HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Tuesday, August 17, 2010

Aisy suka makan

Petang itu.....


Kami bertiga ke tasik berhampiran rumah. Saja nak bawak Aisy jalan2. Mommy teringin minum cendol. Papa beli. Hmm...


Aisy pun sibuk je nak cendol jugak. huhu...
Tengokla gaya die. Macam pandai makan je.


Muka merajuk sambil termenung sebab xdpt minum cendol.
Cute!


Mommy tunjuk camera depan mata.
Senyum pun!
*tengok tangan Aisy. siap masuk poket.


wah! muka happy dapat kuar jln2.



Kat tasik ni jugakla tempat Mommy & Papa posing2 pas Majlis Bersanding dlu.

Kenalkan Masjid belakang tu?


Aisy ngan Mommy yg muka cam xsiap.


Asyik menong je syg mommy ni. Tengok org lain main playground.
Syg kecik lagila. Tunggu da de kaki nnt baru Mommy bagi main playground k?


Pastu Papa beli aiskrim pulak.
Aisy nk juga?
Amboi...


Muka tamau kongsi aiskrim ngan Mommy.


Muka da dapat aiskrim.
Nyum2x!


Papa pulak suap aiskrim.

Anak Mommy da pandai mamam skrg!

Macam2. Makan aiskrim, roti, nasi, biskut.....

Syg Mommy da besar, bulat & tembam!

Monday, August 16, 2010

Nak mengadu

Salam

Hi blog!

Saya nak mengadulah.... Sejak kahwin ni, saya asyik terkepit je.
Antara suami tersayang dan bonda tercinta.

Tension sgt.

Saya cuba gaya hati kedua2nya. Tapi sering ada je halangan. Pasti salah sorang nnt akan tunjuk perasaan dan luahkan ketidakpuasan hati mereka.

Terkadang rasa seksanya.
Saya tak nak menanggung dosa hanya kerana saya tidak dapat mengikut @ memenuhi permintaan mereka. Saya hanya dapat berharap mereka faham tentang keadaan & situasi saya ini. Saya minta maaf jugak seandainya kalian berdua marah & terasa hati dengan saya. Saya keliru. Saya tak sampai hati. Tapi hati saya tetap sayang kalian berdua. Sayang sgt.

Harap semuanya kembali baik seperti asal. Hari ni da Ramadhan ke 6. Tapi ketenangan yang saya cari, belum saya temui. Apa perlu saya buat?

Cute Baby Contest @ Huiyo Bazaar

Salam...

Lama sgt Mommy biarkan blog ni bersawang tanpa sebarang update dan cerita baru. Bz dgn blogshop Mommy, AnaliaForYou. Kepada sesiapa yg berminat nak shopping ngan Mommy, jomla. Support my bisnes k? Dan buat sesiapa yg da pernah bershopping ngan AFY. Thanks so much dan Mommy minta maaf kalo ade kekurangan, kelambatan order anda. Segala komen anda akan Mommy terima.


Btw, kali ni Mommy nak kongsi cerita hujung minggu ritu. Sabtu, 31 July 2010. Mommy mendapat invitation kat FB utk dtg ke Huiyo Bazaar dan sertai baby contest yg diadakan oleh penganjur, iaitu owner Little People Home Boutique. Mommy pun bersemangat la nak daftarkan Baby Aisy masuk contest tu. Huhu...Pendaftaran RM10 je.


Hari bazaar berlangsung, Papa keje. So, Mommy kat umah ni bersemangat nak siapkan Baby Aisy. Nak pakai dress yg pakai masa Cukur Jambul dlu la.

Tadaa!!!!
[Anak Mommy yg cute lg bulat]

Papa sampai umah lebih kurang pukul 2. Mommy pun cepat2la bersiap. Takut lambat pulak sampai lgi. Jln pulak mesti jem. Contest start pukul 3. huhu...

Kami sekeluarga tiba di Dewan MBSA Seksyen 7, Shah Alam kira-kira jam 3.15 ptg. Terus kami mendaftarkan nama Aisy sebagai bukti kami hadir. Lepas daftar, kami berjalan2 dlu sbb masih ramai yg blm dftrkan penyertaan @ dgn kata lain, ada yg xhadir. Mommy pun ape lagi. Shopping tdg! Papa layan kan je.... Igt nak carikan Aisy dress, tapi xde yang berkenan pulak.

Hehe...Walaupun panas pakai dress ni. Anak Mommy tetap maintain cute. Xwat perangai pun. Masa ni nak tunggu giliran nak tunjuk diri pada para juri.


Lama sangat tunggu keputusan keluar, Aisy sampai tido2. Cian anak Mommy. Papa pun join tido. Peserta xramai hari tu. Dalam bpe belas orang je. So, peluang anak Mommy nak menang agak tinggi. =)

Tunggu punya tunggu, punya tunggu...Nama Aisy xdipanggil2. Rupanya, Aisy pemenang!
Aisy, anak mommy the winner of Cute Baby Contest, Huiyo Bazaar.

Alhamdulillah! Rezeki Aisy. Menang RM100.

Amik hadiah sambil tido. Anak Mommy yg kepenatan.
  
Balik dari Bazaar tu, kami sekeluarga singgah ke Tasik Shah Alam. Lepak2 tei tasik sambil makan McD. Nyum3x!


Aisy mamam French Fries.
Huhu....Tu jela dlu kisah kami buat masa ni. Ade banyak kisah lagi. Kisah sadis dan sedih. Tapi cam xsempat nak diceritakan di sini. Nnt kongsi ek?

Wassalam.

Monday, June 21, 2010

Cabutan Bertuah Happy Father's Day

Cabutan Bertuah sempena Father's day!!!


-Papa & Aisy-

Gambar diambil semalam (20.06.2010)
Sempena Father's Day semalam, kami sekeluarga tidak kemana. Hanya duduk2 lepak dirumah. Last minutes decide nak ke tasik berhampiran rumah. Saja nak bawak Papa & Mommy's little girl, Aisy jalan2 dan ambil angin luar.

Loved this picture so much!

Papa gurau2 dgn Aisy. Happy sangat jalan2 bawak Aisy then makan aiskrim. Even tak celebrate Father's Day di hotel mewah or berjalan jauh ke tempat menarik, semalam tetap menjadi Precious Moments buat kami sekeluarga.

Happy Father's Day Papa!

Untuk turut serta, sila klik pada banner cabutan bertuah diatas.

Sunday, June 20, 2010

The Cutest Mama and Baby Contest

Salam & Selamat Malam!

Malam ni Mommy Aisy tetiba rasa nak masuk contest. Lama da xronda2 n jenguk2 blog lain serta join contest. Kali ni, Mommy saja nak masuk contest lagi dan lagi dan lagi... hehehe... Mencuba nasib.

Contest kali ini dianjurkan oleh blog MariBeli Handbag.

Penganjur meminta agar peserta meletakkan gambar yang paling cute, comel, cantik, glamour peserta dan anak kurang 3 thn.

Jadi, gambar ini yg Mommy nk pertaruhkan.

Lokasi: Dewan Majlis Daerah Kubang Pasu, Jitra Kedah
Situasi: Gambar ini diambil sewaktu majlis kenduri kahwin adik ipar Mommy pada 10 Jun yang lalu. Pengantin posing atas pelamin, kita pun nak posing jugak. Ini adalah salah satu gambar yg diambil. Muka baby Aisy, cute! Wat muka xbersalah. Siap pandang camera. Eceh!

Ok, siap! So jom sape2 yg nak join. Contest tutup 25 June ini. Jom meramaikan smbil kita singgah membeli belah di MariBeli Handbag.

Tuesday, June 08, 2010

Cerita, cerita dan cerita

Cerita 1 - Port Dickson

Percutian hujung minggu sempena Hari Wesak ke Port Dickson. Kami menginap di Palm Springs Resort City. Buat pertama kali bawak Aisy g bercuti dan jalan2. Berkumpul beramai2 lebih kurang 10 keluarga. Cuba bayangkan betapa kecoh dan gamatnya suasana kami sekeluarga disana.

Jom layan gambar.
Otw ke PD

Baru je sampai. Mommy & Papa punggah barang. Aisy landing..

Pose jap depan cermin.

Loving couple

Aisy mandi kolam. Action je dalam pelampung tu.

Aisy & Papa

Us

Jalan2 di Teluk Kemang

Posing gumbira dari Aisy & Papa

Bergambar sebelum check out

Manisnya senyuman Aisy


Lepak kat tepi pantai

Amboi...Siap landing (Aisy & Izz)

Papa & Mommy

Otw balik. Happy!

Cerita 2 - Pergi tak kembali

Tiga hari selepas balik bercuti beramai2 di Port Dickson, kami dikejutkan dengan berita kemalangan si kecil Dhani pada hari Rabu, 02 June 2010. Kemalangan yg tidak diduga dan disengajakan. Seluruh keluarga Miskom kesal dan bersedih selepas mendengar keputusan doktor bahawa Dhani yg berusia 1 tahun 3 bulan tidak dapat diselamatkan. 

Kecederaan teruk pada kepala menjadi punca kematian. Jenazah selamat dikebumikan pada pagi Khamis, 03 June 2010 yg lalu. Sepi menyelimuti keluarga kami. Pemergian si kecil Dhani adalah kehilangan kedua selepas pemergian Arwah Abah. Juga disebabkan kemalangan dan kedua2 mengalami "Severe head injury". 

Atok dan nenek serta Cik Ina kelihatan sedih dalam tenang. Mereka asyik bercerita tentang tragedi yg berlalu. Tiada siapa yg tahu tragedi seperti ini akan berlaku pada keluarga kami. Sedih. Pilu. Semoga Allah mencucuri rahmat buat Arwah Dhani. Dan semoga arwah ditempatkan bersama golongan anak2 yg soleh. Mungkin tempatnya di syurga Allah. Amin.

Al-Fatihah buat si kecil Mohd Dhani Benzema.

Kenangan terakhir bersama Arwah Dhani
(3 hari sebelum kejadian)

Cerita 3 - Kelahiran

Pada hari pengebumian Dhani, jiran ku Kak Jue yg lebih seminggu over due kandungannya akhirnya selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.3kg secara normal di Hosp Serdang, jam 12 tghari. Nama diberi, Mohd Zarfan bin Mohd Hadidi. Muka sebijik macam abg yg sulung. Hadif. Jom tengok baby!

Baby Zarfan (2 hari)

Hadif (50 hari)

Cerita 4 - Viva disondol

Jumaat, 04 June 2010. Aku merancang melawat Kak Jue di Hosp Serdang pada masa lunch utk menziarah Zarfan yg baru lahir. Otw ke sana dari Bangi menuju ke Hosp Serdang. Tak jauh mana pun. Tapi nak jadi kes, sebelum aku amik exit masuk ke SKVE, Viva disondol oleh sebuah Wira TAF xxxx. Aiyak!

Nampak macam xde pape. Tapi agak terjatuh sket bumper belakang Viva. Sensor pilak da tersembol keluar. Mujur Viva tidak meluncur ke depan dan mencium MyVi kat depan tu. Kalau tidak lagi naya.

Aku bernasib baik jugak sebab brother tu ngaku salah die. Sebabnya Wira yang dipandu "brek tak makan". Dalam kepanasan tengahari tu, kami bertukar no hp utk dihubungi kemudian.

Sabtu, suamiku menghantar kereta ke workshop utk ditouch up, diketuk, dicat semula. Huhu...RM400 jugak. Kereta da berbelak. Malam tadi baru siap. Jadi brother yg langgar tula bayar. Cian jugak tapi nk wat cam ne. Tak pe, brother tu pun ok. Baik orangnya. Siap minta maaf bagai. Aku teringat ayat dia malam tdi.

"Lepas ni kita janganla jadi musuh, kita jadi kawan la. Keep in touch ek!" Itulah kata2nya pada suamiku. 

Cerita 5 - Aktiviti Hujung Minggu
Kami menghadiri Majlis Kenduri Kahwin seorang sahabat. Adzha dan Adila. Mama dan Adik pun ikut juga. Sebab Mama pun kenal Mak Adzha. Tema majlis pink color.

Bergambar kenangan bersama kawan2 yg turut hadir

Selepas menghadiri majlis ini, kami bergegas ke Hulu Langat. Satu famili nk melawat Hadif dan adik die, Zarfan.

Hadif selalu saja confuse. Dia panggil Zarfan, Aisy. Asal tnya je. "Hadif, apa nama baby?" Jawabnya, "Aisy". hehe...Nmpknya Aisy ni adik first die. Zarfan adik kedua. haha....

Masa kedatangan kami, aku mengajar Aisy menyebut Zarfan. "Hadif, apa nama adik?" Kataku. Dia diam. Aku ajar. "Zarfan". Hadif cuba mengikut, "Papan". Kahkah!

Pecah berderai suara kami ketawa besar.

Sebelum bergerak balik, kami singgah ke Sungai Congkak. Bawak Aisy rasa sejuk air sungai. Meh, nk share telatah Aisy dan Papa.








 Wahaha! Seronok dapat bawak Aisy rasa air sungai.

Itulah cerita kami. Keluarga Anamy.

Monday, June 07, 2010

MOBS PARENTS LOOK A-LIKE CONTEST

Dear All,


Oleh kerana penganjur menyediakan hadiah yg sgt best utk contest ini, jadi Mommy Aisy pun join la.



Hadiah yg ditawarkan up to RM2500. Wow!
Utk join, sila klik pada banner di atas.

~Aisy & Mommy~


PARENT NAME: FARHANA AQILAH BINTI MOHD SUFFIAN
KID'S NAME & AGE: AISY NUR QAIRINA BINTI MOHD NOOR HAKIMI, 5 MONTHS


About the picture:
This picture taken about two weeks ago when we (three of us) going for 1st holiday at Port Dickson during the Wesak Day. Actually, most of people said that Aisy face follows her father (Papa) face. It's good to hear that people said so because it means that 'sejuk' when the 1st daughter followed her fathers face.
However, by the time Papa snap this picture, Aisy looks like Mommy. Especially at our eyes. Sama kan?
Happy to see Aisy growing everyday with her smile on her face. (^_^)


Jom yg lain pakat2 join Look Alike Contest!
For further, please click the contest link above. Happy Family!
MOBS Parent's Day...

Saturday, May 15, 2010

BABY WITH SOOTHER/FEEDING BOTTLE CONTEST


Contest lagi dan lagi...

Kali ini contest anjuran N.A.I.

Detail contest sila klik
Mana la tau ade antara korang yg nk join. Jomla.


Nama Baby: Aisy Nur Qairina Binti Mohd Noor Hakimi
Tarikh Lahir: 29 Disember 2009
Email: fanaqila.suffian@yahoo.com

Untuk contest ini, mommy perlu mengetag seorang kawan yang ade anak.
Jadi, mommy nak tag

p/s: Ibu Husna...Anda ditag. Jom join contest.

Dua Maut Nahas Motor

Memori 3 tahun lalu...

[klik gambar utk tumbesaran]

Sedih bila mengenangkan tregedi itu.

Kami pasrah.

Akan ketentuan-Nya.

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com