HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Tuesday, November 22, 2011

Pejabat Baru

Assalamualaikm semua!

Hampir 2 minggu Mommy senyap je tanpa sebarang update. Maaf ye? Ade ke yg rindu? Cam xde je. Huhu... Okla, Alhamdulillah pada 15 Nov (setengah hari) yg lalu secara rasminya Mommy meninggalkan majikan yg sebelum ini. Terima kasih tak terhingga buat rakan sekerja dan juga semua boss kerana memberi peluang utk Mommy menimba pengalaman bekerja disana dalam masa 4 bulan yg singkat ini. Terima kasih! Selamat Tinggal Subang Jaya!

Dengan itu, makanya serta merta Mommy memulakan kerja bersama majikan baru. Hi Seri Kembangan! Terima kasih CSM kerana menyambut baik kedatangan Mommy walaupun pada pertengahan bulan di penghujung tahun. 16 Nov (Rabu) ok? 

Hari pertama disini berjalan dgn baik. Segalanya masih indah belaka. Bahagian / Unit di mana Mommy ditempatkan mempunyai 10 orang staf. Semua Melayu. Pertama kali Mommy diberi peluang utk bekerja sepenuh masa bersama bangsa sendiri. Disini Mommy diberikan workplace sendiri, notebook, backpack, stationery dll.

Beberapa hari pertama ini Mommy ditugaskan utk memahami dan self-study tentang ISCB Procedures and Manual, Information Security dan ISRM. Tidak lupa juga utk mengenal perbezaan tentang 3 skim yg ditawarkan unit kami. Banyak lagi yg perlu Mommy belajar disini. Terlalu banyak. Semoga Mommy diberikan petunjuk dan peluang utk mempelajari segala ilmu2 baru disini.

Semoga ini merupakan semangat baru utk Mommy memulakan kerjaya baru!~ Chiyok!

Thursday, November 10, 2011

"Aisy mandi koyam!"

Assalamualaikum...

Beberapa hari Mommy leka tanpa menjenguk ke teratak ini. Agak sibuk dengan perkara2 lain. Memandangkan tinggal beberapa hari saja lagi untuk Mommy bertukar ke suasana kerja yg baru. My official last day in on 15th Nov 2011 (half day ok? bole pulak gitu). Then, I will say bye bye to my 2nd CASB. And please welcome me, CS!

Actually, Mommy nk story pasal cuti sempena Hari Raya Aidiladha Isnin lepas. Last minit decision, kami decide utk jalan2 dan mandi manda di WET WORLD, Shah Alam. Lama rasanya tak berjemur bawah matahari. Maybe this is the right time nk spend leisure time ngan family dan Aisy!~

Mommy ajak jugak cousin dan his family and siblings! So in total 14 of us! Hoyeh! Tak sangka plan last minit menjadi. Seawal jam 10 pagi Mommy sekeluarga bergerak ke sana. And, we're so lucky since that day is the last day to get the 15% discount. Sempena apa Mommy kurang pasti. Harga asal tiket untuk dewasa adalah RM12 sahaja jadi harga tiket hari itu RM10.50. Okla, rasa agak berbaloi la jugak.

Seronok rasanya bila tengok zuriat yg kita lahirkan gembira dan senyum sentiasa di depan mata. "Mommy! Aisy mandi koyam!" Itulah perkara yg selalu terkeluar dari mulut Aisy sepanjang kami disana. Seronok dapat main air. Mommy pun xkurang eksaited. Xsabar nk main gelongsor panjang tu. Huhu...

Mula2, kami mandi di tempat cetek je. Sebab gelongsor panjang buka jam 12 tghari. Main gelongsor2 yg lain da pusing 1 Wet World. Ada 3 atau 4 kawasan mandi yg masih 'Under Construction'. Ada rasa rugi sket muncul ketika itu. Sebab xsemua bole main dan mandi. Overall okla, takkan asik nk mandi kat air terjun je, ye dok?

Kami sewa TUBE besar untuk bermain gelongsor tu. RM40. RM20 akan dikembalikan selepas sahaja kita pulangkan balik. Kiranya cas sewa RM20 la... Rasanya dulu2 RM8 je. Nampak sangat Mommy lama xdtg ctu. Sakan Mommy main gelongsor panjang tu. Berkejar2 dgn semangat beratur menunggu turn. Da mengalahkan kanak2 bawah 15 tahun. Aiyak! Wan Aisy jugak xketinggalan mencuba naik. Ingat xnk!

Sambung nnt ya! Papa da sampai.

Sunday, November 06, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha


Assalamualaikum...

Sakit hati sakit jiwa,
Tabahkan hati kuatkan iman,
Mommy ucapkan Salam Aidiladha,
Semoga korban tahun ini dijadikan pedoman.

SALAM AIDILADHA! 
Semoga ibadah korban kita berjalan lancar dan jangan terlalu berkorban demi kepentingan dan kebahagiaan org lain.
Setiap pengorbanan yg kita lakukan jangan diharapkan dengan balasan tapi relakan dengan keikhlasan. Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui.


Thursday, November 03, 2011

20 Perkara yang Membuatkan Wanita Benci Lelaki

Petang2 Khamis ni Mommy ronda2 website sana sini dan jumpa ini!

Jom kita baca!

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah. Cakap baik2 bolehkan?

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada isteri/kekasih/tunang, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan pasangannya.

3. SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama pasangan, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati pasangan kenalah jaga juga Cik Abang! Jaga hati pasangan please!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri pasangan dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena report dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh pasangan mereka... Macammana tu? Adil ke?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si pasangan. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya. Perlu bertempat OK?


6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya/berkahwin tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua wanita akan menjauhi anda. Terus terang kan bagus, buat apa nk tipu2?

7. PERASAN
Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji... Janganla perasan sangat!

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan pasangan... Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai. Dengar dulu, baru nilai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan pasangan, alamatnya... Mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan. Nak manja2 je pun.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut pasangannya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah pasangannya itu amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit pasangan dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. TERLALU KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama pasangan. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau pasangannya pandai membahagikan masa...

13. PANAS BARAN
Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, pergi hidup sorang2!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... Asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... Membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Tambah pula, pasangan yg dah ada anak. Janganla merokok sampai ke bilik tidur. Hormat sikit dengan pasangan anda. Kadang-kadang pasangan menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak pasangan mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... Hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya. Eeeeeuuuuuuwwwww!

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat pasangan mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain ataupun menonton bola sepak bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolehlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama pasangan tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Luangkanlah masa berbicara, berkongsi cerita bersama pasangan anda. Tak salahkan? Barulah kahwin namanya.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan pasangannya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda. Barulah gentle.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. Hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga! So, xyah kontrol!

Pencarian Blog Follower Bawah 500

Assalamualaikum!

Hari ini sudah Khamis, yeah! Esok, TGIF. My Pay Day! Lambat betul. Orang lain gaji da tinggal separuh pun bayar itu ini. Mommy ni je gaji xmasuk2. Bank pun da sibuk call bila nk settlekan hutang. Aiseh...

Hari ini Mommy mau join SEGMEN anjuran C GENK.

Al-maklum, belog ini tidak femes langsung. Jadi utk memasarkan memfemeskan blog Mommy ini, Mommy perlula rajin join segmen cenggini dan BW. Huhu....

Awk nk join jugak?

Oh..senang je. Ikut instruction kat bawah ni tau?


Syarat-syart penyertaan
 Sila pastikan follower anda bawah 500
 Follow genk [terpulang, lebih baik follow ]
 Buat entri bertajuk : Pencarian Blog Follower Bawah 500
 Letak banner di atas dan linkkan ke entri ini
 Dah siap, hantar link anda ke ruangan entri ini
 Tarik Tutup : 11 November 2011, jam 2 petang

Hanya blog yg mempunyai follower bawah 500 je bole join tau. Yg da ramai follower tu maafla ye? Anda da femes. Jadi, BW jela. (^_^)

Wednesday, November 02, 2011

Perkara Menjengkelkan

Assalamualaikum semua

Seperti yg semua sedia maklum, Mommy sekarang sedang bekerja dengan Majikan Ke-2 di Subang Jaya. Diam tak diam sudah 3 bulan lebih Mommy bekerja disini. Tiada apa yg dapat Mommy banggakan atau seronokkan disini. Bukan kerana tak bersyukur dengan apa yg ada. Cuma Mommy xrasa keseronokan dan kepuasan bekerja disini. Sebabnya?

Jengkel 1
Sejak hari pertama Mommy disini, Mommy tidak ada dedicated place / cubicle for Internal Auditor. Sedihkan? Kita da seronok dan beriya2 nak berkhidmat, tapi tempat (workplace) tidak disediakan. Jadi, al-kisahnya 2 bulan pertama Mommy bekerja, Mommy asyiklah bertukar tempat sana sini. Setiap hari pergi HR department bertanya staff mana yg on leave on that day sebab Mommy nk duduk tempat die. Irritating x? Sgt kan?

Mommy faham, yela kerjaya cam Mommy ni sememangnya jarang duduk di opis sebab asyik travel. Tapi agak2la... Jgnla sampai bila di opis, tempat nk duduk pun xde. Sedih tau. Staff2 baru lain ramai je. Tapi diorang ade je tempat. Bila ada cubicle free sbb staff resigned, mesti da ade orang booking. Npe xdibookingkan utk Mommy or dept Mommy? Tula, dianaktirikan sebabnya dept kami hanya 2 orang sahaja.

Jengkel 2
Setelah hampir 2 bulan berpindah randah tanpa rasa malu mencari workplace utk diri sendiri. Akhirnya, CFO memberikan idea supaya kami berdua berpindah ke opis Corporate Office (ala sebelah building je). Tapi sebenarnya Mommy reporting to Management Office. Agak keberatan sebenarnya sebab suasananya berbeza. Kalau di MO, bole buat bising, sembang sakan, gelak kuat2 atau berjalan sana sini sesuka hati. Tidak di CO. Di CO, hanya bole bercakap seperti berbisik2. Nak jawab phone call pun kena keluar opis. Takut orang dengar. Opis sini senyap dan sunyi i tell u!~

Itu satu hal, satu hal lagi workplace Mommy sekarang adalah "HIGHWAY". Cubicle dimana orang lalu-lalang all the time. Sangat merimaskan. Jadi, apa saja yg Mommy lakukan semua orang nampak. Tension! Tak senang duduk mak tau! (mata pandang atas, tangan kat bahu) Nak masuk website apa2 pun perlu sangat berjaga2. Perlu minimize Mozilla / Google Chrome screen ni hingga ke 30% sahaja. Jari pula sentiasa berada di kekunci ALT - TAB, bagi memudahkan pertukaran view screen. Huhu...

Jengkel 3
Mommy telah tiga atau empat kali di'sound' oleh staff2 lain kerana melayari FACEBOOK! Damn la korang.
"Kalau nk restrict, restrict jela. Aku bukak guna broadband akulah! Bukan aku xbuat kerja. Aku ON je FB tu. Nothing much!" 
Garang tak? Ini ayat bengang Mommy. Hehe... Kadang2 access the FB direstrictkan oleh orang IT. Kadang bukak! Entahla xpaham. Diorg punya dengki xde keje, siap generate report yg Mommy access FB. Sistem korang still banyak problem dan bug sana sini, korang sibuk ngan Mommy yg access internet. ON je kot then biar. Itu pun nak dengki?

Maaf ye. Teremosional. Sekian daripada Mommy. JENGKEL!

WW: Subhanallah



Tuesday, November 01, 2011

Contest Anakku Berfotogenik

Contest Lagi?

Yes...

Yes...

[klik pada banner utk join contest]

Since Mommy rasa Aisy agak FOTOGENIK, jadi Mommy nk submit 1 gambar Aisy ketika seronok bermain lari-lari kat contest ini.

Sedang berlarian pun anak Mommy bole tersenyum gembira.
Nama: AISY NUR QAIRINA BINTI MOHD NOOR HAKIMI
Umur: 1 tahun 10 bulan (29/12/2009)
Nama Ibu: FARHANA AQILAH BINTI MOHD SUFFIAN

TAG Contest ini Mommt tujukan buat:

Lupa pulak, Contest berakhir pada
11 NOV 2011 (11.11.11)

2 TAHUN 6 BULAN

Assalamualaikum W.B.T

Diam tak diam sekejap je kita sudah melangkau ke bulan baru, iaitu November. Bulan kedua terakhir sebelum tahun 2011 melabuhkan tirai. Terasa cepat sungguh masa berlalu meninggalkan kita. Terlalu pantas masa beredar tanpa kita sedari. Ternyata begitu cepatlah juga usia kita semua meningkat. Harap dengan perjalanan masa ini dari hari ke sehari seiring dengan kematangan fikiran kita semua.

Hari ini Mommy nak berkongsi tempoh perkahwinan Mommy dan Papa Aisy. Sudah genap 2 TAHUN 6 BULAN. Tak caya? Tengok ini!


Tak sangka, dalam tempoh ini macam2 dugaan dan halangan yg kami lalui. Sudah senang, kedukaan, kelukaan, kegembiraan, keceriaan dan macam2 jenis perasaan.

Semoga jodoh Mommy dan Papa sebagai pasangan suami isteri dipanjangkan sehingga akhir hayat kami berdua, 
Semoga kami sekeluarga mendapat keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T.,
Semoga kami dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta kebahagiaan yang tiada penghujungnya,
Semoga kami sekeluarga dilimpahi rezeki yang halal dan melimpah ruah untuk kebaikan anak-anak dan ahli keluarga lain,
Semoga kami diberikan Hidayah dan jiwa yang tenang, hati yang baik dan sifat-sifat positif yang boleh memberikan manfaat yang baik kepada semua orang. 
Amin.


Akhir kata, Selamat Datang November 2011!

P/s: Sepatutnya hari ini Mommy sudah lapor diri ke tempat baru. Tetapi disebabkan kekangan daripada pihak atasan sini, Mommy terpaksa menundakan pada 15 Nov nanti. Harap tiada masalah berat yang tiba. Semoga Papa juga ada rezeki ditempat baru.

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com