HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Friday, October 02, 2009

24 minggu?



Kalau mengikut perkiraan doc, baby kini da berusia 24 minggu dlm kandungan. (ikut dari tarikh last period) Tapi rasa cam xbetol je. Tak kisah la. Yang penting baby mummy ni sihat selalu dan membesar ye syg? hehe.. Macam cepat sgt masa berlalu. Cepat je baby da besar.
Baby bump pun da sgt kelihatan skrg. Wee! Nak jadi mummy da. Alhamdulillah aku, suami dan keluarga cepat dikurniakan rezeki ni. '

Sebenarnya aku nak berkongsi cerita tentang masalah yang aku hadapi sekarang. Selepas last checkup pada 15/09/09 aritu. Klinik called pada esoknya (16/09/09) mengesahkan bahawa aku ade KENCING MANIS. Aiyak! Kadar gula dalam darah aku masa tu 6.3 mmol/L. Selepas minum air glukosa jadi 8.3 mmol/L. huh..doc kata tinggi sbb kadar normal ialah 4 hingga 6 mmol/L. Aku diminta untuk menjalani Blood Sugar Profile (BSP) Test pada 1 Oct 2009 iaitu semalam.


Apa BSP Test ni?
Mesti ade yg tnya jika tak pernah ade masalah kencing manis. Huish! Muda2 aku da ade kencing manis. TIDAK!!!


BSP Test ini sebenarnya nak menganalisa kembali kandungan gula dalam darah pada satu2 hari misalnya. Nak menentukan sama ada benar atau tidak anda menghadapi kencing manis ketika mengandung atau tidak. Caranya, anda akan diminta untuk mengambil darah dari hujung jari anda dan lihat hasilnya melalui mesin ujian kadar gula. Darah akan diambil 4 kali pada hari yg telah ditetapkan iaitu pada jam 8 pagi, 12 tghari, 6 ptg dan 10 malam. Jadi, anda akan diminta untuk berpuasa 2 jam sebelum waktu yg ditetapkan. Misalnya, darah utk 12 tghari anda tidak boleh makan bermula jam 10 pagi. (minum air kosong dibolehkan)


Selepas lengkap keempat2 ujian dibuat, anda diminta untuk berjumpa doc untuk menilai hasilnya dan mendapatkan nasihat lanjut. Akan tetapi, ujian ini akan di buat kembali selepas 2 minggu selama mana kandungan gula dalam darah anda melebihi had yg normal.


Keputusan BSP Test aku pada usia kandungan 23 minggu ++.
8.00 am - 4.9 mmol/L (puasa daripada malam sebelum tdo)
12.00 pm - 7.5 mmol/L (aku g minum teh tarik + sandwich)
6.00 pm - 6.0 mmol/L (makan lauk sayur lebih + ayam + air kosong)
10.00 pm - 6.5 mmol/L (makan keropok lekor + air kosong je)


Pagi tdi jam 7.15 pagi aku da terpacak depan klinik. Nak jumpa doc berkenaan ngan keputusan ni. 8.30 pagi baru jumpa doc. Biasanya klinik kerajaan, kenalah banyak bersabar. Datang awal pun still kena tunggu berjam2. Doc kata memang sah aku ade kencing manis. Mungkin disebabkan hormon ketika mengandung katanya. Doc nasihatkan aku kurang ambil makanan bergula dan manis2 termasuk buah. Aku hanya boleh makan buah guava dan epal hijau. Makanan berminyak juga aku kena jauhi. Doc kata better makan makanan berunsur sup. Macam mee sup ke. Da kena berpantang skrg. Ntah2 gula dalam darah aku tinggi sbb masa bulan puasa dan raya ni. Yela, masa raya makan segala. Kuih raya jgn kata. Kuih raya bercoklat je yg aku layan. Sedap!


Buat masa ni. Aku perlu ucapkan selamat tinggal pada coklat, kek, aiskrim, pisang, tembikai, laici dll. Macam2 aku kena tolak. Harap baby tidak kelaparan. Lagi 1, kurangkan kadar pengambilan nasi. Nasi ade karbohidrat yang tinggi. Hua! Dala selera makan tgh naik ni. Tak pela, demi keselamatan baby. Aku perlu amalkan diet sihat sekarang! Chiyok!
Sharing is Caring!


Tunggu next entry k? Sbb 13hb ni aku ade details checkup + scan.


Wink!

1 komen:

FdausAmad said...

Beb,

Gua nak ajak lu dtg lepak blog gua.rilek rilek.

Selambe..

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com