HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Wednesday, August 19, 2009

Ida's Home Made Cookies

PROMOSI HARI RAYA!!!!
Don't Miss...
~Almond London~
RM 22 (> 50 pcs)
~Sweet Rozie~
RM 22 (> 50 pcs)
* Atas spt semperit

~Marble Cookies~RM 22 (60 pcs)
* Badam bersalut coklat
~Cornflakes Chocolate Chip~
RM 22 (<> 70 pcs)
* Rangup & Sedap
~Tart Gulung~
RM 22 (<> 50 pcs)
* Inti Nenas

~Arabian Night~
RM 20 (> 50 pcs)
* Inti Kurma
Jom order! SMS pun bole... Last delivery on 17hb Sept!

Ibu Tunggal vs Hari Raya

Tahun 2009, tahun ke-3 kami beraya tanpa Abah.
Yang paling merasai kesunyian ni, semestinya Mama.
Sekarang Mama da kena tido sorg2 bila adik2 aku xde kat umah...
Sedih kadang2 bila tgk Mama sorg2. Tpi nak wat cam ne. Ni sume da takdir.
Debaran puasa makin terasa. Bila menjelang je puasa, mesti masing2 da sibuk ngan kuih raya. Begitu juga dgn Mama. Seperti tahun2 lalu, Mama akan sibuk buat kuih raya. Tpi da dua tahun Mama xberapa ada semangat utk raya. Namun, semangat tu datang kembali tahun ni. Isnin ritu Mama beli sume barang2 utk buat kuih. Dan semalam, siap 3 jenis kuih utk sampel. Walaupun buat sorg2, Mama boleh layan. Mama memang tabah.
Sebagai sorg anak yg tak dpt membantu ibunya membuat kuih raya kerana kerja. Tugas aku skrg ialah memasarkan produk keluaran Mama. "Ida's Home Made Cookies"!
Antara kuih2 yg Mama ku jual ialah:
1) Tart Gulung (Inti Nenas)
2) Cornflakes Chocolate Chip
3) Marble Cookies
4) Almond London
5) Biskut Cornflakes
6) Sweet Rozie
7) Samperit
8) Arabian Night (Inti Kurma)
9) Cornflakes Madu
Kalau ada yang berminat, boleh hubungi saya di talian 012-9057309 utk dptkan maklumat lanjut. SMS juga dilayan. Nanti aku akan upload gambar kuih dan detail info k.
Sama2 la kita membantu ibu tunggal kerana sebenarnya terlalu ramai ibu tunggal kat luar sana.

Tuesday, August 18, 2009

Pemeriksaan Ke-2


Seawal 6 pagi Busuk mengejutkan aku.

Busuk: Syg, bangun... Kang lambat.
Aku: Hmm... Jap.

(dalam masa yang sama alarm kedua2 handphone kami bunyi tanpa henti. kitorang wat ignore je. da terbiasa.)
Agak2 da sakit telinga dan kepala aku, aku pun bangun. Nak mandi! Busuk masih sedap memejamkan mata.
Sebelum mandi aku carik baju dlu utk diseterika....Ironla. Pastu mandi...
Gitu gini gitu gini... Kul 7 siap!

"Ma, Along g checkup jap tau." kata ku

Lalu kami pun meneruskan perjalanan ke Klinik Kesihatan Puchong.

Sampai je ramai orang telah beratur panjang. Tunggu punya tunggu. Pintu dibuka. Serbu! Masuk nak berebut no angka giliran. Nurse kat kaunter menjerit. "Nak amik no giliran sila beratur!!" Beratur la semua mak buyung2 dan para ibu bapa yg membawa bayi mereka untuk checkup.
Aku dapat no yg ke ni:
Tunggu punya tunggu lagi. Aku melopong. Ramai org hari ni. Kes baru ibu mengandung pun ramai. Tapi aku lihat ramai ibu2 mengandung yg checkup seperti aku sibuk jalan ke hulur ke hilir nak amik sample air kencing.
Aku? Aku bawak siap2 daripada umah. De dlm beg. huhu... Faster and easy. Tak yah nak rebut2 toilet.

Aku tgk Akak yg appointment skali ngan aku da siap bgi sampel air kencing. Aku pun gla tnya. Dok cam orang blur dari td. Penat aku.

Rupanya kena bagi sample air kencing awal2 dan nurse akak cucuk jari amik darah nak test kadar gula dan hemoglobin. Baru tau. Xde sape bgtau kan...

Aku g je kat kaunter nurse tu kata. "Lama sy tunggu awk, awk g mana?"

Err...Aku senyum je. Bagi sampel dan hulur jari untuk dicucuk. Ouch! Sedikit pedih.


"Adik, tlg bawak buku2 ni g bilik 15 ek?" (buku tu buku Merah bgi ibu mengandung)


"Ok!" kata ku tanpa soal.

Sesudah tu aku menuju terus ke bilik 15. Eh, cam panjang sgt cte aku ni.. Pendekkan la.

Appointment kedua ni, aku kena:

1) Cek kadar gula & hemoglobin (Hb) dalam darah (gula maintain tp Hb turun jadi 11.3. bulan lepas 12.5 dan sepatutnya Hb ibu mengandung min 11)

2) Timbang berat - Naik 0.5 kg (normal katanya)

3) Cek tekanan darah (113/76 bulan lepas 100/70)

4) Cek perut (rahim da 17 cm = 17 minggu)

5) Amik keputusan darah (B+ = darah Mama)

Nurse nasihatkan tdi.

1) Minum susu + makan hati ayam n kerang (supaya Hb naik)

2) Teruskan makan Obimin sehari sebiji

3) Rehat secukupnya

4) Bulan depan dtg buat Ujian MGGT utk darah tinggi dan kencing manis sbb Mama ade dua2 ni. Jadi, takut aku juga berkemungkinan ada.

Disebabkan aku orang pertama yang diperiksa pagi tu, appointment aku settle pada jam 8.35 pagi. Awal tak? Tapi Busuk ilang pulak. G minum kopi!

Aku baru plan nak MC, tub2x xjadi. G la kerja.

Okla, tu je aku nak kongsi kali ni.

♥ Sharing is Caring ♥

Monday, August 17, 2009

Yong Tau Fu

Tetiba tadi aku rasa nak makan Yong Tau Fu la.
Hmm.. Nasib rini de Pasar Malam kat umah.
Tpi hujan pulak. Sekarang pun aku masih kat opis.
Di KL...
Aiyo...Lapar Yong Tau Fu.
Mau makan Yong Tau Fu. Baby yg teringin ke aku yg teringin ni?
Hmm...

Tuesday, August 04, 2009

63 Petua Dr Fadzilah Kamsah buat Pasangan Suami Isteri

Salam,

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira 'gerak batin' (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi 'menang-menang'.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan 'pasangan'.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu..
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut 'I love you' sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Kita selalu melihat dia senyum ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.


~♥ Sharing is Caring ♥~

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com