HaKiMi ♥ FaRHaNa ♥ FaMiLy

Daisypath Anniversary tickers

♠ Jom Klik - Hadiah Buat Baby Aisy ♠

Monday, October 17, 2011

ALHAMDULILLAH

Pada Jumaat lepas bersamaan dengan 14 OKTOBER 2011, Mommy menerima berita gembira ini! (^_______^)


Syukur Alhamdulillah kerana Allah masih memberikan peluang untuk Mommy berusaha mendapatkan rezeki yang lebih baik buat keluarga dan masa depan.

Keesokannya, Mommy terus selesaikan urusan "Pre-Employment Medical Examination" di Sunway Medical Centre. Menyediakan gambar passport baru dan dokumen2 yang berkenaan.

Tidak lupa juga Surat Perletakkan Jawatan. Walaupun rasa serba salah timbul sehingga sekarang dan sehingga habis audit assignment kali ini. Mommy harus hadapi demi mengharungi peluang masa hadapan yang lebih baik. Mommy tahu 3 bulan di tempat sekarang tidak cukup untuk Mommy menimba segala ilmu tentang dunia perubatan dan kesihatan. Bagaimanapun, Mommy masih bersyukur diberikan peluang ini.

Semoga keputusan Mommy ini membuahkan hasil yang melimpah ruah dan berterusan sampai bila2. Amin.

0 komen:

♠ Aku & Cinta ♠

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com