HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Friday, June 17, 2016

Mommy Aisy masih disini

Assalamualaikum...

Lamanya la blog ni ditinggalkan sejak terlalu aktif dgn Facebook dan Instagram. Bukan melupakan blog Mommy Aisy ni, tapi serius asyik tak sempat je.

Hari ini, 17 June 2016 (Jumaat)! Salam Pagi Jumaat semua. Ramadhan ke 12, sekejap je da hampir separuh Ramadhan berlalu. Tak lama lagi Aidilfitri tiba.

Tahun ke 8 Mommy beraya sebagai seorang isteri. Sekarang anak pun da tiga, TheAisys (Qairina, Qisya dan Qhalil) 3 tau! Ye, akhirnya dpt jgk baby boy...  😁

Kehidupan sekarang masih seperti biasa, bekerja dan bersama anak2. Tapi ditambah lagi dgn satu lagi komitmen. Bermula March ritu, Mommy seorang student jgk. Sambung MBA di UiTM Shah Alam.. Alhamdulillah... Ada rezeki nak sambung belajar dan menimba ilmu pengetahuan di samping pengalaman baru. Cuma nya, cabaran nya tak tahu nak kata. Sangat mencabar. Baru sem 1, da mcm2 Mommy lalui. Doakan Mommy terus kuat dan tabah nk habiskan MBA ye. Target grad 2018 ni. Harap semuanya dipermudahkan Allah SWT.

Online Business? Itu Mommy masih aktif dgn AnaliaForYou. Search je kat Instagram, AnaliaForYou. Jumpa lah nanti. Sekarang fokus jual gaun dan dress gegurl yg super cantik. Sampingan pun ada jgk. Mcm2... Produk Jamu Susuk Dara, Catalyst, Shaklee, Tupperware..

Wassap 0129057309 kalau nk order tau.

Rasanya lepas ni, blog ini Mommy akan jadikan tempat utk Mommy luahkan perasaan. Kang cerita kat orang, dikatakan mengadu atau canang cerita. Simpan sendiri, sakit oooo.... Sakit sgt masalahnya. Jadi, di sini jela ye.

Nanti sambung lagi, dok hadap jalan jem ni. Daa....

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com