HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Tuesday, July 29, 2008

^HiLanG^

Semalam...
Aku kehilangan sesuatu yang paling aku sayang selain famili tercinta.

Hari ini...
Aku masih kehilangan dan akan terus kehilangan.
Tetapi aku masih menanti.
Dengan penuh harapan.

Hari ini...
Hati ku sepi.
Kerana kehilangan.
Selama hampir 10 tahun aku jaga, aku semai, aku abadikan, aku korban, aku pertahankan...
Namun, kini aku masih sepi.

"Sepi sekuntum mawar"

Aku sekarang hanya mampu menanti. Tanpa berharap apa2.
Kerana, jika aku berharap harapan ku akan terbang tinggi.
Tinggi setinggi2nya.
Dan, jika harapan hanya tinggal harapan...
Aku akan jatuh rebah dan mati dalam harapan dan anganku.

Hmmm....

Aku buntu...
Aku bingung...
Aku lupa siapa diri aku kerana nya.

Aku hilang dalam diri ku sendiri..

Sedih...

Kehilangan...

Sunyi...

Merana...

Mati...

Friday, July 25, 2008

^HuKuM NiKaH^

22 Julai yang lalu aku menerima email daripada admin MasKahwin.com.

Berkenaan dengan Hukum Nikah. Jadi, aku ingin kongsi kan hukum ini dengan semua sebagai peringatan bagi yang da pernah tahu or sebagai panduan bagi yang baru je tau.


Bernikah hukumnya jaiz ( boleh ), ini adalah asal hukum. Kemudian datang sesuatu penyebab yang menyebabkan hukum lain wajib, sunat, makruh dan haram.

Wajib ----------------Berkahwin hukumnya wajib bagi orang yang sudah berkeinginan untuk bersetubuh ( Ta'iq ) sedang padanya ada kemampuan dan belanja yang cukup untuk berkahwin. Dia kuatir sekiranya tidak berkahwin dia akan terjerumus dan berbuat yang dilarang oleh Allah.

Sunat ----------------Bagi orang yang ada keinginan untuk bersetubuh dan ia mempunyai perbelanjaan cukup untuk menanggung biaya perkahwinan dan nafkah keluarga, namun ia tidak kuatir dirinya terjerumus kepada perbuatan maksiat kerana ia leka beribadah dan kuat imannya. Namun demikian ia sunat berkahwin ( kahwin adalah lebih utama baginya ).

Makruh ----------------Hukum makruh terbahagi dua :

Bagi orang yang tidak mempunyai keinginan untuk bersetubuh dan tidak mempunyai perbelanjaan untuk menanggung nafkah keluarga dan biaya berkahwin.

Makruh juga berkahwin bagi orang yang mempunyai perbelanjaan namun ia tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin ini disebabkan kerana padanya ada penyakit seperti lemah zakar ( mati pucuk ) atau orang yang sudah uzur ( berusia lanjut ).

Haram ----------------Haram berkahwin bagi orang yang berniat hendak menyakiti, membalas dendam atau mencederakan wanita yang dikahwininya.

Bagaimana pula jika seseorang mempunyai keinginan untuk bersetubuh tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk belanja kahwin dan sara hidup?

Mari kita sama-sama fikirkan....

Monday, July 07, 2008

"Associate Consultant"

Salam...

Alhamdulillah...Bersyukur kepada Allah Yang Maha Esa lagi mengasihi hamba2Nya...
Aku hari ini telah memulakan kerjaya pertama ku selepas tamat pengajian sebulan yang lalu. Aku kini bergelar Associate Consultant di sebuah syarikat yang teletak di sekitar KLCC.

Pada mulanya aku agak2 ragu2 untuk menerima tawaran daripada syarikat ini kerana jauh dari rumah. 60km terpaksa aku ulang alik dalam sehari. Akan tetapi memandangkan aku telah bersama syarikat ini selama 6 bulan sepanjang menjalani praktikal, aku fikirkan kembali untuk menerima tawaran tersebut. Hmm...Tapi aku terpaksa bersama syarikat ini selama 3 tahun. Kontrak. Dush! Berdebuk sekali. 3 tahun tak boleh berhenti atau bayar pampasan RM 25,000. Kuikuikui...

Hmm...Tu je nak cerita..

Tahniah buat ku yang akhirnya telah memasuki dunia kerjaya. Yihiii...
Terima kasih buat En. Mohd Noor Hakimi sebab menghantar aku ke pejabat pada hari pertma aku bekerja. Maceh sayang....!!!

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com