HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Monday, June 15, 2009

Tak de surau? Solat Qada'

Salam...

Rini aku memulakan assignment IA ku di sebuah syarikat yg mengeluarkan CD Audio yg terletak di Shamelin Perkasa utk 14 hari seterusnya. Hmm.. ari pertama aku kat cni nmpk cam ok. Just ok. Tp satu yg aku sedikit tak puas hati. Surau xde. Dan baru aku tahu rupanya staf melayu di sini hanya 2 orang. Dan diorg kata selalunya diorg solat kat rumah sbb rumah dekat. Aku cam ne? Takkan nak qada' sembahyang ari2? Nak aku sembahyang je kat bilik ni bole je. Tp karpet ngan lantai die nmpk kurang bersih dan aku kurang yakin. Macam client Seri Kembangan tahun lepas, aku selamba je solat kat Board Room die. Tp di sini? Aku bingung. Akan aku usahakan.

Jadi dengan itu, aku akan kongsikan dengan kalian tentang Solat Qada' yang ku extract daripada Soleh.Net...


"Siapa yang makan cili, dia lah yang merasa pedas. Mungkin ada yang terasa bila aku menulis tentang hukum meninggalkan solat." (sama seperti aku, aku juga sudah terasa pedasnya)

Tujuannya tidak lain tidak bukan, hanyalah sebagai pengingat (tazkirah) kepada diri sendiri dan para pembaca Soleh.Net yang dirahmati Allah s.w.t sekalian.

Solat qada’ ialah solat yang dikerjakan selepas keluar dari waktunya.

Hukum qada’ solat
Meninggalkan solat fardhu atau melengah-lengahkannya
tanpa apa-apa uzur hingga terkeluar dari waktunya adalah berdosa besar, dan wajib diqada’kan solat itu.

Para ulama menghukumkan wajib qada’ solat bagi orang yang meninggalkan solat dengan sengaja berdasarkan kepada orang yang ada uzur syar’ie diwajibkan qada’ solatnya oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi orang yang tiada keuzuran syar’ie sudah tentu lebih-lebih lagi wajibnya.

Tetapi dosa itu pula tidak terhapus dengan qada’ semata-mata, mestilah disertakan dengan bertaubat kepada Allah s.w.t.

Seseorang yang meninggalkan solat fardhu pada waktunya kerana sengaja, maka wajiblah dia qada’ solatnya dengan segera.

Solat fardhu yang tertinggal kerana uzur seperti tertidur atau terlupa yang bukan kerana kecuaian maka sunat disegerakan qada’nya.

Maksud kecuaian di sini ialah seperti tidur dalam waktu dan lupa yang disebabkan oleh leka dengan perkara-perkara yang tidak dituntut oleh syarak.

Menurut Ibnu Haja al-Haitami,

Orang yang meninggalkan solat tanpa uzur, WAJIB menggunakan seluruh waktunya untuk mengerjakan qada’ solatnya kecuali waktu untuk menguruskan hajatnya yang wajib yang tidak dapat dielakkan, seperti tidur, buang air, mencari nafkah, dan sebagainya.

Haram baginya mengerjakan solat sunat sebelum diqada’kan solatnya.

Tetapi menurut Habib Abdullah al-Haddad pula,

Orang yang meninggalkan solat tadi diberi kelonggaran untuk mengerjakan qada’ solat fardhunya mengikut kemampuan dan kelapangan masanya, tanpa memberatkan dan tanpa pula meringan-ringankan kewajipan qada’ itu sendiri.

Kemudian Syed Abdul Rahman Balawi telah bersetuju dengan pendapat Habib Abdullah al-Haddad, dengan berkata,

Inilah pendapat yang terlebih utama berbanding dengan pendapat para fuqahak yang mewajibkan orang yang meninggalkan solat tadi menggunakan seluruh waktunya untuk qada’ solatnya kecuali waktu untuk menguruskan hajatnya yang wajib.

Beliau berkata demikian kerana pendapat para fuqahak tersebut amat membebankan sekali.

Cara Qada’ Solat
Adalah diwajibkan mendahulukan qada’ solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat tunai (solat pada waktu) sekiranya tidak dibimbangi habis waktunya.

Tetapi sekiranya solat qada’ yang ditinggal itu adalah kerana uzur maka hanya sunat sahaja mendahulukan qada’ daripada tunai.

Adalah diwajibkan juga mendahulukan qada’ solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat yang ditinggalkan dengan uzur.

Begitu juga wajib mendahulukan qada’ solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat sunat rawatib tetapi sekiranya solat qada’ yang ditinggalkan itu kerana uzur maka hanya sunat sahaja mendahulukan solat qada’ daripada solat sunat rawatib.

Kemudian lagi disunatkan qada’ solat itu menurut tertib waktu solat seperti diqada’kan Zuhur sebelu Asar, dan begitulah seterusnya.

Malahan tertib itu sunat dipelihara walaupun waktu-waktu qada’ solat itu diselangi atau terputus oleh tempoh masa yang lama.

Walau apa pun, ingatlah - hutang WAJIB dibayar. Wallahu a’lam.

~Buat renungan dan peringatan buat kita bersama~

Friday, June 12, 2009

Aku dah kawen rupanya. Cam xcaya!

hi..salam sume..
diam xdiam da sebulan lebih aku bergelar isteri orang..huhu...xcaya sebenarnya. rasa cam mimpi pun ada..sori sbb lama xupdate blog ni. bz la..sll online friendster je..nnt bila aku free aku akan upload gambar2 sepanjang majlis perkahwinan ANAMY berlangsung ye? bukan tamau upload skrg tp file besar sgt la..nak edit gambar byk giler..

okla, mesti skrg korang byk nak tnya...
yela, soklan common utk org yg pas kawen cam aku ni..
contohnya;
1) da g honeymoon ke blm? kat mane?
2) cam ne skrg da hidup di alam kawen?
3) ui, da de isi ke blm?
4) dok mana skrg lepas kawen?
5) pe masakan 1st utk husband? (ni pun ade gak yg tnya...mcm2)

tula..antara soklan yg sll aku dapat...

ade gak yg xdpt dtg, then pas majlis aku diorg pun sms xpun comment friendster...
a) sorry beb, masa majlis ko aku jln g bandung r..ko xinform awal2.
b) sori akak xdpt dtg..byk kenduri sama ngan fara
c) aku kirim hadiah kan, aku xdpt dtg sbb sepupu aku kawen la..
d) akak, sy mintak maaf xdtg. bukan ape, xde kawan la. segan nak g mjlis masa tu.

huish..mcm2 jwapan beb..aku terima jela..tak pe. tak kisah pun. yg penting korang sume igt aku da kawen.

buat blogger yg kenal aku b4 aku kawen, sori guys sbb xjmpt. bz sgt smpi lupa nak jmput n upload kad jemputan kat cni. al maklum la outstation...sori k?

anyway, pape pun aku nak say thanks kat sume kawan2 SMK Puchong Perdana aku yang sudi hadir....Ayin (merangkap pengapit), Zura, Rozita, Hazira, No'ok (sanggup balik dr Ganu), Saliza, Ayu, Yanti (sanggup turun dr Sabah), Nini (berkampung kat umah aku), Hafiz, Shahril, Nazri, Abg Hafiz and sume la yg dtg. nak sebut nama sorg2 penuh lak post aku ni.
tak lupa kawan2 masa KMKN, Sallie, Ira, Bina, Kak Najah, Rafidah, Wan Malini, Leya..
kwan2 UUM gak, Dena, Hasliza, Hana, Ina Busuk n ramaila..
opis mate gak...my boss n my collegue

THANKS U ALL

buat makcik2 n pakcik serta keluarga dekat n jauh tersayang. thanks sbb da bersusah payah merewang bg menjayakan majlis perkahwinan aku dan suami.

~LOVE U ALL~

Muahx!

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com