HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Thursday, October 22, 2009

ANAMY

ANA + AMY = ANAMY
~When 2 become 1 then soon equal to 3~
Wink!!
I'm in Love

Tuesday, September 15, 2009

ANAMY's 10th Anniversary!!!

Today
ANAMY's 10th Anniversary
Wah!!! Tak sangka da 10 tahun kami bersama, kenal & lalui pelbagai rintangan dan cobaan selama ni.
Bercinta sudah
Bergaduh sudah
Tunang sudah
Nikah sudah
Kahwin pun sudah
Baby? (on the way)
Terlalu byk sgt kenangan kami selama ni. Pahit manis. Tangis tawa. Suka duka. Marah gembira. Macam2la.
Semoga hubungan kami berkekalan sehingga akhir hayat dan dikurniakan zuriat yg soleh & solehah serta diberkati hidup dunia & akhirat. Amin~

Tuesday, August 05, 2008

For "Syg"

Rossa - Ayat-Ayat Cinta


desir pasir di padang tandus

segersang pemikiran hati

terkisah ku di antara cinta yang rumit


bila keyakinanku datang

kasih bukan sekadar cinta

pengorbanan cinta yang agung

ku pertaruhkan


reff:

maafkan bila ku tak sempurna

cinta ini tak mungkin ku cegah

ayat-ayat cinta bercerita

cintaku padamu

bila bahagia mulai menyentuh

seakan ku bisa hidup lebih lama

namun harus ku tinggalkan cinta

ketika ku bersujud


bila keyakinanku datang

kasih bukan sekedar cinta

pengorbanan cinta yang agung

ku pertaruhkan


repeat reff


ketika ku bersujud



Lirik lagu Rossa - Ayat-Ayat Cinta ini dipersembahkan oleh LirikLaguIndonesia.Net. Kunjungi DownloadLaguIndonesia.Net untuk download MP3 Rossa - Ayat-Ayat Cinta.

Tuesday, July 29, 2008

^HiLanG^

Semalam...
Aku kehilangan sesuatu yang paling aku sayang selain famili tercinta.

Hari ini...
Aku masih kehilangan dan akan terus kehilangan.
Tetapi aku masih menanti.
Dengan penuh harapan.

Hari ini...
Hati ku sepi.
Kerana kehilangan.
Selama hampir 10 tahun aku jaga, aku semai, aku abadikan, aku korban, aku pertahankan...
Namun, kini aku masih sepi.

"Sepi sekuntum mawar"

Aku sekarang hanya mampu menanti. Tanpa berharap apa2.
Kerana, jika aku berharap harapan ku akan terbang tinggi.
Tinggi setinggi2nya.
Dan, jika harapan hanya tinggal harapan...
Aku akan jatuh rebah dan mati dalam harapan dan anganku.

Hmmm....

Aku buntu...
Aku bingung...
Aku lupa siapa diri aku kerana nya.

Aku hilang dalam diri ku sendiri..

Sedih...

Kehilangan...

Sunyi...

Merana...

Mati...

Saturday, June 07, 2008

~CinTa~Love~

Setelah lama aku diam dan menyepi tanpa sebarang topik baru atau apa2 updates,
jadi kali ini aku ingin bercerita tentang CINTA.
Apa itu CINTA?
Apa itu SAYANG?
Memang mudah untuk melafazkan kata CINTA dan SAYANG pada sesiapa saja.
Tidak mengira samada Keluarga, Suami, Isteri, Anak2, Ibubapa, Tunang, Kekasih, Sahabat, Kawan Lama atau Adik Angkat. Mudahkan? Terutama sekali pada kaum Adam. Samada disampaikan melalui kata2, SMS, surat atau email.
Ungkapan CINTA atau SAYANG pada mereka seakan tidak membawa makna apa2. Padahal, bagi kaum Hawa seperti aku, yang mudah tersentuh hatinya, mudah sedih, mudah menangis dan mudah berterus terang, kata2 itu memberi makna yang sangat mendalam. Terutamanya bila ungkapan itu keluar dari bibir orang yang sangat kita SAYANG dan CINTA. Ia akan memberi kesan kepada seluruh hidup wanita didunia ini. Hanya dengan ungkapan SAYANG.
Ramai kaum Hawa yang ternanti2 seorang lelaki untuk menyatakan "I LOVE YOU!" atau "Saya SAYANG Awak!". Tapi kaum Adam ini pulak lain, dengan insan yang patut dia lafazkan atau ungkapkan kata itu, dia tidak lafazkan. Sebaliknya melafazkan pada insan lain yang entah siapa. Dengan alasan, "saja je suka2" atau pun "tak sengajalah".
Sukar untuk difahami kehendak lelaki ini. Tidak mahu dikongkong tapi dia mengongkong. Tidak mahu perempuan busy body tapi dia berahsia. Inilah hidup. Membosankan. Memang bosan. Hari2 kita diuji dengan bermacam2 yang bisa membuatkan kita sedih, kecewa, pasrah dan macam2la. Tapi kita tetap perlu teruskan hidup ini. Sebabnya kita tak tahu apa yang akan jadi pada hari esok.
CINTA...CINTA...CINTA...
Cinta sepatutnya datang dari hati, bukan nafsu.
Cinta lahirnya bukan paksaan, tapi dengan kerelaan.
Cinta bukan untuk ditipu, dipermainkan mahupun diperbodohkan, tapi cinta itu untuk dihormati, difahami dan dihayati.
Cinta memerlukan keikhlasan, bukannya kepura-puraan.
Cinta tidak mengharapkan balasan tapi cinta itu perlu dihargai.
Tiada pengorbanan maka tiadalah cinta. Tapi sampai bila kita perlu berkorban demi CINTA?
Sampai bila?
CINTA yang kita miliki sekarang, adakah ia....
CINTA BUTA?
CINTA SEJATI?
CINTA GILA?
CINTA SUCI?
atau
CINTA PURA-PURA?
Jawapannya, hanya Tuhan yang tahu...
Segala-gala yang manis dan indah didunia ini kebanyakkan bermula dengan CINTA selain DUIT.
Jadi, CINTAilah dia yang mencintai kita. Bukan mencintai seseorang dengan membuta tuli.
CINTA... CINTA...CINTA...
Inilah CINTA.
Akan bersambung...

Friday, May 23, 2008

-kehilangan-

"Aku yg kehilangan dalam diri sendiri

Memburu dalam bayanganmu

Gelak ketawa engkau ...."

Hish...! Lagu apa ni? Mcm penah dgr...Ntahla...

Kehilangan... Rasa sakit kan bila kita kehilangan sesuatu yg kita suka & sayang. Bagi aku, aku da lali dgn kehilangan, kehilangan duit, kehilangan org tersayang, kehilangan brg kesukaan dan macam2 la.. Tapi kali ini aku nak bercerita tentang sesuatu yg aku hilang tanpa aku sedar dan duga. Nak tau x?

#########################

Ceritanya bermula begini...

Pada suatu hari ahad yg aku pun da lupa tarikhnya, aku, Mama dan Adik bersiap2 ni. Kitrg bersiap nak dekat2 kul 12. Pakai lawa2 la konon... Pakai baju kurung... Da tu pakai bedak, pakai celak pulak, pastu lip gloss...Da...Siap!

Ktrg pun kuar la... Nak g Kenduri Kahwin sbnrnya... Sampai je kat sana (dekat je ngan umah tp nek kete gak la, jln kaki nnt make up cair).... Ktrg terus bedal la lauk yg ade. Style buffet. Da amik makanan, ktrg duduk & makan. Sedap jugak.

Aku: Adik, g amik ayam lagi. Sedap plak...

Adik: Ala...Along la g. Adik malu.

Aku: Nak malu apa? Amik je..Along nak kepak tau. Nak kan? G amik.

Adik mengangguk sambil pergi dgn wajah pasrah.

Sesudah kekenyangan, selepas Mama jumpa tuan rumah. Ktrg pun balikla...

#########################

Dalam kereta...

Aku: Adik, mana batu cincin Along yg satu ni? (sambil aku menunjukkan ke arah cincin yg telah kehilangan satu batunya)

Adik: Ntah. Mana adik tau. Bila ilang?

Aku: Baru nila...Td ade. Betul..Ntah2 Along da termakan x td? Da telah da agaknya...Hua! Mesti Abg Kimie marah...

Haa....Gitula ctenya aku kehilangan batu cincin tunang ku. Sedih woo... Dala kene marah...Sedih2x....

Dekat sebulan aku x pakai cincin tu...Sebab takut hilang lagi.. Sudahnya ari sabtu bila ntah aku g Tomei. Gantikan batu yg hilang tu. Aku soh diorg ikat batu-batu tu kuat2. hehe...

p/s: bsk, jgn marah... (sambil wat muka tersipu2) ihiks!

Wednesday, May 07, 2008

Aku yg Kini Sakit

Dalam kesakitan yg terlalu mendalam dan menusuk kalbu ni, aku tetiba teringat lagu ni...

".....And I'm so sick of love songs
So tired of tears
So done with wishing you were still here
Said I'm so sick of love songs so sad and slow
So why can't I turn off the radio?"
Nila lagu So Sick daripada NeYo. Aku kini macam sick dalam lagu ni. Sakitku bukan pada fizikal, tpi hatiku. Hatiku sakit, sakit teramat sgt. (Apa kena dgn aku ni?) Aduh! Pls don't screw up my life....Pls...
Sekarang aku teringat lagu ni plak...
"....And I hate how much I love you boy
I can't stand how much I need you
And I hate how much I love you boy
But I just can't let you go
And I hate that I love you so ...."
Hua!!! Aku nak nangis. Sorila kalo terlalu emosi. Start dari hari ni aku nak jadikan blog ni sebagai Diari la. Bole ke? Tolongla guys, nasihat aku yg sedang gila ini. Sakit aku ni sampai aku hilang selera. Nak makan xble. Wat keje rasa nak muntah. Pastu sik cirit je...
Aku Benci Kesakitan ini... Sentiasa menyerang aku dikala aku keseorangan... Aduh!

Tuesday, May 06, 2008

...:::::Sampai Syurga:::::...

Sampai Syurga...Tentu korang tahu lagu ni kan? Lagu Faizal Tahir. Buat pengetahuan korang, 1st time aku dengar lagu ni, aku wat dek je. Cam xbest je...2nd time. 3rd time pun sama. Xbestla.. Sudahnya da sampai kebanyak kali aku dengar, akhirnya minda aku bersedia utk mendengar satu persatu bait-bait lirik lagunya...
Aku pasrah. Lagu ni mmg best, bukan sebab susunan muziknya. Tetapi kerana liriknya yg penuh makna bagiku. Terlalu bermakna. Jadi, lagu ni pun aku nak kongsi dgn korang. Hayati lagu ni juga ye? Thanks so much...
Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu
Dan diriku untuk kamu
Belum pernah ku merasai begitu
Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu
Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu
Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu
Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu
Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja
Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku
Hanya satu
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu
Jgn lupa, baca lirik ni sambil menyanyi tau. Lebih penghayatan. Selamat Mencuba!!!!

...:::::Kian:::::...

Tadi balik dari ofis aku terdengar lagu ni... Syahdu liriknya. Jadi aku nak korang sume pun hayati lagu ni k? Pada koranglakan, pe maksud tersirat disebalik lagu ni...

Kian jauh
Kian hilang
Kasih antara kita
Nampak tenang
Pada zahirnya
Tapi batin terseksa

Yang terguris tak nampak dimata
Yang terhiris terluka
Sesekali terbit air mata
Tahan sebak didada
Ke manakah...nak dibawa
Resah kian melanda
Di manakah...
Hendak ku khabar
Pilu di dalam dada
Bila kasih di hujungnya nyawa
Rasa ingin dimanja
Perasaan pun kian tersentuh
Bila rindu ini berlabuh
Apakah yang dikejar dalam hidupmu ?
Berkali ku kata padamu
Kita singgah di dunia yang sementara (FaNa)
Penuh tipu daya

Yang kekal
Disana
Biarlah..kita bersama
Usahlah
Hanyut terus terlena
Kerana dunia
Pada aku masih ada
Kasih belum terhakis
Sebenarnya..sudah lama
Ku sungguh berkecil hati
Pada aku, lagu ni berkisah tentang seseorang yg sedih seperti ditinggalkan atau dilupakan oleh kekasihnya. Tapi dia masih sayang dan terlalu sayang..
Mmm... Ntahla.. Pada korang?

Tuesday, April 29, 2008

Mencari sebab...

Pagi tadi sewaktu dalam perjalanan ke office, aku terfikirkan tentang

"Apakah sebab seorang lelaki akan terus mencintai seorang wanita yang sememangnya dia cinta?"

Wanita itu mestilah sang kekasihnyakah, buah hatinyakah, isterinyakah, tunangnyakah atau ape2la yang berkait dgn cinta seorang lelaki. Aku terfikir2, tercari2 jawapan utk ini. Tapi tidak ku temu.

Adakah kalian ada jawapan nya? Jika Ya, tolongla berikan jawapan kerana aku masih mencari. Tolong ye?

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com