HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Wednesday, March 14, 2012

Sibuk

Assalamualaikum!

Wah, lama sangat Mommy tinggalkan blog ni. Byk sangat sawang sana sini. Fuh! Fuh! Fuh! Sibuk sangat Mommy sekarang dengan segala urusan kerja, keluarga, rumah dan hal kenduri kendara. Selama tempoh sibuk ini, banyak hal yang Mommy uruskan, antaranya:

1) Persiapan perkahwinan adik Mommy, Angah bersama dengan Ana
2) Urusan pindah rumah di Lestari Putra, Equine
3) Survey barang2 kelengkapan rumah seperti perabot, peti ais, mesin basuh, TV dll
4) Audit assignment
5) Sesuaikan segala kerja dgn jadual kerja Papa yg baru

Kita mulakan cerita dengan Urusan 1 dulu ye? Memandang tinggal beberapa hari sahaja majlis perkahwinan adik Mommy dan tunangan akan tiba, Mommy dan Mama yg sibuk. Pengantin sibuk keje je. Al maklumla pengantin lelaki. Xdela sesibuk Mama dan Kakak die yg nk fikir segala hal. Dari hal kad jemputan, ke andaman pengantin, ke door gift, ke menu majlis, ke urusan kursus nikah dan segalalah. Aiyak, ini budak! Nasib semua hampir settle. Kad pun sudah siap dan tinggal untuk diedarkan saja kepada jemputan. Alhamdulillah persiapan berjalan dengan baik sekali.

Urusan 2. Pindah rumah? Ye, Mommy sekeluarga akan berpindah rumah. Dan disini adalah merupakan titik permulaan buat Mommy, Papa dan Aisy untuk belajar hidup berdikari seperti anda2 semua. Yela, hampir 3 tahun berkahwin, kami masih duduk dan tinggal sekali bersama Mama menjadi big famili. Nanti bila da pindah, kami akan bertiga sahaja. Dan memandangkan kami ini umpama pengantin baru nk masuk rumah baru, segala perkakas yg tercatat di Urusan 3 perlu dilengkapkan. Banyaklah budget yang diperlukan untuk memenuhkan rumah. Memandang pada Ahad 4hb lepas ex-tenant baru kosongkan rumah. Isnin 5hb kami terus bersungguh2 mencuci rumah. Huhu... Hujung minggu yang lepas pulak, baru barang2 kecil diangkut masuk ke rumah. Dan ternyata rumah masih kosong. Manakala rumah sekarang sangatla sesak dgn barang2 persiapan utk majlis kahwin. Serabut serabut....

Urusan 4 pula. Memandangkan kini Mommy sudah menjadi Document Controller utk dept banyak sangat urusan bagi menguruskan filing dalam dept. Memandang dept kami akan diaudit (hari ini last day audit). Auditor VS Auditee. Itu yg berlaku kepada Mommy. Diaudit dan dalam masa yang sama mengaudit. Sgt suspend ok? Pening kepala memikirkan isu yang bole dihighlight. Tapi ade baiknya, sebab inilah masa yang sangat sesuai utk menjadi expert terhadap segala Policy dan Procedure yang ditetapkan oleh syarikat dan dept. Disamping dapat meningkatkan kualiti dokumentasi dalam urusan seharian.

Last skali, Urusan 5. Alhamdulillah rezeki Papa dapat keje baru yang lebih baik Insyaallah. Bermula sebulan yang lepas. Cuma yang kurang baiknya sebab kerja sekarang memerlukan Papa keje shift. Seminggu SIANG, seminggu MALAM. Cabaran jugak buat Mommy sebab kerja sekarang Papa wajib OT 4 jam sehari. Jadi waktu bekerja agak lain. 7 pagi hingga 7 malam dan 7 malam hingga 7 pagi. Mentaliti Mommy sebulan ini tidak cukup kuat untuk hadapi ini. Harap selepas ini lebih baik dan lebih biasa. Susah wooo.....Kadang2 bila difikir2 3 hari xjumpa padahal duduk rumah yang sama. Tidur katil yang sama. Tapi waktu yg lain. Alhamdulillah sebulan berlalu, kami lalui dengan penuh keikhlasan dan keredhaan. Semoga Papa dimurahkan rezeki untuk menampung perbelanjaan kita sekeluarga. Love you, Pa!


0 komen:

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com