HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Monday, February 16, 2009

Bateri Viva Kong

Pagi ahad yang lepas sewaktu aku sedang nyenyak tidur...
Mama sibuk nak g kedai, carik brekpes n beli surat kabo.
(yela..da anak2nya sedap tido. hehe)
Dalam tido aku perasan yang Mama mula2 amik kunci Avanza, tapi agaknya pastu Mama perasan yang Viva park kat luar, Mama pun amik kunci Viva. (dlm tido pun aku sedar, teror x?)

Tak smpai 2 min Mama masuk balik.
"Long, nape dgn kete ko tu? Xbole stat." Mama bersuara panik.
Aku yg masih nak tido terus jaga. "Nape Ma?"
Aku dan Mama bergegas keluar tengok Viva.
Memang tak bole start. Hua!~
"Long, gla kejutkan Angah. Soh die tengok".
Aku masuk umah berlari2 mendapatkan Angah yang sedap tido.
Siap kena marah lagi sebab kejutkan dia pagi2. Geram.
Tapi dia bangun jugak. Hehe...
Angah dengan muka penyek baru bangun tido tengokla Viva jap.
Rupa2nya bateri kong. Hampes!~

Semalam punya sehari suntuk kitrg jalan naik Viva, g Klang, Meru, Shah Alam. Pagi ni bole lak bateri kong. Memang saja nak abiskan duit aku.
~*************************~
Dalam 10.30, Angah kuar g beli bateri baru.
Bateri Tesco je. Itu pun da RM 150. Cet!~
Dala aku nak guna duit untuk kawin, masa nila Viva nak wat hal.

(bateri Viva yang aku baru pakai 10 bulan)

Dala aku call dealer diorg kata da xde warranty. Sebab nya syarat dia, less than a year or 15,000 km. Cet!~Igt aku bawak Viva ni ulang g kedai dgn umah je ke. Merata tau nak jalan. Hehe...

(ni pulak bateri baru, Angah tgh isi air bateri)

(Angah godek2 nak pasang balik bateri baru)

(Siap kena jump start lagi. Tensen aku.)

Itulah kisah aku dan Viva weekend ritu.. Peace! Ptg tu je aku berjalan lagi. G Salak Tinggi. Anto adik balik asrama. Mama da sehari suntuk bermesyuarat.

K, daa..That's all.

Friday, February 13, 2009

Trafik Jem

(Laluan Kinrara ke Bukit Jalil)

Jem! Jem! Jem! Benci!!...Sakit hati. Tiap2 awal pagi, elok2 mood baik terus hati jadi panas. Semuanya kerana 'JEM' = jammed. Bengang je. Puncanya kereta banyak. Nak kata ada eksiden, xde. Nak kata ada kereta rosak, pun xde jugak. Tapi tiap2 pagi pasti aku terperangkap kat jalan tu dekat 30 minit. Hmmm...

(Jalan dari Astro menghala ke bulatan lumba kuda)

Tengokla, punya berderet kereta kat belakang tu. Inilah dia Malaysia. Negara penuh sesak dengan kereta2, bukan setakat sesak dengan warga asing (Bangla, Indon, Myanmar, Nepal) je.

Harap2 dapatlah aku bertahan sampai bila2 untuk mengharungi corak hidup di Lembah Klang ni. Tak bagi can betul. Nak pecut 100km sejam pun payah.
Kerana aku hanya mampu bawak 50km/ sejam.

Huish..Memang menduga.

i'm confuse


am i confused?


my eye saw 'pink'


my heart wanted 'white'


my mind think 'purple'


my mouth said 'green'


my mum asked for 'blue'


what i did was 'orange'


am i do the right things?

Wedding Checklist

Tanggal 1hb dan 2hb Mei 2009 (Jumaat & Sabtu) nnt bakal menjadi tarikh keramat dalam hidup aku. Tarikh itu juga bakal merupakan tarikh di mana tranformasi buat ku bergelar isteri orang. Yeah! Aku nak kahwin. hehe.. Cam xcaya je. Sebelum sampai ke tarikh tersebut macam2 persiapan aku dan busuk ku perlu sediakan. Duit pun mengalir macam air. Ada saja yang perlu dibeli.


ANAMY's Wedding Hantaran Checklist


from Amy to Ana

1. Jam - done

2. Kasut & Handbag - Mac 09

3. Perfume & Makeup - Mac 09

4. Al-Quran - done

5. Gelang - Blm lagi

6. Telekung - Mac 09

7. Baju persalinan - done

8. Sirih Junjung - April 09

9. Mas Kahwin & Duit hantaran


from Ana to Amy

1. Jam - done

2. Kasut - Mac 09

3. Baju Melayu - done

4. Kasut - Mac 09

5. Perfume - Mac 09

6. Kek/Cupcakes - lambat agi

7. Sirih Junjung - April 09

8. Wallet & Belt - Mac 09

9. Coklat/ Cookies - lambat lagi

10. Songkok & Kain Pelikat - Mac 09

11. Potpori - da dekat nnt wat

Buat pengetahuan korang, wedding theme aku kali ni "Pink Hijau". Mamaku yg pilih kaler tu.. So nnt kanopi, baju sanding, bunga telur, pelamin sume nak ikut tema tu.

Majlis bertandang pula plan nak wat 16hb Mei 2009 (Sabtu) ke Jitra. Kat sana pulak kitrg plan wat kaler orange.. hehe..

Oklah, aku nak recall balik ingatan ku tentang persiapan lain selain hantaran.

a. Andaman, Pelamin & Photo (booked on 14 Feb 09) - Meru

b. Set Bilik Tidur Lengkap (booked on 09 Feb 2009) - Kapar

c. Baju Nikah Ana + Amy (tempah on 31 Jan 2009) - Meru

d. Bunga Pahar Pink + Hijau (tempah on 09 Oct 2008) - Chow Kit

e. Kanopi Pink + Hijau (booked on 09 Feb 2009) - Sijangkang

f. Kad Jemputan (booked on 14 Feb 2009) - Klang - selepas penat survey merata, hehe...

g. Special Gift & Paper Bag (bought on 30 Jan 2009)

That's all. Eh, yeke?

hmm...byk gak aku belanja da ek. hua!~ money3x...pls come to me..

~Semoga aku & busuk sentiasa murah rezeki untuk menghadapi hari2 bersama kini dan selamanya. Ya Allah, Kau tabahkanlah hambaMu ini mengharungi segala liku2 kehidupan yang penuh cobaan dan ranjau. Amin.~

Thursday, February 05, 2009

Betul ke?

hi..

aku terima msg fwd ni daripada fs punya mailbox..cam menakutkan je...betul ke?

LAILAHAILLALLAH Penting!!!

Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya.

Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH).

Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)?

Kepada sape2 yang tau further tentang ni.. Pls inform me k.

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com