HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Tuesday, June 08, 2010

Cerita, cerita dan cerita

Cerita 1 - Port Dickson

Percutian hujung minggu sempena Hari Wesak ke Port Dickson. Kami menginap di Palm Springs Resort City. Buat pertama kali bawak Aisy g bercuti dan jalan2. Berkumpul beramai2 lebih kurang 10 keluarga. Cuba bayangkan betapa kecoh dan gamatnya suasana kami sekeluarga disana.

Jom layan gambar.
Otw ke PD

Baru je sampai. Mommy & Papa punggah barang. Aisy landing..

Pose jap depan cermin.

Loving couple

Aisy mandi kolam. Action je dalam pelampung tu.

Aisy & Papa

Us

Jalan2 di Teluk Kemang

Posing gumbira dari Aisy & Papa

Bergambar sebelum check out

Manisnya senyuman Aisy


Lepak kat tepi pantai

Amboi...Siap landing (Aisy & Izz)

Papa & Mommy

Otw balik. Happy!

Cerita 2 - Pergi tak kembali

Tiga hari selepas balik bercuti beramai2 di Port Dickson, kami dikejutkan dengan berita kemalangan si kecil Dhani pada hari Rabu, 02 June 2010. Kemalangan yg tidak diduga dan disengajakan. Seluruh keluarga Miskom kesal dan bersedih selepas mendengar keputusan doktor bahawa Dhani yg berusia 1 tahun 3 bulan tidak dapat diselamatkan. 

Kecederaan teruk pada kepala menjadi punca kematian. Jenazah selamat dikebumikan pada pagi Khamis, 03 June 2010 yg lalu. Sepi menyelimuti keluarga kami. Pemergian si kecil Dhani adalah kehilangan kedua selepas pemergian Arwah Abah. Juga disebabkan kemalangan dan kedua2 mengalami "Severe head injury". 

Atok dan nenek serta Cik Ina kelihatan sedih dalam tenang. Mereka asyik bercerita tentang tragedi yg berlalu. Tiada siapa yg tahu tragedi seperti ini akan berlaku pada keluarga kami. Sedih. Pilu. Semoga Allah mencucuri rahmat buat Arwah Dhani. Dan semoga arwah ditempatkan bersama golongan anak2 yg soleh. Mungkin tempatnya di syurga Allah. Amin.

Al-Fatihah buat si kecil Mohd Dhani Benzema.

Kenangan terakhir bersama Arwah Dhani
(3 hari sebelum kejadian)

Cerita 3 - Kelahiran

Pada hari pengebumian Dhani, jiran ku Kak Jue yg lebih seminggu over due kandungannya akhirnya selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.3kg secara normal di Hosp Serdang, jam 12 tghari. Nama diberi, Mohd Zarfan bin Mohd Hadidi. Muka sebijik macam abg yg sulung. Hadif. Jom tengok baby!

Baby Zarfan (2 hari)

Hadif (50 hari)

Cerita 4 - Viva disondol

Jumaat, 04 June 2010. Aku merancang melawat Kak Jue di Hosp Serdang pada masa lunch utk menziarah Zarfan yg baru lahir. Otw ke sana dari Bangi menuju ke Hosp Serdang. Tak jauh mana pun. Tapi nak jadi kes, sebelum aku amik exit masuk ke SKVE, Viva disondol oleh sebuah Wira TAF xxxx. Aiyak!

Nampak macam xde pape. Tapi agak terjatuh sket bumper belakang Viva. Sensor pilak da tersembol keluar. Mujur Viva tidak meluncur ke depan dan mencium MyVi kat depan tu. Kalau tidak lagi naya.

Aku bernasib baik jugak sebab brother tu ngaku salah die. Sebabnya Wira yang dipandu "brek tak makan". Dalam kepanasan tengahari tu, kami bertukar no hp utk dihubungi kemudian.

Sabtu, suamiku menghantar kereta ke workshop utk ditouch up, diketuk, dicat semula. Huhu...RM400 jugak. Kereta da berbelak. Malam tadi baru siap. Jadi brother yg langgar tula bayar. Cian jugak tapi nk wat cam ne. Tak pe, brother tu pun ok. Baik orangnya. Siap minta maaf bagai. Aku teringat ayat dia malam tdi.

"Lepas ni kita janganla jadi musuh, kita jadi kawan la. Keep in touch ek!" Itulah kata2nya pada suamiku. 

Cerita 5 - Aktiviti Hujung Minggu
Kami menghadiri Majlis Kenduri Kahwin seorang sahabat. Adzha dan Adila. Mama dan Adik pun ikut juga. Sebab Mama pun kenal Mak Adzha. Tema majlis pink color.

Bergambar kenangan bersama kawan2 yg turut hadir

Selepas menghadiri majlis ini, kami bergegas ke Hulu Langat. Satu famili nk melawat Hadif dan adik die, Zarfan.

Hadif selalu saja confuse. Dia panggil Zarfan, Aisy. Asal tnya je. "Hadif, apa nama baby?" Jawabnya, "Aisy". hehe...Nmpknya Aisy ni adik first die. Zarfan adik kedua. haha....

Masa kedatangan kami, aku mengajar Aisy menyebut Zarfan. "Hadif, apa nama adik?" Kataku. Dia diam. Aku ajar. "Zarfan". Hadif cuba mengikut, "Papan". Kahkah!

Pecah berderai suara kami ketawa besar.

Sebelum bergerak balik, kami singgah ke Sungai Congkak. Bawak Aisy rasa sejuk air sungai. Meh, nk share telatah Aisy dan Papa.








 Wahaha! Seronok dapat bawak Aisy rasa air sungai.

Itulah cerita kami. Keluarga Anamy.

2 komen:

Mama Mya said...

Comel sungguh baby aisy.. Geram tengok badan dia yg berketul2 tue.. Eee sgttttt kuit.. mcm mommy dia... :)

Mommy Aisy said...

Hai..Tula, bdn baby aisy memang berketul2. tu blm mkn bubur nasi n nestum. baru susu formula n susu bdn je. huhu...xpe2, yg pntg aisy sihat.

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com