HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Thursday, September 30, 2010

Rasa sangat muda

Arini saya rasa sangat muda...

Mudanya....

Nape tetiba saya rasa sangat muda?

Sebabnya....

1) Saya bekerja di opis client, bukan opis sendiri. So, bila dtg opis client xde sape yg lain. Then, diorg sume igt saya ni masih single. Bila bgtau je, "I'm married, anak 1". Diorg mesti shock! [peace!!]

2) Saya pergi butik pakaian masa lunch time td. Butik tu ade jual baju2 baby termasuk dress. Saya saja usha, mana tau ade dress cantik buat Aisy.
Sales lady tu tnya, "Beli untuk anak buah ke adik?".
Aku jawab, "Eh, xla. Untuk anak sendiri."
Terkejut dia. "Oh, da kahwin ke? Ingat awk masih belajar" [huhu....]

3) Saya ni sebenarnya DISEMBER's baby!!!! Sesiapa yang lahir pada bulan ini memang selalu kelihatan muda dari usia sebenarnya kan? Kan? Kan?
[Anak saya pun sana, kami geng!]

4) Di kalangan ahli LUCAH's club sekolah saya dlu. Saya yang paling muda + cute! Tapi saya kawen dulu. [macam gatal je bunyinya kawen dlu]

5) Saya bole selalu celebrate birthday macam zaman kanak2, sebab bulan 12 selalu cuti. Dalam adik-beradik, even saya anak sulung birthday saya mesti kami akan celebrate. Best woo!!! Tahun ni saya celebrate ngan Aisy. Together. Mommy & Aisy bole tiup lilin & potong kek sama2. Tp masa ni rasa kurang muda kot. [erk!!!]

Tuesday, September 28, 2010

Kami Raya Bertiga

(Lambat betol aku berkongsi cerita tentang raya, rini da 19 Syawal.)

Alhamdulillah...

Aidilfitri tahun 2010 ini kami beraya bertiga. Tahun lepas kami beraya berdua sementara si kecil masih dalam kandungan. Tahun ini beraya, si kecil da berusia 8 bulan. Huhu...Cepat je anak Mommy ni besar.

Pagi raya kali ni, kami beraya di Puchong...bersama Mama & adik2 ku. Raya kedua hingga ke raya kesembilan, kami berada di Jitra, Kedah.

Pagi raya, seperti raya kebiasaan sebelum aku bergelar isteri. Kami akan bersembahyang raya. Tapi kali ini, aku tidak dapat turut serta. Perlu menjaga si kecil di rumah. Syg, Mama & adik2 pergi bersembahyang raya. Aku di rumah, bersiap dan menyediakan makanan untuk dijamah di pagi raya.

Sekembali daripada sembahyang raya, bermula sesi bermaaf-maafan sesama kami. Hua! Sedih. Masa nila nk minta maaf ngan Mama & Abg dosa2 sepanjang tahun ni. Juga acara memberi duit raya dan kemudian makan.

Lebih kurang jam 10.30 pagi, kami bergegas ke Tanah Perkuburan USJ 21 untuk menziarah pusara Arwah Abah. Ramai dan sesak suasana disana. Ramai umat Islam yang menziarahi pusara ahli keluarga dan sanak saudara masing-masing yang telah kembali ke rahmatullah.

Kami membaca surah Yassin dan Tahlil ringkas buat Arwah Abah di ketuai oleh adikku, Bakim.

"Selamat Hari Raya Abah. Along minta maaf segala salah silap Along selama ni pada Abah. Halalkan segala makan minum Along daripada Along kecil sehingga hari nyawa Abah diambil. Terima kasih atas pengorbanan Abah selama ni. Maaf juga sebab Along tak sempat nak balas budi & jasa Abah pada Along & Adik2. Tahun ni kita beraya dengan cucu pertama Abah sekali. Aisy. Along doakan semoga roh Abah dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Amin."

Tahun 2010 adalah tahun ke 4 kami sekeluarga beraya tanpa Arwah Abah. Sejak 4 tahun lalu, raya kami kurang meriah tanpa Abah. Aisy pun tak berkesempatan nak melihat Atuknya.

Next!

Kami terus pergi beraya ke rumah kakak2 Arwah Abah. Mula2 ke Paya Jaras Sg Buloh, pastu ke Ulu Klang, Kg Baru & Salak South. Malamnya pula, kami ke Kelana Jaya. Rumah majikan Adikku, Angah. Dato' ape ntah. Lupa aku. Dari Kelana Jaya kami terus pulang balik ke Kg Batu Laut, Banting.

[Papa & Aisy, dalam kereta nak g beraya]

 

[Aisy & Mommy, boria polkadot]


Pagi raya kedua, dlm 8.30 pagi kami memulakan perjalanan kami ke Utara. Sepanjang perjalanan kami layan lagu Maher Zain. huhu... Sgt best. Antara lagunya ialah Insyaallah, For the rest of my life, Always be there, Awaken (Is Allah satisfied?), Barakahallah, The Chosen One dan Hold my hand.

Lebuhraya Utara Selatan tidaklah sesak seperti yang kami jangkakan. Tetapi semua R&R memang sesak dengan orang ramai yang hendak pulang beraya di kampung masing. Kami berhenti di 3 R&R. Sebabnya sang suami mengantuk, mahu carik nyawa katanya (hisap rokok).

Kami tiba di Jitra (Rumah Mertua saya tepat jam 2.30 petang). Petang itu kami terus beraya sehingga hari Sabtu berikutnya. Ke rumah saudara mara, rakan2 suami dan rumah sahabat saya juga, Razlina.


[open house rumah Apai + Maziah]

Kla, gtg. Nak sambung buek kerjo ni.

Bertemu di lain waktu.

Daa!

Friday, September 24, 2010

9 BULAN

29 Sept ini....

Aisy genap 9 BULAN!!!

Diam tak diam anak Mommy da 9 BULAN....

Status perkembangan Aisy kini:
1) Dah pandai duduk (even bukan duduk sendiri)
2) Dah tersangat pandai makan. Suap je makan, mesti akan 'nyanyi'. Senang hati dapat makan.

[beriya2 Aisy mkn biskut Farleys Rusks (perisa original) die]

3) Dah kenal orang, orang yg xbiasa nampak xnk ikut. Especially orang lelaki. Takut agaknya. Kena pandai pujuk, baru die nak ikut. If Mommy die balik keje, xsmpt Mommy nak bukak tudung da bising nak Mommy amik. Amboi2...
4) Da pandai berjalan dan bergerak guna Walker. Mula2 letak dalam walker xbergerak langsung.


5) Suka main rambut Mommy smpi bole gelak kehkeh kuat2 even waktu da pukul 11 malam. Suka tdo lewat if Mommy and Papa blm tdo.
6) Pandai tepuk tangan da. Asal dengar je Mommy nyanyi lagu 'Tepuk Amai2' atau suap makan. Mesti tepuk tangan.

7) Aisy juga suka senyum. Pemurah senyuman anak Mommy ni. Ramai orang puji, sampai ada yang kata 'ni mesti ibu dia suka senyum masa mengandung dlu'. hehe... Aku senyum je.


8) Suka mandi!!! Sebab dapat main air. Selalu Mommy mandikan kat sinki je. Senang...huhu...Masa kecik2 dlu bole la mandikan tub mandi baby. Sekarang da bulat. Sinki pun jadi.




♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com