HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Friday, March 16, 2012

Aisy Kakak


Aisy nak jadi Kakak da. Xsangka. Penantian yg Mommy dan Papa tunggu, harap semua selamat dan tiada masalah sehingga hari EDD 5 Nov 2012.

Tengokla keletah Aisy ni. Pakai dress tapi nk jugak pakai tudung. Nak ikut macam Mommy, Wan dan Ucu. Asal kata nk keluar g ke kedai atau jalan2. Aisy lah orang yg paling sibuk mencari tudung. Bijak anak Mommy ni, cepat belajar segala hal. Cakap pun da macam budak skola. Banyak sangat mulutnya.

Last week selepas Mommy dan Papa bagitau Aisy nak dapat adik. Dia sibuk je nak cium perut Mommy, sekejap2 cakap nak cium dan sibuk bgtau dalam perut Mommy ade baby. "Aisy nak baby apa?" Papa bertanya. "Aisy nak baby boy" tu jela jawapan Aisy selalu bila diajukan soalan camtu.

Setelah seminggu menyimpan ketidakpercayaan ini. Malam tadi Mommy ke klinik. Untuk mendapatkan kepastian. Doktor bertanya dan menerangkan, "Nak check lagi sekali ke? Dah confirm ni. Period pun last 29 Jan. Tapi masih awal lagi. Dalam 6 minggu." Doktor juga menjangkakan EDD 5 November 2012.

Diharapkan kandungan kali ini selamat sehingga ke waktunya seperti ketika mengandungkan Aisy dulu. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga dalam menyambut orang baru nanti.

Oleh kerana pengalaman mengandung Aisy dulu Mommy telah diuji oleh masalah kekurangan air ketuban. Untuk kandungan kali ini, Mommy memerlukan pemeriksaan lanjut untuk mengetahui tentang punca air ketuban Mommy berkurang. Doktor telah menyarankan Mommy untuk mendapatkan rawatan lanjut daripada pakar sakit puan.

Ada siapa2 yang bole kongsi dan beritahu mana klinik / hospital yang ada pakar sakit puan berpengalaman?

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com