HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Thursday, October 22, 2009

ANAMY

ANA + AMY = ANAMY
~When 2 become 1 then soon equal to 3~
Wink!!
I'm in Love

Baby Mummy Besar

Hi..
Lama sudah rasanya tangan aku ni tidak meng'update' blog aku ni. Terasa rindu pulak tatkala aku sedang sibuk bekerja merata2 tempat di kawasan Lembah Klang ni. Nila tugas aku sebagai Consultant. Sentiasa perlu ada di opis client, bukan opis sendiri. Minggu ini aku berada di Kawasan Perindustrian Seri Kembangan.

Oleh kerana aku da lewat seminggu nak berkongsi cerita tentang perkembangan baby yg bakal aku lahirkan Januari nnt. Maka, hari ni aku nak ambil masa jap nak kongsi cerita pemeriksaan aku minggu lepas, iaitu pada 13 Oct 2009.

Disebabkan masa kerja aku yg agak pelik daripada org lain, iaitu 8.30 pagi hingga 6.30 ptg, agak sukar utk aku memenuhi kehendak klinik kesihatan utk mendapatkan pemeriksaan mereka. Akan tetapi aku usahakan juga kerana baby. Sehinggakan MC dan AL aku telah habis gunakan utk tahun ni. Yang lagi menyukarkan aku adalah klinik kerajaan mana ade bagi MC, time slip adela cuma company pulak tak terima. Macam2! Pening...


************
Kisahnya...
Pada 13 Oct 2009 (Selasa), aku pergi wat pemeriksaan lagi. Sebabnya aku ade kencing manis. Kali ini aku g petang pulak. 2.30 ptg. Kali ini termasuk scan jugak. Mula2 aku g jumpa doktor dlu utk me'review' result BSP Test kali ke-2 aku.
Keputusan BSP Test pada usia kandungan 25 minggu ++,
8.00 am - 5.0 mmol/L
12.00 pm - 5.1 mmol/L
6.00 pm - 6.6 mmol/L (sblm tu aku g jamuan raya, makan Kambing Bakar!)
10.00 pm - 5.7 mmol/L
Nasib doktor xmarah, cuma nasihat supaya aku DIET. Kurangkan makan nasi. Selepas tu doktor soh aku baring, nak scan baby. Aku ngan suami harap scan kali ni dapat tengok jantina baby. Tapi sygnya, blm nmpk sbb baby pusing2 kat dlm perut mummy die. Masa tgh scan tu kepala kat atas, doktor kata kalau kaki kat atas senang nmpk jantina die. huhu.. Xpela, baby nak wat surprise ek? Lagipun mesin kat klinik kerajaan agak kabur. Tak brapa nmpk dgn clear.
Keputusan scan 25 minggu ++
BPD - 72.1 mm (28w 6d) - kaki
AC - 236 mm (27w 6d)
FL - 47.8 mm (26w 0d)
EFW - 1086 g <--- ini berat baby pd 13.10.2009
EDD: 08.01.10 - due date baru (sgt surprise)
Disebabkan result scan yg begini, doktor memberitahu aku dan suami bahawa kemungkinan baby kami besar. Besar 2 minggu ok. Dan baby akan lahir dijangka 2 minggu awal dari tarikh asal. Katanya lagi, ini mungkin disebabkan kencing manis yg aku hidapi masa ngandung ni.
Oleh itu, aku diarahkan utk mendapatkan pemeriksaan lanjut di Hospital Putrajaya. Aku plan nak g sana Isnin depan (26 Oct 2009) kerana masa kerja aku sgt padat kebelakangan ini.
Okla, aku agak sibuk. Nanti aku kongsi cerita lagi k? Daa.. Doakan aku dan baby sihat selalu. Wink! (^_____^)

Friday, October 09, 2009

Kek Perkahwinan

-Kek Hantaran-

-Kek Kahwin ANAMY-

Pink Green (Betul2 ikut tema. Aku sangat puas hati.)

Kredit to Mama sbb tempahkan kek yg cantik cam ni even 2 tingkat je.

-Hari Persandingan (Potong Kek)-
Oleh kerana seorang sahabat aku masa kat UUM kata die blm wat tempahan kek lagi utk majlis perkahwinan die Nov ni. Aku pun terus terigt pic2 kek masa aku kawen ritu. Jadi, aku nak kongsi la ngan sume.

Thursday, October 08, 2009

Famous Amos Cookies

Isnin yg lepas (05 Oct 2009) aku kepingin bangat mau makan famous amos cookies. Aku xnk yg lain2. Nak yg original je. No nuts, no pecan, no double chocolate. Hehe... Aku pun dengan tak tau malu cam mengkhabarkan pada kawan2 baik aku yg aku mau makan ini. Hehe... Agaknya baby pun suka kan? Sbb tu mummy die terus cam mengidam nak makan famous amos cookies.


Sudahnya hari selasa Rozita ym aku. Katanya die mintak tlg opismate die belikan cookies tu kat Amcorp Mall. (Aku sbnrnya xmintak tlg die pun, saja cte. Kongsi pengalaman ngidam masa ngandung ngan kawan2 baik kan?) Tapi, tub2x die nak tlg belikan dan siap kata

"Tak pe, aku belanja. Nanti bila aku ngidam, ko pulak belanja aku."

hehe...rezeki baby ade org nak belanja.

Malam tu dapatla aku 200 gram cookies tu. Nyum3x! Lega tekak dapat makan cookies.

(Kiri: From Saliza Kanan: From Rozita)

Petang isnin tu, sebenarnya aku mintak tlg dgn Saliza belikan cookies ni kat Alamanda. Yela, kat Puchong mana ade stall die. (hmm...kalo aku bukak stall Famous Amos ni kat IOI Mall Puchong agak2 laku x?)

Oleh kerana bz, Saliza only managed to pass to me this cookies yesterday after she come back from work. So, cookies ari selasa aku settle kan da. Ada yg ni. huhu...

Naik lg la sugar dalam darah aku. hihi... Xpe, 12 & 13 baru checkup. Dan lgi mkn manis2 ni. Yg ni pun Saliza belanja (100 gram). So, aku dapat 300 gram cookies free...Wee!

Nila die nilai sebuah persahabatan buat aku masa ngah pregnant ni. Tunggu turn2 lagi 9 kawan2 baik aku. Ayin, da confirmed tarikh sbg bakal pengantin. Zura & Saliza, coming soon nak engage. Alhamdulillah, masing2 da ketemu jodoh yg sesuai. Yg lain2 cam ne?

Guys! Pls update me on ur relationship current status...

Friday, October 02, 2009

24 minggu?



Kalau mengikut perkiraan doc, baby kini da berusia 24 minggu dlm kandungan. (ikut dari tarikh last period) Tapi rasa cam xbetol je. Tak kisah la. Yang penting baby mummy ni sihat selalu dan membesar ye syg? hehe.. Macam cepat sgt masa berlalu. Cepat je baby da besar.
Baby bump pun da sgt kelihatan skrg. Wee! Nak jadi mummy da. Alhamdulillah aku, suami dan keluarga cepat dikurniakan rezeki ni. '

Sebenarnya aku nak berkongsi cerita tentang masalah yang aku hadapi sekarang. Selepas last checkup pada 15/09/09 aritu. Klinik called pada esoknya (16/09/09) mengesahkan bahawa aku ade KENCING MANIS. Aiyak! Kadar gula dalam darah aku masa tu 6.3 mmol/L. Selepas minum air glukosa jadi 8.3 mmol/L. huh..doc kata tinggi sbb kadar normal ialah 4 hingga 6 mmol/L. Aku diminta untuk menjalani Blood Sugar Profile (BSP) Test pada 1 Oct 2009 iaitu semalam.


Apa BSP Test ni?
Mesti ade yg tnya jika tak pernah ade masalah kencing manis. Huish! Muda2 aku da ade kencing manis. TIDAK!!!


BSP Test ini sebenarnya nak menganalisa kembali kandungan gula dalam darah pada satu2 hari misalnya. Nak menentukan sama ada benar atau tidak anda menghadapi kencing manis ketika mengandung atau tidak. Caranya, anda akan diminta untuk mengambil darah dari hujung jari anda dan lihat hasilnya melalui mesin ujian kadar gula. Darah akan diambil 4 kali pada hari yg telah ditetapkan iaitu pada jam 8 pagi, 12 tghari, 6 ptg dan 10 malam. Jadi, anda akan diminta untuk berpuasa 2 jam sebelum waktu yg ditetapkan. Misalnya, darah utk 12 tghari anda tidak boleh makan bermula jam 10 pagi. (minum air kosong dibolehkan)


Selepas lengkap keempat2 ujian dibuat, anda diminta untuk berjumpa doc untuk menilai hasilnya dan mendapatkan nasihat lanjut. Akan tetapi, ujian ini akan di buat kembali selepas 2 minggu selama mana kandungan gula dalam darah anda melebihi had yg normal.


Keputusan BSP Test aku pada usia kandungan 23 minggu ++.
8.00 am - 4.9 mmol/L (puasa daripada malam sebelum tdo)
12.00 pm - 7.5 mmol/L (aku g minum teh tarik + sandwich)
6.00 pm - 6.0 mmol/L (makan lauk sayur lebih + ayam + air kosong)
10.00 pm - 6.5 mmol/L (makan keropok lekor + air kosong je)


Pagi tdi jam 7.15 pagi aku da terpacak depan klinik. Nak jumpa doc berkenaan ngan keputusan ni. 8.30 pagi baru jumpa doc. Biasanya klinik kerajaan, kenalah banyak bersabar. Datang awal pun still kena tunggu berjam2. Doc kata memang sah aku ade kencing manis. Mungkin disebabkan hormon ketika mengandung katanya. Doc nasihatkan aku kurang ambil makanan bergula dan manis2 termasuk buah. Aku hanya boleh makan buah guava dan epal hijau. Makanan berminyak juga aku kena jauhi. Doc kata better makan makanan berunsur sup. Macam mee sup ke. Da kena berpantang skrg. Ntah2 gula dalam darah aku tinggi sbb masa bulan puasa dan raya ni. Yela, masa raya makan segala. Kuih raya jgn kata. Kuih raya bercoklat je yg aku layan. Sedap!


Buat masa ni. Aku perlu ucapkan selamat tinggal pada coklat, kek, aiskrim, pisang, tembikai, laici dll. Macam2 aku kena tolak. Harap baby tidak kelaparan. Lagi 1, kurangkan kadar pengambilan nasi. Nasi ade karbohidrat yang tinggi. Hua! Dala selera makan tgh naik ni. Tak pela, demi keselamatan baby. Aku perlu amalkan diet sihat sekarang! Chiyok!
Sharing is Caring!


Tunggu next entry k? Sbb 13hb ni aku ade details checkup + scan.


Wink!

Thursday, October 01, 2009

Aidilfitri 2009


Aidilfitri 2009 merupakan Aidilfitri pertama aku bergelar isteri kepada Mohd Noor Hakimi. Selamanya 8 tahun merangkap kekasih dan setahun sebagai tunang. Tapi tahun ini lain sikit. Tak main da kad2 raya cam dulu. Sbbnya da hari2 jumpa. Depan mata.


Sebagai menghormati dia sebagai suami, tahun ini tahun pertama kami beraya bersama, aku decide nak beraya di Jitra, Kedah. 5 hari jugakla kami di sana. Kami bertolak hari Jumaat selepas berbuka, kira2 jam 8.30 malam. Malam tu sepanjang jem teruk di Lebuhraya Utara-Selatan. Rasanya sepanjang hampir 200 km la jem. Sampai kat Jitra dalam 4.00 pagi cam tu. Terus sahur. Alhamdulillah, perjalanan kami berjalan lancar walaupun aku asyik tidur je sepanjang jalan. Ihiks! Cian syg...

Hari Raya Pertama (Ahad)
* Tahun ni xg sembahyang raya pun. Ruginya aku. Dok umah je. Siap2kan pape yg patut.
* Kawan2 suami ku datang ke rumah beraya. Port diorg berkumpul. Pastu terus ikut g beraya dlm 3, 4 buah rumah. Aku hampir lupa. Beraya sampai malam. Dan semestinya aku la sorg perempuan yg join group beraya diorg. Sbb kawan2 Bsk sume blm kawen.

Hari Raya Kedua (Isnin)
* Ziarah kubur arwah Papa.
* Beraya ke rumah sanak saudara. Rumah Mak Ndak, Pak Tam, Mak Lang (Kodiang) dan Tok Su. (siap bawak balik limau bali dari Kodiang)

Hari Raya Ketiga (Selasa)
* Majlis Pertunangan Hanizam + Maziah (adik ipar aku) - tau2 je nak tunang, aiyak. bukan nak bgtau awal2.
* Beraya rumah kawan2 Bsk lagi malam tu.

Hari Raya Keempat (Rabu)
* Wee! G mandi air terjun Titi Hayun kat Yan. Pagi2 aku da sibuk nak wat sandwich. Sandwich je pun. Nasi dan lauk2 sume Pak Cik bawak. huhu... Dekat sejam setengah gak perjalanan. Mandi sakan smpi kul 4 ptg.
* Rehat utk gerak balik KL tengah malam tu.

Hari Raya Kelima (Khamis)
* Sampai KL dekat kul 8. 2 kali Bsk berhenti tdo. Aku? hehe...cam biasa jadi co-pilot yg tdo sepanjang jalan. ahaks!
* Beraya rumah Mak Long dan K. Liz.
Hari Raya Keenam
* Duduk rumah saja. Teman Mama. Pastu Bsk da keje. Lagipun Pak Njang dari Kelantan nak beraya rumah.
* Kawan2 Puchong yg free dtg beraya. Malam beraya rumah Rozita dan Shahril.

Hari Raya Ketujuh
* Seharian beraya dengan bebudak Puchong. (Rumah No'ok, Ayu, Saliza, Kak Yan dan Zura) Bsk pun ikut jela. Complete 10 org geng kawan karib ni. Kecoh + Havoc sgt! Miss you guys. Hari yg mana masing2 sibuk posing sakan. Dri pagi sampai tgh malam beraya.

Hihi..tu jela setakat ni. sebenarnya banyak lagi rumah yg belum aku g beraya + ziarah ni. Tp sambung nnt. Raya kan sebulan. hihi....
Jom layan sket pic beraya....



-Ni je hero2 yg turut serta-

-Posing depan Rumah K. Yan-

-Di rumah Zura-

-10 of us, tahun ni lengkap sume ade-


-Tangga pun jadi port posing-

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com