HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Thursday, October 01, 2009

Aidilfitri 2009


Aidilfitri 2009 merupakan Aidilfitri pertama aku bergelar isteri kepada Mohd Noor Hakimi. Selamanya 8 tahun merangkap kekasih dan setahun sebagai tunang. Tapi tahun ini lain sikit. Tak main da kad2 raya cam dulu. Sbbnya da hari2 jumpa. Depan mata.


Sebagai menghormati dia sebagai suami, tahun ini tahun pertama kami beraya bersama, aku decide nak beraya di Jitra, Kedah. 5 hari jugakla kami di sana. Kami bertolak hari Jumaat selepas berbuka, kira2 jam 8.30 malam. Malam tu sepanjang jem teruk di Lebuhraya Utara-Selatan. Rasanya sepanjang hampir 200 km la jem. Sampai kat Jitra dalam 4.00 pagi cam tu. Terus sahur. Alhamdulillah, perjalanan kami berjalan lancar walaupun aku asyik tidur je sepanjang jalan. Ihiks! Cian syg...

Hari Raya Pertama (Ahad)
* Tahun ni xg sembahyang raya pun. Ruginya aku. Dok umah je. Siap2kan pape yg patut.
* Kawan2 suami ku datang ke rumah beraya. Port diorg berkumpul. Pastu terus ikut g beraya dlm 3, 4 buah rumah. Aku hampir lupa. Beraya sampai malam. Dan semestinya aku la sorg perempuan yg join group beraya diorg. Sbb kawan2 Bsk sume blm kawen.

Hari Raya Kedua (Isnin)
* Ziarah kubur arwah Papa.
* Beraya ke rumah sanak saudara. Rumah Mak Ndak, Pak Tam, Mak Lang (Kodiang) dan Tok Su. (siap bawak balik limau bali dari Kodiang)

Hari Raya Ketiga (Selasa)
* Majlis Pertunangan Hanizam + Maziah (adik ipar aku) - tau2 je nak tunang, aiyak. bukan nak bgtau awal2.
* Beraya rumah kawan2 Bsk lagi malam tu.

Hari Raya Keempat (Rabu)
* Wee! G mandi air terjun Titi Hayun kat Yan. Pagi2 aku da sibuk nak wat sandwich. Sandwich je pun. Nasi dan lauk2 sume Pak Cik bawak. huhu... Dekat sejam setengah gak perjalanan. Mandi sakan smpi kul 4 ptg.
* Rehat utk gerak balik KL tengah malam tu.

Hari Raya Kelima (Khamis)
* Sampai KL dekat kul 8. 2 kali Bsk berhenti tdo. Aku? hehe...cam biasa jadi co-pilot yg tdo sepanjang jalan. ahaks!
* Beraya rumah Mak Long dan K. Liz.
Hari Raya Keenam
* Duduk rumah saja. Teman Mama. Pastu Bsk da keje. Lagipun Pak Njang dari Kelantan nak beraya rumah.
* Kawan2 Puchong yg free dtg beraya. Malam beraya rumah Rozita dan Shahril.

Hari Raya Ketujuh
* Seharian beraya dengan bebudak Puchong. (Rumah No'ok, Ayu, Saliza, Kak Yan dan Zura) Bsk pun ikut jela. Complete 10 org geng kawan karib ni. Kecoh + Havoc sgt! Miss you guys. Hari yg mana masing2 sibuk posing sakan. Dri pagi sampai tgh malam beraya.

Hihi..tu jela setakat ni. sebenarnya banyak lagi rumah yg belum aku g beraya + ziarah ni. Tp sambung nnt. Raya kan sebulan. hihi....
Jom layan sket pic beraya....



-Ni je hero2 yg turut serta-

-Posing depan Rumah K. Yan-

-Di rumah Zura-

-10 of us, tahun ni lengkap sume ade-


-Tangga pun jadi port posing-

0 komen:

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com