HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Tuesday, August 02, 2011

Mommy! BACA

Mommy! BACA.


Tula selalunya laungan Aisy kepada Mommy bila dia nak baca buku tentang binatang hadiah sempena birthday Aisy dulu daripada Aunty Ayu. Walaupun hadiah lambat dapat, tapi Aisy suka sgt sgt! Hari-hari nak baca.


Setiap kali Mommy bacakan buku, berhenti habiskan perenggan Aisy mesti gelak... Hehehehe.... Comel!~ Tapi setiap kali baca buku, Mommy banyak ajar Aisy mengenal binatang. Cuma yang tak best Mommy ajar campur-campur bahasa. Sekejap English sekejap Bahasa Melayu. Aiyak! Bukan apa. Ada sesetengah perkataan Aisy tak pandai sebut. Jadi Mommy ajar la mana yang Aisy senang sebut. Sebagai contoh:


1- CAT - KUCING - MEOW [Bila nampak kucing Aisy akan sebut salah satu ni. Takpela sayang. Janji awak kenal]
2- Aisy panggil RABBIT instead of ARNAB.
3- EMBOK instead of LEMBU dan EMBEK untuk KAMBING.
4- FISH instead of IKAN.
5- BIRD instead of BURUNG.
6- Dan lain2 ---> BEYAYANG (belalang), AYAM, ITIK, YAYAT (lalat), MAMOK (nyamuk), KUDA, DOG, LION, FOX, FROG, POKOK, FLOWER, LAUT, TASIK.


Seronok dan sejuk je hati bila anak da mula mengenal semua yang ada disekeliling dia. Ahli keluarga, barang, pakaian milik siapa. Sudah mula faham. Bila ada orang marah, dia akan mengadu. "PAPA MAYAH" sebagai contoh. Selain tu, nak makan sendiri. Tu yang tak tahan nak layan. Lebih banyak nasi lantai yang makan daripada masuk mulut sendiri. Aishh!~ Aisy... Aisy...


Bila nak berjalan ke mana-mana. Aisy akan kata "Mommy! Jom!" Naik je kereta mata Aisy melilau sana sini. Mommy! Yoyi! Erk...Ape ek? Ooo LORI. Mommy! Van! Mommy! Kete! Mommy! Bash! Cute sgt...


Sebutan 'S' Aisy tak berapa nak betul. Ada pelat sket2. SUSU jadi SYUSYU. Kalau KASUT, sekejap TATUT, sekejap KASYUT. Paling tak tahan kalo sebut FOX dan PHONE. Macam sleng mak saleh...


Apa2 pun sayang Mommy tetap berbangga dengan awak. Setahun 7 bulan awak da kenal semua ni. Mommy suka! Sayang Aisy.

Panahan Durian

Gara-gara Mommy layan makan durian di Pesta Buah-Buahan di Malau, Jitra sabtu lalu. Mommy terus rasa nk demam. Kesannya tidak serta merta. Tapi secara perlahan-lahan. 


Hari Ahad
- Bangun je tidur Mommy rasa cm sakit tekak. Tapi lepas da mandi semua. Ok je.
- Petang tu hidung Mommy da mula berair. Hingus meleleh hanya di sebelah hidung.


Hari Isnin
- Kedua-dua hidung mula berair dan Mommy SELSEMA!
- Tekak mula menunjukkan tanda-tanda batuk dan sakit tekak.
- Sakit kepala menyerang! Argh!~


Hari Selasa
- Bangkit tidur, tekak ternyata perit. Suara serak. 
- Ternyata Mommy kini ingin demam.
- Tekak sakit, batuk, selsema!~
- Selepas makan sahur, telan paracetamol 2 biji. Tidur sekejap. 


Tulah dienya, Papa soh makan manggis sama durian. Katanya lawan durian, manggis. Baru xdemam. Tapi dulu Mommy pernah je dulu Mommy makan manggis + durian. Demam jugak! Confius ni.


Ternyata sebenarnya antibodi Mommy yang lemah. Erk!~


Harap tidaklah berjangkit dengan Aisy sebab Aisy masih menyusu badan.


SAKIT~


p/s: nnti Mommy upload gambar durian2 di pesta tu ek. durian....durian....

Monday, August 01, 2011

-Mission Accomplished-

Khamis malam Jumaat lepas, kami pulang ke Kedah. Jumaat ada kenduri sambut puasa di rumah MIL Mommy. Err...Mommy cuti? Tidak sama sekali. Keje baru 2 minggu, gile ko nak amik cuti. Even sebenarnya boleh. Tapi nk jaga hati boss baru kan...No cuti2, sebab raya nnt nak cuti. Hehe...Terus lah keluar difikiran plan bertanduk. (devil) hehe...

Tanpa perancangan yang baik, balik keje Mommy pack segala baju2 Papa, Mommy & Aisy. Mandi siap2. Mahu menjalankan misi. Misi pura-pura SAKIT. hehe... Mommy pergila ke Klinik Zubaidah. Biasalah, klinik favourite sejak pregnantkan Aisy. Ke situla tempat dirujuk jika sakit. Senang dapat MC.

Maka bermula sesi lakonan Mommy. Masuk pintu pergi kaunter, nasib xramai org. Ooo sebab nk Maghrib da... Tunggu sekejap dengan gaya orang sakit. Tak lama tu nurse panggil. Masuk je Dr Zul tanya, "Ye Puan, sakit ape?"

"Saya ni da kerap sakit kepala sepanjang dua minggu ni doktor." Balas Mommy.
[Eh, yg ni Mommy tak tipu. Mmg Mommy kerap sakit kepala sejak masuk opis baru ni. Rasanya sebab belum biasa dengan environment open space opis skrg dan agak banyak bunyi bising. Bunyi telefon, orang bercakap sana sini, printing, orang banyak lalu lalang. Kalo opis dlu senyap sunyi. Space kecik, orang tak ramai.]

"Sakit di bahagian mana ye?" Dr Zul tanya lagi.

"Dibahagian atas kedua-dua belah." Mommy jawab. "Macamana nak bezakan sakit kepala biasa dan migrain ye doktor" Mommy bertanya pulak.

"Kalau migrain sakit disebelah bahagian je. Sebelah kiri." Kata Dr Zul. "Nanti balik puan ke kedai cermin mata, cek mata. Mungkin sebab rabun atau silau. Itu yang sebabkan sakit kepala."

Erk, gitu ek. Mungkin betul la. Aku buat kerja bukan pakai spec pun. Padahal mata da rabun sgt da. Bukan xpenah g cek, penah je....Power 150, 125 degree...Macam xteruk. Tapi mmg payah nk nampak. Sebab silau Mommy tinggi. Npe xnk pakai? Hehe...Mommy ni action. Sebab xnk pakai spek, nnt mata jadi mengecut, muka sembab...Talak cantik wooo...

Sebelum sesi consultation tu berakhir, semasa doktor sarankan ubat apa yang sesuai, Mommy cepat2 cakap. "Saya nak MC untuk esok ye doktor?"

Doktor mengangguk. YES! YES! Misi berjaya.

-Mission Accomplished-

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com