008

TaHuKaH aNDa???????

Tahukah anda.......

1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebihlama daripada penggunaan susu cap bendera.

3. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

4. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

5. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

6. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

7. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

8. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

9. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

10. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

11. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.............CAYALAH!!!!!!!

Wacha!!! Peace...

Luasnya NerakaMu Ya Allah...

LUASNYA NERAKA

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! Sahabat semua...bacalah....


Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer.. x smp 5 minit..pun!!!

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH. Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN..... .:

Luasnya Neraka :.
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:

Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.'
(nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'

Jawab Jibrail: 'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.' Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga
Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:
'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.' Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :
'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.
' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka.
Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud : 'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237 Untuk renungan dan amalan bersama ..

DOA IKAN NUN============'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN'

Bacalah rakan2 blog ku buat tatapan Rohani. Aku hanya menyampaikan apa yg termampu.

Monday, April 14, 2008

TAG : 5 PERKARA PERTAMA DLM HIDUP


Last week aku di "tag" oleh tunangku HAKIMI. Tapi baru hari ni aku ade kesempatan utk jawab tag ni. And aku akan jawab dgn sebaik mungkin tag ni buat tatapan semua. Walau bagaimanapun, sebelum tu aku ingin memohon maaf kepada tunangku diatas salah laku yg telah aku lakukan. Maaf sekiranya perilaku ku selama ini menyinggung hatimu. Halalkan segala makan dan minum ku dan ingatlah segala kenangan kita bersama sampai bila2. Ok, now aku akan proceed with this tag! Sorry...



5 Perkara Pertama Dalam Hidup Ini
Sebelum itu, syarat-syarat tag ini adalah :


1. Cerita benar & tulus sahaja dan tak ada kaitan dengan sesiapapun yang masih hidup atau telah meninggal dunia.
2. Perlu menge’tag 5 orang lagi rakan cyber anda.
3. Tempoh tag bermula dari masa ianya di cipta (entah la bila) dan tamat pada 27 April 2008.
4. Jawab dengan segera apabila anda di tag !

PERTAMA:

Perkara pertama yg penting dalam hidup aku ialah MAMA aku. Puan Norlidah. Mamalah sumber kekuatan aku. Kalau Mama xde skrg mungkin aku ntah jadi ape ntah sekarang ni. Mesti hidup aku kosong. Tambahan pula sekarang ni ktrg da kehilangan ABAH pada 9 Mei 2007 tahun lepas. Jadi sekarang ini Mama bersendirian dan sunyi. Teman hidup da xde. Aku dan adik2 ku pun da jadi anak yatim. (Aku dan tunang ku senasib. Cian ktrg ni Anak Yatim) But Alhamdulillah... Kami masih ada MAMA utk bergantung kasih. Ma, along sayang Mama!

KEDUA:

Tentunya Org Kesayangan Gue... Tunang gue, HAKIMI. Inilah satu-satunya insan dihati ku yg amat aku sayangi selepas Mama & Arwah Abah. Die la tempat aku bergantung selepas Mama, tempat utk aku bermanja, bercerita & segala2nya la termasuk menangis. Tunang aku ini penting dalam hidup aku sebab die da bagai nyawa aku sendiri. Jadi jika die wat sesuatu yg menyakitkan aku, aku akan sedih. Terlalu sedih. Tanpa die juga aku xmungkin sampai ke tempat keje ari2. Thanks syg sbb snggup berkorban utk usk. Btl kata tunangku, InsyaAllah tahun depan jika tiada aral kami akan menikah.
Bsk, maafkan semua kesalahan Usk. Abg, jagalah hubungan kita ini dan doakan hubungan kita ni kekal sehingga ke jinjang pelamin dan terus kekal hingga akhir hayat. Semoga hubungan kita direstui oleh-Nya. Amin. Kawan2, doakan jodoh FARHANA & HAKIMI kekal ye? Nnt kawin mesti ktrg jemput...Tp jgn xdtg...

KETIGA:

Memandangkan aku dan adik2 ku kini sudah bergelar Anak Yatim, jadi ketiga2 adik ku (Angah, Akim & Adik) telah menjadi perkara penting dalam hidupku. Aku terlalu sayang kan mereka kerana kini hanya aku dan Mama menjadi tempat mereke bergantung. Walaupun sebenarnya diikut2kan aku yang paling manja dalam adik beradik tp aku tetap kakak. Haha... Akan tetapi itu tidak menghalang aku utk memikul adik2ku sebagai 1 tanggungjawab. Angah, Akim, Adik... Along sayang korang tau!!!

KEEMPAT:

My study and future career. Memandangkan aku kini final year student and aku masih tercari2 bidang yg patut & ingin aku ceburi, jadi aku ingin beri keutamaan kepada bakal kerjaya ku kerana ini memainkan peranan penting utk masa depan aku, Mama & adik2ku. Tanpa kerjaya ini juga xmungkin aku dapat membantu membina future famili aku bersama tunangku. Dan semalam akhirnya aku da decide nak join Consulting Firm. Mama & Abg, thanks sbb menyokong ku dlm bidang ini.

KELIMA:

Sahabat2 ku yg menyayangi diri ni especially Dena, Hana, Zura, Ayin, Rozita, Ayu, Kak Yan, Nook, No Fana & ramai lagila. Yang sanggup berkongsi kegembiraan & kesedihan serta masalah dgnku. Sanggup berkongsi susah bila masa aku memerlukan. Thanks so much guys! But yg ni xble tinggal, all my cat.... Ini juga teman & sahabat aku dirumah. Cayang kat Comot, Domok, Cubby, Cubi & Brownie... Pesananku buat 'Wok2' kesayanganku, "Jgn byk makan tau. Perut tu da buncit tp Brownie kene mkn byk ye?"


Habis....Jd skrg blela aku kongsi tag ni dgn kawan2 ku di blog ni...

Dengan itu aku nak kongsi tag ni dgn....






Friday, April 11, 2008

Surat sebab lewat datang kerja buat Boss

Kepada Boss......

Saya mohon maaf kerana hari nie saya terlambat lagi datang ke pejabat. Saya tau, termasuk hari nie, saya dah 10 kali lewat ke pejabat.

Ampun Boss, tabik spring 60X....!!!

Saya tau sepatutnya saya masuk pejabat pukul 8:30 pagi. Tapi oleh kerana lewat, saya terpaksa sampai di pejabat pukul 9:00 atau 10:00 pagi. Tapi percayalah Boss, saya bukan sengaja.


Keadaan yang buat saya begini. Saya bangun awal Boss... Pukul 6:00 saya dah siap mandi dan pakai baju. Saya turun dari rumah saya pun awal jugak. Boss pun tahu saya just duduk Kampung Kuala Belit, dekat jer.....

Tapi Boss, bila sampai dipersimpangan jalan...saya jadi pening Boss. Saya percaya kalau Boss sendiri berada ditempat saya, Boss pun mesti sampai lewat jugak ke pejabat. Percayalah Boss, saya tak bohong. Kalau Boss nak tahu kenapa saya selalu lewat ke pejabat, meh sini, biar saya tunjukkan.......

Yang Benar,
Pekerjamu yang disayangi.......
p/s : harap Boss.....maafkan lah saya....yer...ummm chak.


Tuesday, April 08, 2008

:~aKu yG SeDiH:~

Aku adalah aku. Aku seorang happy, banyak cakap, suke nak gelak, suke nak senyum, suke berkawan dan positif thinking. Namun, aku juga manusia biasa, ada hati ada perasaan. Aku juga tahu sedih, nangis, marah, geram sebab akukan manusia bukan kucing. (eh, ape aku melalut ni?) Sekarang baru aku tau, aku punya hobi baru iaitu nangis. Aku cepat sangat menitiskan air mata sekarang. Kadang2 tu, tengah happy2 pun aku bole menangis, tp bukan tangis gembira. Tengok cerita sedih sket pun aku bole rasa mahu nangis teresak2. Sampai sakit dada dan tekakku mahu menahan kesedihan, tangisan dan air mataku dari menitis. Aku tak tahu apa masalah aku sebenarnya. Ingin menangis, ku tahan. Tapi bila ku tak ingin menangis, aku menangis. Unstable emosi kot. Aku jadi cepat terasa, tak bole kene marah sket, tak bole org sakitkan hati ini. Terutama sekali orang2 yg aku sayang dan kasih. Kadang2 tu aku sendiri yang marah pun aku menangis. Agaknye sebab ape ek?

Monday, April 07, 2008

Kerajaan Selangor Sekarang

Baru sebentar tadi, 4.11 petang aku menerima SMS daripada Ketua Puteri UMNO Cawangan Seri Serdang/Puchong, Kak Salawati. Mesej tersebut berbunyi:

"Tahniah kepada kerajaan Selangor yang meluluskan pusat penyembelihan babi secara HALAL bernilai RM 100 juta sama nilai dengan 20 buah masjid. Tahniah."

Adakah ini berbaloi dan patutkah ini terjadi di sebuah negara Islam seperti Malaysia?

Berikan komen anda.

p/s: Sejauh mana kesahihan kenyataan ini kita selidik dan bincangkan bersama.

Sunday, April 06, 2008

HaTiKu Yg MeRaYu...

"Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada- Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta sia-sia.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan- Mu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukkanlah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu."

Hatiku merayu rindu...

Saturday, April 05, 2008

"For BusuK!"

Comfort you on difficult days, Smiles when sadness intrudes, Rainbows to follow the clouds, Laughter to kiss your lips, Sunsets to warm your heart, Gentle hugs when spirits sag, Friendships to brighten your being, Beauty for your eyes to see, Confidence for when you doubt, Faith so that you can believe, Courage to know yourself, Patience to accept the truth, And love to complete your life...

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com