Mommy! BACA.
Tula selalunya laungan Aisy kepada Mommy bila dia nak baca buku tentang binatang hadiah sempena birthday Aisy dulu daripada Aunty Ayu. Walaupun hadiah lambat dapat, tapi Aisy suka sgt sgt! Hari-hari nak baca.
Setiap kali Mommy bacakan buku, berhenti habiskan perenggan Aisy mesti gelak... Hehehehe.... Comel!~ Tapi setiap kali baca buku, Mommy banyak ajar Aisy mengenal binatang. Cuma yang tak best Mommy ajar campur-campur bahasa. Sekejap English sekejap Bahasa Melayu. Aiyak! Bukan apa. Ada sesetengah perkataan Aisy tak pandai sebut. Jadi Mommy ajar la mana yang Aisy senang sebut. Sebagai contoh:
1- CAT - KUCING - MEOW [Bila nampak kucing Aisy akan sebut salah satu ni. Takpela sayang. Janji awak kenal]
2- Aisy panggil RABBIT instead of ARNAB.
3- EMBOK instead of LEMBU dan EMBEK untuk KAMBING.
4- FISH instead of IKAN.
5- BIRD instead of BURUNG.
6- Dan lain2 ---> BEYAYANG (belalang), AYAM, ITIK, YAYAT (lalat), MAMOK (nyamuk), KUDA, DOG, LION, FOX, FROG, POKOK, FLOWER, LAUT, TASIK.
Seronok dan sejuk je hati bila anak da mula mengenal semua yang ada disekeliling dia. Ahli keluarga, barang, pakaian milik siapa. Sudah mula faham. Bila ada orang marah, dia akan mengadu. "PAPA MAYAH" sebagai contoh. Selain tu, nak makan sendiri. Tu yang tak tahan nak layan. Lebih banyak nasi lantai yang makan daripada masuk mulut sendiri. Aishh!~ Aisy... Aisy...
Bila nak berjalan ke mana-mana. Aisy akan kata "Mommy! Jom!" Naik je kereta mata Aisy melilau sana sini. Mommy! Yoyi! Erk...Ape ek? Ooo LORI. Mommy! Van! Mommy! Kete! Mommy! Bash! Cute sgt...
Sebutan 'S' Aisy tak berapa nak betul. Ada pelat sket2. SUSU jadi SYUSYU. Kalau KASUT, sekejap TATUT, sekejap KASYUT. Paling tak tahan kalo sebut FOX dan PHONE. Macam sleng mak saleh...
Apa2 pun sayang Mommy tetap berbangga dengan awak. Setahun 7 bulan awak da kenal semua ni. Mommy suka! Sayang Aisy.
Harga Terbaru Produk Vken 2015
9 years ago
0 komen:
Post a Comment