HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Tuesday, June 19, 2012

Berbadan Dua Lagi

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama (hampir 3 bulan) Mommy menyepi, rasa rindu teramat sangat mahu berkongsi cerita bersama sahabat semua. Belog kesayangan ini pun telah lama Mommy tinggalkan. Al-maklumlah, sibuk dan alpa tentang kewujudan belog ini. 

Sepanjang 3 bulan ni, banyak hal yg jadi. Seperti semua sedia maklum atau ada yang baru tahu, Mommy kini sudah berbadan dua. Anak kedua. Alhamdulillah. Tercapai juga impian utk mengandung di tahun 2012 ini. ;) Ok, jadi Mommy ingin berkongsi sedikit pengalaman mengandung kali ini.

Di masa awal Mommy disahkan mengandung, kami sekeluarga agak sibuk dengan urusan pindah rumah. Bukan rumah sendiri tapi rumah sewa. Menyewa dengan parents sendiri. Wee! Tapi tak jauh pun, dekat sedikit dengan tempat kerja sekarang. Much better. Cuma Mommy masih berjalan / berpusing jauh. Sebabnya Aisy masih diasuh oleh Mama Wan dia bila Mommy dan Papa bekerja. Jadi, sekarang memang Mommy full time drive sendiri ke tempat kerja. Papa pula kini sudah mula kerja shift malam, alternate. Seminggu siang, seminggu malam. Memang rasa sangat terseksa bila malam hanya tinggal berdua je dengan Aisy dalam rumah yang tak seberapa nak penuh tu. Perasaan takut pun kadang2 datang. Mana taknya, rumah disebelah kanan kami masih belum berpenghuni. Hanya mampu mengharapkan jiran kiri, depan dan belakang. 

Mengandung kali ini, agak berbeza dengan mengandung Aisy. Yela, lain anak lain ragamnya. Jadi gejala ketika mengandung semestinya berlainan juga kan? Aisy rajin bersembang dgn Adik sekarang. Aisy membahasakan diri sebagai 'Kakak' dan memanggil Adik sebagai 'Muhamad'. Wish nk adik boy katanya. ;)

Bermula minggu ke 7 kandungan Mommy sudah mula mabuk, sehinggalah ke minggu 17 yang lepas. (Sekarang sudah 20 minggu) Jenuh jugakla nak mengadap. Mommy tak lalu makan ayam, tak bole bau masak2, muntah seawal pagi, muntah di tempat kerja, angin 1 badan, tak bole lewat makan sket dan macam2 lah. Malas Mommy toksah dikata, rasa nak terbaring je... Masak pun tidak, kalau xmakan dirumah Mama, kami makan luar. Hehe! Teruk kan? Tapi sejak minggu ke 18 Mommy rajin masak tau. Setiap malam masak ye?

Alhamdulillah, Mommy masih bersyukur even mabuk Mommy masih mampu utk bangun seawal jam 5.30 pagi dan drive ke opis. Cuma Monday blues Mommy agak kritikal. Jadi malas. Bila cek balik rekod. Mommy rupanya MC setiap Isnin (jangan marah boss!). Maybe sudah terbiasa sebab monthly pregnancy checkup Mommy setiap Isnin. Jadi, Isnin adalah hari malas bagi Mommy. Hehehe...

Ok, Mommy nak share ultrasound scan baby. Baru scan 2 kali. Pasni minggu ke 23, Insyaallah sebelum puasa Mommy plan nk scan 3D atau 4D.

Adik minggu ke 10

Adik minggu ke 19

Ok, itu dulu yang dapat Mommy kongsi. Nanti Mommy sambung lagi ye! Daaa...


♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com