HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Saturday, May 15, 2010

BABY WITH SOOTHER/FEEDING BOTTLE CONTEST


Contest lagi dan lagi...

Kali ini contest anjuran N.A.I.

Detail contest sila klik
Mana la tau ade antara korang yg nk join. Jomla.


Nama Baby: Aisy Nur Qairina Binti Mohd Noor Hakimi
Tarikh Lahir: 29 Disember 2009
Email: fanaqila.suffian@yahoo.com

Untuk contest ini, mommy perlu mengetag seorang kawan yang ade anak.
Jadi, mommy nak tag

p/s: Ibu Husna...Anda ditag. Jom join contest.

Dua Maut Nahas Motor

Memori 3 tahun lalu...

[klik gambar utk tumbesaran]

Sedih bila mengenangkan tregedi itu.

Kami pasrah.

Akan ketentuan-Nya.

Friday, May 14, 2010

Kembara ke Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang

Salam..

Isnin (10 May 2010) yang lalu, aku cuti. Semangat nak menghantar adikku, Bakim mendaftar di Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang. Kolej ini terletak di Bandar Tun Razak, Jengka. Dekat je dengan Bandar Jengka. Kurang 10km jauhnya. 

Pelajar tahun ini merupakan batch kedua yang mendaftar dan belajar di kolej ini. Dahulunya, kolej ini merupakan sekolah menengah teknik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Tetapi telah dinaik taraf menjadi kolej matrikulasi bermula 01 Jan 2009. Pengarah kolej menjangkakan seramai 300 ke 400 pelajar akan mendaftar pada tahun ini. Tetapi peluang ditawarkan kepada kira-kira 700 pelajar.

Kami bertolak awal pagi, kira-kira jam 6.30 pagi dari Puchong. Melalui MRR2 kami terus ke Gombak dan menghala ke Pantai Timur. Berhenti sekejap menjamu perut yang kelaparan pagi-pagi tu dekat Hentian Genting Sempah. Selepas berhenti dalam 30 minit, kami sambung perjalanan. Bakim yang memandu sendiri. Aku dan Mama penumpang. Huhu...

Untuk sampai ke kolej tersebut, perlulah mengambil persimpangan ke Chenor. Kami melalui banyak sangat ladang kelapa sawit. Yela, nama pun kawasan Jengka. Begitula suasananya. Kami tiba di kolej kira-kira jam 9.30 pagi. Kiranya, tak dela lama sangat perjalanan. Parking kereta dan terus ke dewan untuk pendaftaran.

[sampai je aku soh posing jap (^_^)]

[board tanda arah ke dewan utk pendaftaran]

[siap ada board utk langkah2 pendaftaran]

[sementara menunggu, sempat Aku & Mama snap photo]

Selesai mendaftar, Bakim diberi kunci bilik. Dapat penginapan asrama di Blok Abu Bakar, Bilik 109 Katil 3. 

[leka membaca buku peraturan kolej]

[Mama sibuk berkemas]

[Masa utk bersembang. Ceria je muka Mama.]

Dapat je bilik, tengok katil, locker dan meja belajar. Mama pun sibuk suruh berkemas. Pasang cadar, bersihkan locker dan meja  belajar, susun baju2 dan segala peralatan dan apa-apa yang patut la. Ketika itu, bilik 109 ini ditempatkan 4 orang pelajar. Rakan sebilik Bakim datang dari Terengganu, Pahang dan KL.

Rupanya kawan sekolah SBPI Sabak Bernam Bakim pun ada seorang dapat di matrik yang sama. Mior. Bilik asrama pun dekat-dekat je.

Selepas siap berkemas, tiba masa untuk mendengar taklimat.
Pengarah kolej memberikan taklimat dan keterangan tentang kolej diikuti dengan sesi soal jawab. Harap kolej ini, sesuai buat proses pembelajaran Bakim. Target 4.0 tau, Bakim!

[Dewan tempat berkumpul. Semua tengah khusyuk dengar taklimat.]

Selesai taklimat waris pelajar, kami terus menuju ke Bandar Jengka. Saja jalan-jalan melihat bandar dan kemudahan yang ada. Ada bank, hentian bas, kedai makan, U-Mart dan macam-macam la. Kami singgah makan di sebuah kedai berhampiran hentian bas. Aku makan nasi ayam je. Sedap. Mama dan Bakim makan lauk campur.

Kenyang sudah kami jalan-jalan mencari UiTM Jengka. Siap ronda masuk kampus. Huhu... Seterusnya menghantar Bakim kembali ke asrama. Aktiviti pertama pelajar baru akan bermula jam 5 petang untuk taklimat pelajar. Tapi kami pulang dulu. 

Disebabkan masih awal lagi, Aku ajak Mama melihat seorang kawan yang baru 2 minggu lepas bergelar Ibu. Didi @ Hidayah. Katanya rumah dia dan KMTPh tak brape jauh. Kami pun menuju la ke Sungai Tekam Utara. Sebab tak tau jalan, Aku memandu main redah je. Pusing jalan sana sini. 

Kami tiba selepas sejam pusing masuk Jengka. Entah berapa Jengka aku dah redah. Huhu... Alhamdulillah selepas sampai.

Ni die baby Didi.

[Baby Wi @ Widatul]

Sampai juga aku untuk melawat Didi yang masih dalam pantang. Dapat juga Mommy Aisy tengok Baby Wi.

Jam 4 petang, kami bergerak pulang. Perjalanan sangat lancar walaupun aku mengantuk. Argh!... Mama da keletihan. Tidur. Sampai je KL, jalan jem. Huh! Tak suka! Kami sampai rumah lebih kurang jam 8 malam. Lapar.... Singgah tapau beli nasi lemak + ayam.

p/s: Aisy aku tinggalkan bersama pengasuh merangkap Granny @ Kawan Baik Mama. Bukan tak nak bawak, cuma takut Aisy meragam sebab penat jalan jauh.

-TAMAT-

Thursday, May 13, 2010

ConTest "Tidur Paling Comel" by InfantiaHouse



Mommy Aisy sgt suka nak hantar gambar2 Baby Aisy posing utk masuk contest. 
Kali ini pun sama. Tengokla gaya Baby Aisy tdo. Lena sangat tu.


Nama: Aisy Nur Qairina Binti Mohd Noor Hakimi
Umur: 4 bulan
Tarikh Lahir: 29 Dec 2009
Warna kesukaan: Merah Jambu 

Jom kita join ramai2. Hadiah yg menarik utk direbut.
Keterangan lanjut sila klik Lubuk Kekabu

Friday, May 07, 2010

Baby Funniest Face Contest (BFFC)

Salam

Kali ini saya, Mommy Aisy nak join satu contest anjuran
Ni die contestnya....

Sebenarnya contest ini ditamatkan pada 7 May 2010 (hari ni), tpi owner da extend tarikh tutup smpi 14 May 2010. Sempat la Baby Aisy join. (^_^)

Gambar yg dipertaruhkan


Baby's Name: Aisy Nur Qairina Binti Mohd Noor Hakimi
Mom's Name: Farhana Aqilah Binti Mohd Suffian
Baby's Age: 4 months
(picture taken when Baby Aisy 2 months)

Masa ni baru abis pantang. Esoknya Mommy Aisy nak mula keje da. So, ajak Aisy jalan2 + shopping. Bosan agaknya tunggu muka shopping. Tu yg mcm2 memek muka Aisy Papa snap.


RALAT

PENGUMUMAN!!!



Saya telah bertukar kepada address baru.


kepada


Sila update link blog list anda. Terima Kasih. 
Kerjasama rakan2 blogger sekian adalah amat saya hargai.

Thursday, May 06, 2010

Lets picture do the talking

Saturday, May 01, 2010

Giveaway Birthday Present for My Baby

STICKY MODE
UNTIL 29 DISEMBER 2010
SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY,TQ.


Giveaway Birthday Present for My Baby from Mama Icha


Saya, FaNaQiLa @ mommy Aisy dengan merasa bangganya menyertai 'giveaway' anjuran Mama Icha. Mama Icha sangat baik hati kerana bersedia memberikan hadiah buat baby-baby yang lahir antara bulan April '06 dan Disember '09.
Fuhh....Nasib baik baby Aisy bole join. Sipi2 je lagi. Sebabnya baby Aisy lahir bulan Disember '09.

Orait...Sekarang mommy Aisy nak perkenalkan...

[picture taken last nite: 30.03.2010]

"AISY NUR QAIRINA BINTI MOHD NOOR HAKIMI"

Tarikh Lahir: 29 Disember 2009
Berat: 2.68 kg
Tinggi: 47 cm
Tempat Lahir: Hospital Serdang
Umur Sekarang: 3 bulan
Perkembangan Aisy: Sekarang ini baby Aisy da selalu suka senyum. Sedang belajar untuk bersembang tapi suara macam keluar xkeluar je. Kalau menjerit, suara kuat! Kalah sepupu die yang lain. Siang hari sanggup tahan mata tak mau nak ajak orang sembang. Soon, InsyaAllah baby Aisy pandai golek2. Sebab baru belajar senget2kan badan. So cute!

Ok...Kepada mummy2 yg view & read entry ni, kalau u guys ade baby yg lahir antara April '06 dan Disember '09 Jomla join!

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com