HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Thursday, December 22, 2011

Aisy 2nd Birthday Bash Preparation

Sejak awal Disember ni, Mommy dan Papa sibuk dgn persiapan majlis hari jadi Aisy yg kecil-kecilan nnt. Kepoyoan Mommy terserlah apabila Mommy beriya2 sgt nk buat paper bag sendiri. DIY la konon...

Inilah hasil kerja tangan kami

Bahan2nya: Kertas bungkus nasi lemak, Gam, Riben, Puncher dan kertas label.

Oleh kerana sambutan ni kecil-kecilan saja, jadi kami xbuat kad jemputan pun. Huhu...
Antara persiapan lain yg Mommy dan Papa buat adalah:

1- Tempahan Kek (checked)
2- Menu (checked)
3- Goodie Bags (checked)
4- Snacks Goodie Bags (checked)
5- Decoration and Balloon (checked)
6- Birthday Girl Outfit (checked)
7- Theme Color [RED & GREEN] (checked)

Nanti ade pic ape2 lagi Mommy share ye?


Wednesday, December 21, 2011

It's MY Birthday!

Alhamdullillah...

Mommy masih diberikan peluang hidup di bumi Allah yg fana ini sehingga sekarang (26 tahun sudah!). Terima kasih tak terhingga buat semua yg memberi ucapan dan doa buat Mommy dan keluarga semalam. 20 Disember 2012!!! It's my 26th birthday... Hoyeh!!! Tak sangka terlalu cepat masa berlalu. Sekejap je lagi kita akan melangkah ke kalendar baru, 2012.

Kat bawah ni antara ucapan2 yg dikirimkan di wall FB Mommy, TQ2!










I am officially 26 years old!


Last but not least, tadi opismate baru wat surprise bagi kek ini! Small tapi bermakna. Selama bekerja ni xpenah Mommy dpt kek utk hari jadi dari opismate. Kebetulan pulak sejak semalam dan hari ini ade je makan2 kat opis. Rasa mcm nk raikan hari lahir Mommy pulak (syok sendiri!) Sebabnya ada staff assembly semalam. CEO turun jumpa staff... On my birthday!



Wednesday, December 14, 2011

Business Analysis Foundation Course

Awal Disember hari tu Mommy ada mengikuti Business Analysis Foundation Course selama 4 hari. Menarik sangat course ini. Memberikan input2 berguna utk seseorang yg ingin memegang jawatan sebagai seorang Business Analyst.

Trainer dijemput khas daripada Ireland. Mr Bryan. Seorang lelaki yg agak berusia dan mempunyai pengalaman yg luas dalam memberikan perkhidmatan perunding sebagai seorang business analyst di syarikat swasta, jabatan kerajaan terutamanya dalam industri perbankan. Beliau merantau ke seluruh pelusuk dunia utk memberikan perkhidmatan dan menyampaikan kursus tentang business analysis.

Kursus ini dijalankan di hotel Double Tree by Hilton, Kuala Lumpur. PERTAMA KALI di Malaysia. Wow! Bestnya Mommy jadi sebahagian daripada kumpulan PERTAMA yg mengikuti kursus ini. Oleh kerana kursus ini di KL yg super duper jem itu. Mommy ambil keputusan utk menjejaki KL menggunakan pengangkutan awam seperti biasa. Awal pagi Papa hantar seperti biasa. Transit terus ke stesen Kelana Jaya. Eventho agak jauh utk Papa berulang alik ke Cyberjaya, Papa tetap gigih menjadi REMPIT tegar! Terima kasih Papa! Sebab selalu hantar dan amik Mommy balik keje... Selama 4 hari Mommy ulang-alik Kelana Jaya - Ampang Park, then masa balik Ampang Park - Masjid Jamek - Bukit Jalil!

Buat pengetahuan sape2 yg lama xnaik LRT, sekarang di stesen Masjid Jamek da xpayah susah2 nk beli tiket or touch kad T&G tu... Terus je menuju ke stesen sebab sekarang sistem RAPID sudah berintegrasi antara satu sama lain. Improvement! Congratz RAPID!

Ok2, kita berbalik kepada kursus itu! Jika dinamakan kursus, semestinya akan ada sesi DUDUK DAN DENGAR (SIT AND LISTEN) yg mana semua tahu boring! Tapi xdela sangat utk course ini walaupun ade ketika mata Mommy ni kuyu dan siap bole mimpi2... huhu... (kursus ape gitu nyah!) Kesemuanya ada 14 topik yg perlu Bryan cover dan terangkan kepada kami. Lupa bgitau, kami adalah sejumlah 15 orang je. Kecil je saiz kelas kali ini. Sebab itu kami lebih akrab dan sporting! Even bercampur bangsa Melayu, Cina, India, pelbagai peringkat umur antara 23 hingga ke 60++ tahun. Atau berbeza pangkat daripada Junior Executive hingga ke HOD hingga ke Managing Director. Kami tetap sekepala! Yeah! Xsangka jumpa mereka semua dalam course ini. So SPORTING!

Sepanjang kursus ini, banyak jugak team work yg kami lakukan. Mommy satu kumpulan dgn Chii Wee (from VADS Berhad) dan Zuraidah Gorgeous (from TNB Berhad). Kami adalah wakil kumpulan 1! Bryan pun sangat sporting. Ikutkan saja kerenah peserta kursus ini. Dengan yg datang lambat, yg kerap keluar ke toilet, yg keluar minum sebelum waktunya... Huhu...

Soal makan...Kalau da kursus di hotel, makanan mestila best! Kami semua dapat mkn di 2 restoran di Double Tree ini. Makan Kitchen (Malaysian Local Cuisine) dan Tasco (Italian Food). Ada serba sedikit gambar yg Mommy nk share nnt. Tunggu!

Kesimpulannya, kursus ini sangat sesuai utk mereka yg bekerja di organisasi yg berasaskan ICT dimana mereka membina sendiri aplikasi utk kegunaan syarikat sebagai sumber hasil pendapatan. Business Analyst akan menjadi Project Manager utk mengenal pasti keperluan2 pengguna sistem terbabit dan diaplikasikan ke dalam sistem yg bakal dibangunkan oleh IT Department.

It's December!!

Salam!

Oh! It's December already. Cepat sangat masa berlalu. Pejam celik sudah hampir sebulan Mommy di Seri Kembangan. Alhamdulillah! So far so good. Learning process will still on and on...  All about ISMS, Information Security, Access Control, Password Management, Cyber Crime and other related. Research and reading that may required high level and depth understanding need more self concentration. Okla! New life with new environment.

Hujung2 tahun ini, banyak sangat training yg perlu Mommy attend. Basic/ Essential training jugak utk memudahkan tugasan harian di opis. Disebabkan kesibukan menghadirkan diri ke training2 hujung tahun, hampir lupa Mommy utk menganjurkan "AISY Birthday Giveaway". Betul2 terlupa. Xpe, masih sempat. Mommy akan buat 1 entry khas utk giveaway ini ye? Tunggu....

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com