HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Monday, January 30, 2012

Remy Ishak muncul di AJL26




Wow! Tak sangka Abg Remy akan muncul pada AJL26. Seperti yang kami (Remy Ishak Fc) harap2kan, muncul juga Abg Remy memberikan gimik kepada persembahan Alyah. Mungkin ada sesetengah pihak yang bertanya, nape mesti ade Remy Ishak?

Pada peminat Abg Remy, lagu Kisah Hati - Alyah ini sudah sebati dengan Abg Remy. Bila dengar je lagu ini, secara automatik akan terbayang wajah macho hensem Abg Remy! Alhamdulillah, gimik tersebut membawa kejayaan kepada Alyah apabila menang Persembahan Terbaik. Terrrrrrbaaaaaaaek!

Keputusan keseluruhan malam itu:
Persembahan Terbaik - Alyah (Kisah Hati)
Vokal Terbaik - Hafiz (Awan Nano)

Tempat Ketiga - Faizal Tahir (Karma)
Tempat Kedua - 3 Suara (Beribu Sesalan)
Tempat Pertama - Hafiz (Awan Nano)

Tahniah kepada semua pemenang. Keputusan pada tahun ini ok, puas hati. Sangat puas hati. Juri-juri pun adil dan faham kehendak dan pendapat peminat muzik tanah air kita. Kesimpulannya, AJL26 memang best. Persembahana semua MANTOP! Saingan pada malam ini sangat2 SENGIT! Semua lagu2 yang menang pula memang lagu2 kesukaan Mommy dan Aisy! Aisy pun pandai nyanyi tau. Jangan tak caya!

P/S: Xsabar nk tonton semula persembahan Alyah di tonton.

Sunday, January 29, 2012

Dulang Berkaki UNTUK DISEWA



(Dulang ini yang digunakan ketika Majlis Nikah Mommy dulu)

Dulang diatas ini adalah simpanan peribadi Mommy sekeluarga. Daripada tersimpan tidak dipakai, adalah baiknya Mommy sewakan kepada kawan2 yang memerlukan.

Semuanya ada 13 UNIT. Mommy sewakan RM9 untuk setiap unit.
Kalau nk sewa 10 unit, RM90 semuanya. Mana yang nk sewa banyak Insyaallah harga bole dirunding.

Jika ada sesiapa berminat, bole email kepada Mommy:
fanaqila.suffian@yahoo.com

Sertakan butir2 dibawah juga ye?
* Nama & Contact No.
* Bilangan Dulang diperlukan
* Tarikh ambil dulang
* Tarikh Majlis

Mommy prefer mereka yang duduk di area Lembah Klang sahaja ye!

Selamat menyewa!~

Kain Pasang SULAM INDONESIA

Salam!

Mommy nak promote sket ni, sekarang Mommy agak sibuk dengan ambil order kain-kain pasang sulam daripada Indonesia. Jika ada yang berminat, bole singgah ke FB Page ini, AnaliaForYou.

Jom kita tgk antara design2 yang ada.

 SULAM BUNGA TULIP

 SULAM KEPALA PENITI

 SULAM MANIK

 SULAM SUJI CAIR

SULAM SUJI TIMBUL CHIFFON

Soal harga, jangan risau. Harga yang Mommy tawarkan memang murah berbanding harga pasaran. Akan tetapi kain pasang ini adalah PRE-ORDER. Ambil masa dalam 4 minggu untuk kain siap dan tiba sebelum Mommy deliver kepada customer. Order dibuat direct daripada kilang di Indonesia.

Kalau berminat nk order jangan segan2 ye. Kalau nak cuci-cuci mata pun bole, singgah jela ke FB Page AFY.

See ya! Nite!

Sebulan Berlalu

Bismillahirahmanirahim...


Salam semua!
Fuh...Lamanya Mommy meninggalkan belog ini. Diam tak diam da hampir sebulan kita melangkau ke tahun 2012. Sekejap sangat masa berlalu. Kan? Kan?

Banyak sangat perkara yang berlaku, baik manis segalanya. Terlalu banyak cita-cita Mommy tahun ini. Itu ini, sana sini. Semua nak, semua nak buat. Segalanya perlukan perancangan yang baik dan teliti. Tetapi Mommy seakan2 tidak sabar. Rasa seperti mahu segala2nya cepat terlaksana. 

Hari pertama 2012, kami sekeluarga ke Seremban menghadiri majlis perkahwinan sepupu sebelah Mama. Tahniah buat Keena dan Imran!
Sedikit snapshot ye?

 Kek dan Cupcakes utk pengantin
 dalam tema Green Garden

 Dekorasi pelamin

 Pelamin yg GAH tersergam dalam dewan

 Tak ketinggalan Aisy nk pose depan pelamin

Pasangan pengantin sedang di tepung tawar (sepupu sy pasangan yg kanan ye?)


Hmm...Sebagai permulaan 2012, sebagai pekerja syarikat semi-kerajaan Mommy telah ditugaskan untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia Trustmark Team (keterangan lanjut akan Mommy maklumkan) dan juga sebagai Quality Assistant untuk department bagi menjaga segala documentation dalam department. Terlalu banyak yang perlu Mommy belajar disini.Semoga Mommy tabah dan kuat serta sentiasa bersemangat untuk menyahut semua cabaran kerja ini. Chiyok!

Okla, minggu pertama 2012 Mommy dan Papa terpaksa melaburkan RM1,300 untuk Cik Bibah. Nak dijadikan cerita 2 daripada rim original beliau telah pun bengkok. Tayar pun botak sebab belum pernah berganti yang baru. Selalu ganti yang second hand je. Sebab tak nak membazirlah katakan. 
Kami tukar di Taman Putra Ampang setelah menggoogle segala informasi dimana kedai rim yang murah di Lembah Klang. Harap tidak tertipula kan?

 Papa pilih rim yang ini, OK x?

 Antara koleksi rim yang ada. Ni kat bawah je. Kat atas ade banyak lagi. Rambang mata nak pilih.

Inilah kedai tersebut. We Automobile. Banyak iklan2 mereka di Mudah.my. Bole google je.

Lain2, Mommy juga sangat sibuk dengan persiapan perkahwinan adik Mommy yang Angah tu. Tempahan kad jemputan, andaman bertandang, goodie bag dan macam2la. Insyaallah, bulan May ini akan langsung jika tiada aral. Mommy doakan yang terbaik dan segalanya berjalan dgn lancar.


Wednesday, January 04, 2012

Semangat Tahun 2012

Assalamualaikum...

Rasanya belum terlambat utk Mommy ucapkan,




Lama sungguh Mommy telah meninggalkan belog ini. Banyak sangat catatan yg tertinggal dan hanya tersimpan dalam minda dan ingatan Mommy. Maafla, Mommy sibuk sangat berbisnes itu ini. Bercita-ciat menjadi wanita bekerjaya yg ade small bisnes sendiri. Inilah jadinya. Belog ketinggalan, tanpa update. Huhu...


Sempena tahun baru 2012 (bersempena birthday Mommy 20 Dis tau), Mommy rasa satu kelainan. Semangat. Bersemangat untuk memperbaharui segala2nya. Kerjaya, bisnes, tempat tinggal, cara hidup. Segala2nyalah. Supaya berhijrah ke suasana yg lebih positif dan baik!

Rasanya azam Mommy tahun lepas untuk mendapatkan perkerjaan baru dan lebih baik telah tercapai. Alhamdulillah. Kerja sekarang lebih ringan, lebih fleksible dan lebih memenuhi keperluan Mommy sebagai seorang ibu, isteri dan anak. Semoga tahun 2012 membawa lebih kebahagiaan buat Mommy dan keluarga serta orang2 sekeliling.

Tahun ini azam Mommy, agak banyak kot dan lebih materialistik. Macam teruk bunyinya. Tapi xpe, bukan azam sebenarnya, kerana ianya adalah wishlist. Huhu... Perempuan kan? Biasalah. Semua benda pun nk.

Azam Mommy 2012
1- Bekerja bersungguh2 dan lebih tekun untuk mendapatkan status PERMENANT staff
2- Berikan Aisy adik (Aisy kata nk Baby Boy!)
3- Hidup berdikari dan saling melengkapi dlm keluarga kecil kami
4- Teruskan berbisnes sehingga ada perniagaan berdaftar

Wishlist 2012
1- Melengkapkan peralatan rumah yg bakal kami pindah nnt (Insyaallah bulan Mac)
2- Camera baru, lagi best kalo DSLR
3- Tukar ke HP baru maybe
4- New gadget, iPad or laptop
5- New car (Teringin nk owned Sedan car sebab nnt nk tmbh bilangan ahli keluarga)
6- Owned home boutique

Ok, enough first. Nnt kalo mengarut panjang, makin panjang list Mommy, makin banyak yg xtercapai nnt. Hope Papa sudi menyokong azam dan wishlist Mommy!

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com