HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Tuesday, July 28, 2009

aku teringin


Hari ini aku dan baby dalam perut teringin nak mamam Kenny Rogers. Nyum3x! Lama da xmkn sejak aku mula mabuk. Sekarang da ok balik. Selera sudah pulih. Yeah!
Lapar!
Makan Kenny Rogers jom!


Wednesday, July 22, 2009

Berita Baik! ~ANAMY junior~

Salam. Hi!
Aku ada berita gembira hendak dikhabarkan dan dikongsi dengan blogger2 kat sini. Lama da aku pendam story ni, sbbnya aku rasa masa tu masih terlalu awl. Jadi, kali ini aku rasa da sampai masa yang sesuai.

Kisah bermula pada 2 Jun 2009 yang lepas.
Aku bgtau kat Busuk (my husband) yang aku da lewat period ni. Sejak pas kawen ritu, aku blm dtg bulan lg. Risau jugak kalo tetiba period aku problem. Tp dlm masa yg sama, aku da mula rasa sesuatu. (Seronok sebenarnya! Wee!) Malam tu balik keje Busuk bg cdgn supaya beli pregnancy test. Ktrg pun belila. Alaa..murah je. RM 8 kat farmasi. Nak check kalo2 ada. huhu...(Biasala org laki, bab2 cam ni die mesti seronok.) Balik umah pas mkn n mandi aku igt nak check. Tp Busuk pesan, katanya akak opis die ade pesan kalo nak check kena awal2 pagi masa baru bangun tido. Air kencing yg pertama lebih accurate katanya. Okla...

Esoknya, 3hb bangun je tido aku amik sket sampel air kencing aku utk test tu. Suspend ni! huhu... Pas mandi aku titiskan 3 titik kat benda tu. Kurang seminit keputusan keluar.


Tadaa!
Result positif! Double line.
Alhamdulillah. Busuk seronok sgt. Sbb tu sejak kami nikah, die pesan kat aku "Jangan mkn nenas tau". Aku pun xpnh la makan nenas lgsg.

Semalam, aku dan Busuk g klinik (sebelum ni da g 2 kali just nak confirm'n kandungan). Kali ni pegi nak buka Buku Merah. Seawal 7.30 pagi ktrg dua da dok terpacak kat sana. Rupanya ramai lagi yg da smpi. Betul2 pas Subuh gamaknya diorg smpi. Biasala, klinik kerajaan kan...

Angka giliran aku ni pun da kira lewat ni tau.

Da amik no giliran dudukla ktrg menunggu smpi nama dipanggil.
Ramai jugak kes baru ibu mengandung repot kat klinik ni. Pagi ni je dekat 15 org, termasukla aku. Kami (ibu2 mengandung) dapat Buku Merah ni untuk diisi segala butir. Sebenarnya ada dua, tp buku lagi 1 utk rekod klinik. Yg cam kat bawah ni simpanan utk para ibu dan bakal ibu.

Selepas buku da di isi, kami diminta masuk ke bilik 22, pe nama ntah. Aku lupa. Cam nak g kursus pulak rasanya ni. Kat ctu kami diberi briefing tentang Breast Feeding utk baby. Then amik darah. Tujuan die utk tau blood group & HIV test. Lama gak dok menunggu kat ctu. Yela, diorg bg keutamaan amik darah utk ibu2 yg ade appointment. Kes baru ni diorg hold dulu. Masa amik darah tu agak pedih la. Sbb kena cucuk kan. Nasib aku xpitam. Dala mmg aku ni byk sejarah pitam pasal darah. huhu! Nurse Kelate tu pulak dan wat lawak, kurangla sket nervous aku masa nak amik darah tu... Ups! lupa bgtau. Kandungan aku da berusia 13 minggu!

Seterusnya, kami diarahkan utk bagi sampel air kencing dan cucuk jari nak amik darah lg. Tujuan die nak check level Hemoglobin dan kadar gula dlm darah. Aku pulak da bawak siap2 dalam handbag. Kiranya daripada awal pagi td aku ke hulur ke hilir dgn air kencing dlm handbag. Ups! Normalla tu, nak g check up ibu ngandung. Jgn marah, huh!

Da siap buang air kencing td tu, aku kena g bilik 15 pulak. Nak check perut, tekanan darah, berat dan tinggi. Ade lagi, nurse tu brief tentang kanser buah dada. Die ajar cara cam ne nak check. Siap ngan demo. Kat cni aku kena diri je. Kerusi xcukup. Lg pun perut aku kecik lg, bagila pada ibu2 yang perut besar duduk. Baik'n aku. "Budi Bahasa Budaya Kita" (eceh!) Aku check kat cni pun jap je sbb baby blm besar. Lagipun baby pun blm pandai gerak. Next appointment maybe baru wat ultrasound test. Nak check denyutan jantung baby.

Habis je check perut segala, nurse ni briefing lg ttg pemakanan. Aku kena byk mkn makanan yg ada zat besi. Katanya Ayam dan Ikan bole makan hari2. Sayur dan buah2an jugak. Daging lembu makn seminggu 2 kali je. Xbole mkan byk2. Telur pulak seminggu dlm 3 or 4 kali je bole. Susu pun aku kena minum. Sbb sekarang aku da kena kongsi kalsium dan zat besi ngan baby.

Pastu aku terstory pulak kata penah kuar coklat2 cam nak period kat nurse 3 minggu lepas. Kena jugak g jumpa Pakar Perubatan iaitu Doktor. Kat cni check jumpa doktor cam biasa. Die check denyut jantung dan interbiu pe yg patut. Rupanya aku da tau npe kuar coklat2 masa tu. Sbbnya "bersama ngan suami". Korang pahamla kan maksud die. Pengantin baru kan. Cam tula. So, skrg da kena puasa utk awal2 kandungan ni. Ehem2!

Akhir skali, selepas amik ubat / vitamin. Obimin. Aku g pulak wat check gigi. Nnt kalo gigi de masalah. Susah masa ngandung. Sbb nnt baby serap kalsium. Dan aku ade masalah pulak. Ade gigi yang kena cabut. hua! tp dr kata tunggu smpi usia kandungan da 5 bulan baru bole cabut. Lepas raya la nmpknya kot.

Losyen ni klinik bagi kalo2 ade rekahan pada kulit perut nnt. Obimin kena makan masa awal pagi. Supaya lebih berkesan.

Selesai sudah. Al kisahnya, Busuk hilang ntah kemana sbb kebosanan menunggu setengah hari kat klinik. Tau2 je g minum sorg2.

Kesimpulannya, aku dijadualkan akan lahirkan baby ni pada 22 Januari 2010. Hari Jumaat. Harap kalian doakan semoga aku & baby selamat dan sihat sementara nak tunggu smpi ke tarikh tersebut. Amin!

Monday, July 20, 2009

Nasi Ayam dua!

9.01 pagi
Busuk: Rini abg kn g servis pc area pudu.kalo dan kt mam sm tau...

Aku: Ok syg.kt mam ns aym nk? (ayat aku yg kepingin Nasi Ayam)

Busuk: Kalo dan tau.abg xjnji.

Aku: Yela.ok.usk bgtau je. (ayat aku yg cam frust)

**********

Pukul 12.06 tghari.

Busuk: Abg da setle wat keje kat cni ni. Sekarang kul bpe?

Aku: 12.06 baru.

Busuk: Aik, jam abg 12.02.

Aku: Ala..jam lambat la tu. Cni da 12.06. Awal lg ni.

Busuk: Bis cam ne? Nak makan kul bpe?

Aku: 12.3o nak. Abg agak2 smpi kul bpe?

Busuk: Abg rempit jap je smpi.

Aku: Tak kisahla syg.

**********

Pukul 12.20 tghari.

Trn2! Da smpi.

Yeah! Bole makan nasi ayam..

Tadaa! Nila die kedai nasi ayam favourite aku kat Kg Baru.
Daripada aku kecik2 dlu, parents aku sll bawak mkn kat cni. Sbb arwah Abah kan asal cni.
Mama dlu masa mengandong Angah, suka mkn Nasi Ayam ni. Sudahnya da besar ni, Si Angah tu suka sgt mkn ayam. Lauk2 lain xlayan...

Jom kita layan mkn jap...
Ni antara menu yg terdapat kat kedai ni. (bole nmpk ke?)
Tp aku sll order yg biasa je. Lagi layan. Baru ori!

Nasi, Sup & Sambal

Nyum 3x! Ayam & Kicap

Posing2 sblm mamam!

Concentrate mkn ni. Lapar! hihi

Dapat gak mamam nasi ayam ni. Bukan sll dapat mkn. Weekend die tutup or kalo bukak pun maybe xdtg KL. Malam xbukak da. Kalo Mama tau ni Mama mesti soh tapau. Tp sll balik keje nak tapau, kedai mesti da tutup. Pape pun aku happy sbb dpt mkn nasi ayam. Licin! Erk.. Alhamdulillah.

wink! ;)

Friday, July 17, 2009

Our Weekend

hmmm... sejak aku kawen, weekend kami sik stay kat rumah je.
dok rehat, kemas2 umah, sembang2, layan Hadif dll. tak pun aku akan ikut Mama g tgk adik bongsu aku yg ngada2 tu asrama die kat SMA Bandar Baru Salak Tinggi. tiap2 minggu ek? bawak makanan utk die, layan die, teman die. nama je sok asrama. tp nak org dtg tgk tiap2 minggu. tak aci!

[ni ha Hadif kesayangan aku & Busuk. geram kat die! Rabu ritu aku jaga die 3 jam sbb MamaPapa die balik lewat, nnt aku story detail]

hari ni adik2 aku sume balik, Akim kat Sabak Bernam balik, Baby kat Salak Tinggi balik...
aku igt nak g air terjun, nak piknik!~ tp cam xde can je. xbes tol. sabtu Busuk keje. dekat kul 2 baru smpi. ahad pulak da kena jaga bdk2 kecik anak Cik Ina..jadi baby sitter...hua! nak jalan g mandi manda n wat BBQ. Mama pulak sik bz ngan miting sana cni. ngan Kemas la, kelas PKK la, mesy PIBG la...aiyo..manyak bz la itu makcik!
(takkan weekend ni dok umah je? hua....!!!!)

[ha, ni aku nak kenalkan mkck2 yg bertungkus lumus masa wedding aku]
dari kiri: Cik Yan (jiran terdekat), Cik Wan (Mak Usu aku tu), Mak Ngah & Cik Ina.
dari kanan: Cik Ani Bomba (penjahit manik tudung nikah aku), Cik Suraya, Cik Mas, Cik Jamaliah & Mama.
duduk: Mak Lang & Cik Timah.


ok2, xpe..(nak sedapkan ati sendiri) next week ada aktiviti telah ku rancang. 25hb nak g umah Ina Busuk kat Pandamaran Klang, de open house katanya. jom makan2! nyum3x

semalam, aku akhirnya dpt contact ngan sahabat karib lama aku masa drjh
3 & 4 dlu, kembar Farahiza & Faradilla. giler rindu kat diorg. igt diorg da xknl aku. then rupa2nya ayahanda diorg pun baru meninggal 12 April ritu. puncanya aku blm ketahui...dan secara kebetulan, tanah perkuburan arwah Papa diorg sama ngan tanah perkuburan arwah Abah. dekat kot. weekend ni aku nak ziarah la. diorg jugak jemput aku & famili utk hadiri Majlis Tahlil 100 hari pemergian Papa diorg. InsyaAllah xde aral aku dtg ek? bole story panjang nnt.

26hb pulak aku da dpt saman, kawan skola aku, Si Dollah tu nak kawen. nasi
b panjang umur dan jodoh ko Dollah. nnt aku dtg tau. lagipun ko da jemput ngan kad. wat susah2 je. hmm... nak pakai bju ape nnt? adoi...nila masalah aku skrg kalo nak kuar, xde baju. baju byk da ketat2 sbb 'aku da gemok!'...sedey giler beb!

[ni pulak aku, sang pengantin. pada ketika aku blm gemok.]

baju2 yg aku wat masa nak kawen ritu pun da xbole pakai. sendat! nmpknya raya tahun ni aku mmg kena wat baju baru. tp baju kurung je. so that nnt bole pakai lama. kalo kebaya alamatnya simpan wat pekasam je la...

neway, sebenarnya aku hepi rini sbb adik2 aku balik. Yeay! Mama da siap plan da nak beli durian sbb da sume balik berkumpul kan...i like Durian! tp sbnrnya aku xbole mkn, takut panas badan. tp Mama kata "makan je, janji badan bole tahan, kalo agak2 da xtahan nnt. stop makan." hehe...Mama bg green light.

kla, chow cin cau!

Mengantuk & Menguap VS Bersin

Hari ini aku menerima email menarik ini. Jadi, aku ingin kongsi kan bersama kawan2 yg lain.

Salah satu
perkara yang sering mengganggu kerjaya kita adalah “MENGANTUK”. Menguap merupakan ciri2 orang yang mengantuk. Sebenarnya ia merupakan gangguan syaitan yang menginginkan kita lalai dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita. Maka di sini ingin saya kongsikan tips dari Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam untuk menangani gangguan syaitan ketika “MENGANTUK” yang menyerang melalui senjatanya “MENGUAP”.


HADIS TENTANG MENGUAP :

"Bersin itu dari Allah dan menguap itu dari syaitan. Jika salah seorang kalian menguap, maka tutuplah mulutnya dengan tangannya dan jika ia mengatakan `aaah...', maka syaitan tertawa di dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap." (Hadis riwayat. At-Tirmidzi )


FAEDAH DARI HADIS:


1. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahu kita bahawa menguap berasal dari syaitan gangguan Syaitan.


2. Oleh itu, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap :


a.
Berusaha menahannya sedaya upaya.


Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam :


"Apabila salah seorang dari kalian menguap dalam solatnya, hendaklah ia berusaha menahan menguapnya sedaya mampu kerana ia boleh menyebabkan syaitan masuk." (Hadis riwayat. Muslim)


b.
hendaklah kita menutup mulut (samada dengan tangan kiri atau kanan, depan atau belakang, kerana Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak menetapkan mana2 bahagian),


Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).” (Hadis Riwayat Muslim)

c.
Elak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap. Seperti “Haaaaaah” Kerana apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa. (mungkin sebab tulah ada orang terdengar hantu2 ketawa di banggunan baru ijn :-).


d.
Elakkan juga mengangkat suara ketika menguap.


Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Maka, apabila anda bebas dari gangguan syaitan, anda pasti dapat melaksanakan tanggungjawab anda dengan cemerlang….InsyaAllah..

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com