HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Thursday, July 21, 2011

BARU

Bismillahirahmanirrahim....

Alhamdulillah...

Azam Mommy untuk mengubah ke rutin kehidupan baru peringkat pertama tercapai. Mommy berjaya mengubah haluan daripada KL ke Subang Jaya. Daripada 8.30pg - 6.30ptg ke 8pg - 5ptg. Akhirnya, harap sangat perubahan ini tidak memberi masalah yang banyak untuk  Mommy menjadi kehidupan sebagai isteri dan ibu.

Walaupun perubahan ini tidak dapat membuatkan mengelak daripada outstation, Mommy tetap bersyukur. Semoga Allah murahkan rezeki Mommy disini. From one CASB to another CASB. Aishh....!~ Mommy mengharapkan permulaan yang baik disini. Dengan suasana baru, kawan baru, tugasan baru (walaupun tugasan asas tetap sama), boss baru, gaji baru, lokasi baru, laptop baru dan macam-macam la baru. Hehe...

Hari ini, genap 5 hari bekerja Mommy di CASB baru. Tidak banyak yang boleh Mommy kongsikan. Sekarang Mommy masih didalam tempoh belajar, memahami dan mengenali proses dan konsep bekerja disini. Tugasan yang bakal Mommy jalankan telah di terangkan. Medan? Vietnam? Nusajaya? Taiping? Miri? Bintulu? Antara lokasi yang bakal Mommy pergi... Cuba nak elak, macam susah. Dugaan lagi... Harap dapat lalui ini semua dengan tenang dan tabah. Demi kerjaya dan mencari rezeki.

Oh, ade lagi 1 'baru' yang Mommy nak kongsi. Semalam Mommy da nampak gigi baru Aisy. Nak tumbuh gigi yang ketujuh (7). Gigi bahagian bawah, sebelah kanan. Patutla dua tiga hari ini Aisy asyik meleleh je air liur. Rupanya nak menambah gigi.

Okla, sambung nanti. Mommy nak sambung menganalisa data yang telah diekstrak pagi tadi. Accounts Payable process watch out!~

0 komen:

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com